Dzal Aidi Dah Pandai Jalan !!

     Yeay !! Dzal Aidi dah mula aktif berjalan. Nak tunggu bulan Oktober,...


  
 Yeay !! Dzal Aidi dah mula aktif berjalan. Nak tunggu bulan Oktober, bulan hari jadi daddy baru nak jalan ye ! Hadiah paling bermakna si kecik ni hadiahkan untuk daddy nya. Pandai berjalan, genap 1 tahun 3 bulan (15 bulan) sama seperti kakaknya, Dhia. 

Orang lain, ada yang dah mula  risau dengan Dzal Aidi Fiqry tak berjalan lagi,  mungkin anak-anak mereka dah pandai jalan awal. Bagi mummy dan daddy, kami tidak kisah lambat ke cepat Dzal Aidi nak barjalan. Lain budak lain caranya, mungkin sebab giginya tumbuh awal. Umur 7 bulan dah ada gigi. Ada orang kata sebab itu lambat jalan. Jumlah gigi sekarang dah ada 8 batang gigi.

Bila anak dah pandai jalan

Pertama kali Dzal Aidi dapat berjalan dan bermain badminton. Boleh tahan !! Nak main sendiri, udahnya di seret je raket badminton mummy tu !! Ades, tu la raket badminton mummy yang pertama, Carlton. Murah je beli dulu tak sampai ratus pun. Lama lepas tu, tukar tali, tukar grip cantik la sedikit badminton murah mummy tu!
 Bila anak dah pandai jalan

Budak-budak mana boleh duduk lama-lama sangat kat court badminton tu. Boring tak dapat main lama-lama. Sebab orang lain pun nak main. Jadi, mummy bawa anak-anak makan makanan kesukaan dua beradik ini, makan bihun sup gerai sebelah court badminton. Sakan makan ! Muka, kepala, kaki, dan boleh di katakan satu badan penuh bihun ! Mummy biarkan je, asalkan anak-anak bahagia hehe. Mummy pun boleh melayan drama Dhia Sophea kat gerai dengan tenang ;)

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda