Menu Masakan Mak Kau Hijau

Menu bertemakan mak kau hijau #makkauhijau atau pun di kenali sebagai go green . eh..eh..eh. Teti...

Menu bertemakan mak kau hijau #makkauhijau atau pun di kenali sebagai go green. eh..eh..eh. Tetiba pulak support warna hijau,kan! Mementanglah warna diri, warna hijau. Tapi, sebenarnya tak nak lah jadi mak kau hijau. Nak jadi mak kau cool je hahahaha. 

Antara resipi berasakan warna hijau Menu Masakan Mak Kau Hijau  :-



Taugeh Hijau Goreng Sotong


Sebelum ini, mummy masak taugeh hijau ni dengan hasil tumisan sari ikan bilis dan bawang (tumbuk). Hari ini, cuba untuk buat resepi baru. Lagipun, daddy ada belikan sotong fresh dari kedai pasar rakyat. Simpan lama-lama nanti jadi tak fresh pulak.



Rendang Ayam Hijau

Maaf le, warna hijau tu macam lain je, kan. Sebenarnya, lighting tak cukup bagus malam tadi, nampak sayup-sayup je warna hijau tu kan. Abaikan warna gambar. Pakai handphone je kan. Tau lah samsung ni di kala malam. Failed! Nak on Go Pro pulak, macam tak ada mood nak buat transfer gambar. Tak apa lah, asalkan suamiku kata rasa rendang pertama kali masak ini kene tekaknya. Alhamdulillah. Masak rendang ayam hijau untuk pertama kali berjaya!! Selalunya, mummy suka masak rendang daging je. Liat-liat gitu sedap mengomel kunyah lelama makan rendang daging. Macam ada satu feel yang tak terungkap dek kata-kata.

Ayam Goreng 

Ni je tak warna hijau, kene ada ayam goreng gak untuk anak-anak. Dorang suka meratah ayam goreng cenggitu. Pengaruh Upin Ipin la ni!! Ayam goreng 2 seringgit...2 seringgit.


www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel

You Might Also Like

5 comments

  1. bab sayur ni memang fail laa kalau masak..balik2 kankung goreng belacan, sayur goreng biasa je.. tak de idea..sebab nya yg makan sayur asben dengan anak je.. hehe.. kite ni masak ikut tekak kite je laa x pikir org lain..cian depa 2..

    ReplyDelete
  2. biasa jumpe tauge putih je.. cantik jgk color hijau.. hihi

    ReplyDelete
  3. nama menu menarik la lynda...mak kau hijau..nanti KG nak buat kuih Mak Kau Hijau la

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda