Makanan Laut Pelbagai Jenis di Pasar Segar Kuala Rompin TTDI Grove Kajang

 

Makanan Laut Pelbagai Jenis di Pasar Segar Kuala Rompin TTDI Grove Kajang


Hai semua !! Korang ada tempat favorite beli makanan laut? Antara tempat favorite mummy mencari ikan, udang, sotong dan makanan laut segar ialah di Pasar Segar Kuala Rompin di TTDI Groove Kajang. Harga di sini pun murah. Ketam kaki biru (boleh tahan besarnya) tu baru RM20/kg. 

Ketam segar Pasar Segar Kuala Rompin di TTDI Groove Kajang ini mummy nak masak lemak cili api nanas. Rabu nanti daddy balik nak masak sedap-sedap untuknya.

 

Udang XXL Pasar Segar Kuala Rompin di TTDI Groove Kajang ini pula berharga RM45/kg. Ada setengah pasaraya jual RM59/kg dan ada juga yang menjual RM75/kg. Mummy beli dalam 11 ekor, nak goreng dengan kunyit untuk Dhia.



Ikan merah bersaiz besar ini pula berharga lebih kurang RM75 seekor, tak pasti berapa kilogram. Tapi panjangnya sebesar bekas polisterin besar.


Sotong Korea bersaiz besar Pasar Segar Kuala Rompin di TTDI Groove Kajang, berdakwat oren dan rasa yang agak berlemak manis ini pula berharga RM12/kg. Kebanyakan pasaraya jual sotong saiz sedang pun dah RM14.90/kg.

Pasar Segar Kuala Rompin di TTDI Groove Kajang

Ketam big crab, lobster dan pelbagai makanan laut lain juga ada di jual di Pasar Segar Kuala Rompin di TTDI Groove Kajang - terus dari nelayan. Penghantaran juga di sediakan di sini.

  

Berminat untuk mencari makanan laut yang pelbagai jenis dan murah. Jom ke  Pasar Segar Kuala Rompin di TTDI Groove Kajang.
 2A-1, Jalan TTDI Grove 1/2, Taman TTDI Grove
43000 Kajang Selangor.

Telefon: 017-6555827 / 014-3317181 /017-6965894
1 comment on "Makanan Laut Pelbagai Jenis di Pasar Segar Kuala Rompin TTDI Grove Kajang"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com