Taman Wetland Putrajaya Tempat Memancing, Riadah dan Berkelah

Tempat Riadah Sekeluarga , Memancing dan Berkelah di Taman Wetland Putrajaya 



Taman Wetland Putrajaya | Tempat riadah atau boleh juga di kategorikan sebagai tempat berkelah sambil memancing. Baru-baru ini, kami ke sini untuk menemani daddy, dan pakcik-pakcik (adik beradik daddy a.k.a. en suami) memancing ikan. Tasik yang luas bukan sahaja aktiviti ini sahaja, nak sewa bot pusing keliling tasik pun boleh. Macam best,kan? Tapi, kami tidak berkesempatan lagi untuk pusing bot satu tasik ini. Mummy jenis tak pandai berenang dan sebenarnya ada perasaan takut pun ! hahaha !!

Daddy memang  suka memancing. Kalau dulu-dulu sebelum ada anak dan ada anak sorang. Mummy rajin ikut daddy gi mancing kolam. Bila dah anak dua ni, rasa macam serabut ramai-ramai kat kolam mincing. Ada baiknya duduk rumah sambal baring-baring. Nak kata tak suka suami memancing ni, tak boleh !! Sebab? Sebab mummy pertama kali bertentang mata dengan daddy pun kat kolam mancing. Ok, cukuplah intro perkenalan kami di sini ye !! hehehe



Kalau ada pemancing-pemancing di luar sana nak rasa relaks ketika memancing , sambil berkelah dan sambil beridah dengan keluarga. Memang saya cadangkan ke Taman Wetland Putrajaya. 

Tengok tu...gelagat Dhia Batrisya!! Dhia pun turut suka ikut daddy memancing,  dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunya !! Bermain dengan bebas, berlari ke sana sini. Seronok !!

 Taman Wetland Putrajaya, memancing, fishing at Putrajaya

 Taman Wetland Putrajaya, memancing, fishing at Putrajaya

Kerja mummy seperti biasa jaga anak-anak apabila daddy sedang memancing. Sambil-sambil itu seperti biasa, kerja mummy rakam detik-detik manis outing…mesti hado !! 

 Taman Wetland Putrajaya, memancing, fishing at Putrajaya





Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry di berikan pengalaman untuk menggulungkan tali pancing. Suka dorang ! 

 Taman Wetland Putrajaya, memancing, fishing at Putrajaya

 Taman Wetland Putrajaya, memancing, fishing at Putrajaya

Cer bagi ikan hidup pulak untuk pegang..hahaha geli,kan !!  Mummy pun, geli tak berani nak pegang ikan hidup gak !!

Tempat Riadah Sekeluarga - Taman Wetland Putrajaya

Sampai rumah, daddy siang dan goreng ikan rangup-rangup (macam keropok). Sedap daddy goreng ikan. Yummy!!  Mummy pulak, masak nasi dan ayam masak lemak cili api.

13 comments on " Taman Wetland Putrajaya Tempat Memancing, Riadah dan Berkelah"
  1. seronoknya santai bersama family..")

    ReplyDelete
  2. bestnya kak! ena teringin nak memancing sebab tak pernah memancing lagi.. boleh try kat sini nanti

    ReplyDelete
  3. nak bawak irine pegi x boleh lg.. wuuu..dia agak kurang bahasa + tak tahu maksud bahaya..ritu buka puasa tepi tasik, dia nak masuk dalam tu..waa!! ingat pool ke..tersedak rasa nak buka puasa

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat bersantai bersama keluarga di hujung minggu

    ReplyDelete
  5. tettt..dah tahu linda jumpa suami macam mana...heheeheee..

    ReplyDelete
  6. mcm pernah tengok dlm tv...drama shoot sini... beautiful! Nyaman

    ReplyDelete
  7. yg dok putrajaya ni pun xpergi2 lg. muahahaaaa

    ReplyDelete
  8. kena bayar tak kalau memancing kat sini

    ReplyDelete
  9. Kena bayar tak kalau memancing kat sini yer

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com