Wednesday, 8 July 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Bajet Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


#Cabaran20Hari Bajet Raya : Cabaran Hari ke 12

Alhamdulillah, masih lagi setia untuk #Cabaran20Hari cabaran hari ini tentang Bajet Raya. Masa zaman kanak-kanak dulu. Tak pernah nak fikir bajet raya. Pilih dan tunjuk nak baju mana, kasut mana pada mak abah. Nak yang lawa dan trendy (konon-konon nya lah). Kita masa tu, tak pernah tahu perit getir mereka mak abah tu mengeluarkan duit. Tak pernah terfikir susah senang mereka mencari duit.

Bila sudah berumah tangga ini, baru lah tahu susah payah mencari duit lelagi nak menyambut raya. Bila dah aada anak, pastinya keutamaan anak di dahulukan dalam membeli baju, kasut dan aksesori raya anak-anak. 


Kami sekeluarga memang jenis suka buat bajet. Bulan satu dah siap-siap survey dan beli sedikit-sedikit pakaian anak untuk raya. Udahnya. Ntah bape puluh pasang ntah baju dorang tu. Beli tshirt, seluar dan dress dari US, KL, Selangor dan Genting. Mana nampak lawa, rembat aje hehehe.

Baju maknya pulak, ada 3-4 pasang kain pemberian kawan-kawan dan bos. Kita tempah je 4 pasang kain buatkan sedondon terus dengan baju anak. Baju anak lagi. Tapi ni baju kurung baju melayu.

Udahnya... baju melayu daddy tak beli-beli lagi. Tunggu baju kami siap. Nak padankan warna pulak. 

Untuk pakaian raya tinggal baju casual mummy dan daddy je.

Kuih raya, cari kekacang dalam 4 jenis dan 2 jenis kuih. Cukup la tu. Budget bawah RM100 je.

Kordial raya beli 1 botol dan air gas 1 karton. Erm...macam ramai nau je nak datang raya. Gitu sekali beli air.

Kasut raya pulak, semua dah settle. Kasut anak-anak dan daddy dah beli awal-awal. Kasut raya mummy. Daddy belikan beberapa hari lepas.

Duit raya je belum buat kira-kira.

Kesemua bajet raya termasuklah minyak dan tol balik kampung di sponsor oleh daddy bebudak ini. Terima kasih daddy. Bila kira-kira balik. Banyak juga habisnya. Tapi, tak pe lah kan. Setahun sekali je macam ni.  

4 comments:

  1. Da nk setle da persiapan raya ye..

    ReplyDelete
  2. Kalau dah kahwin memang macam macam persiapan raya nak kena buat. Hehehe

    ReplyDelete
  3. memang ..anak paling utama..kita ni dah puas beraya..bg chance laa kat anak2 merasa seronok beraya..

    ReplyDelete
  4. bajet aida kepada anak2 aje.
    dgn keperluan umah...
    hu hu hu ibu ayah nyer xde pe pun.
    angpow lagi... tol petrol lagi hu hu hu...
    yes betul la jugak.
    setahun sekali aje kan :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Followers