Belajar Berenang Sendiri di Hujung Minggu..KONONNYA

  Dhia Nak Belajar Berenang sendiri di Hujung Minggu..KONONNYA


Aktiviti hujung minggu, jika tiada event untuk mummy hadiri. Pastinya mummy memilih untuk habiskan masa dengan keluarga dan anak-anak. Oleh kerana hujung minggu tempoh hari daddy bekerja, mummy hanya dapat bawa anak-anak turun ke kolam renang di bawah rumah sahaja.
 
 

Anak-anak ni dah bagi-bagi hint nak mandi kolam. Hampir setiap malam tengok tv sambil baring atas pelampung. Nak..nak si Dzal Aidi Fiqry tu. Tapi weekend hari itu, Dzal Aidi macam mengantuk sedikit. Langsung tak nak mandi kolam. Pelik pulak, mummy !!
 

 
Dhia pulak jangan cakap !! Langsung tak nak pakai pelampung. Nak menyelam dan nak berenang sendiri. Baguslah kalau nak berenang sendiri. Jimat duit mummy untuk hantar ke kelas renang. hehehe. 

Sepupu Dhia pun join sekali mandi kolam. Seronok Dhia kalau ada kawan. Mandi tak ingat ! Mummy yang pancit nk kejar dan ikut pergerakan Dhia dalam kolam tu sambil dukung Dzal Aidi Fiqry. Sebab gara-gara Dhia tak mahu pakai pelampung.

 
Walaupun rumah sendiri ada kolam renang / swimming pool kami jarang bawa anak mandi di sini. Kami lebih suka buka kolam dalam bilik mandi je. Insyaallah lepas ni kene rajinkan diri bawa anak mandi kolam. Untung-untung Dhia pandai berenang dengan cepat ;)
4 comments on "Belajar Berenang Sendiri di Hujung Minggu..KONONNYA"
  1. aunty tak pandai berenang hukhuk..nnt suruh mommy ajar blh tak hahahahaha

    ReplyDelete
  2. anak- anak ngan air memang x leh dipisahkan...bonding time with family kan linda..

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa berenang.. Ena pula rasa nak pergi berenang

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com