Rahsia Warna Putih Hari Isnin


Rahsia Warna Putih di hari Isnin

Apa kaitan Hari Isnin dan warna Putih, ye? Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kursus Warna dan Kerjaya anjuran MYRYL yang saya telah ikuti tempoh hari serta sedikit ilmu yang pernah saya baca di laman media. Putih adalah warna spiritual. Memberi keyakinan dan kepekaan otak. 


Sesuai untuk pekerja yang sering di landa Monday blues. Boleh cuba memakai pakaian berwarna putih di hari Isnin. Bagi yang memakai uniform, di waktu kerja macam saya. Mungkin boleh memakai tudung yang mempunyai tona warna putih, kasut berwarna putih ataupun seluar berwarna putih. Tidak lupa juga, saya selitkan warna HIJAU (warna diri saya) dalam pakaian saya. Barulah mood berfikir dan mood keyakinan diri itu TINGGI di hari Isnin.




Hari Isnin


Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pituitary (CL2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. 

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pitutary (CL2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

1 comment on "Rahsia Warna Putih Hari Isnin"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com