Alfatihah Untuk Arwah Pakcik Isa


Semalam, dapat berita bapa mertua - Pakcik Isa adik di kejarkan ke Hospital Serdang akibat sakit perut. Mungkin bersangkut paut dengan operation usus tahun lepas.



Jam 10 malam, dapat berita nafas pakcik Isa terhenti-henti. Kemudian, dapat khabaran pakcik Isa telah meninggalkan kami buat selama-lamanya jam 3.13pagi.

Allahuakhbar, walaupun arwah pakcik Isa hnayalah bapa mertua adik. Tapi, hubungan kami dua keluarga sangat rapat ! 

Masih mummy ingat, sebelum mummy berkahwin. Ada beberapa kejadian di rumah mummy. Arwah pakcik Isa lah yang banyak membantu dan menyuruh mummy tinggal di rumahnya.

Banyak jasa arwah yang sangat saya ingati. Seorang yang tidak kedekut dan mukanya yang sentiasa tersenyum.

Minggu lepas baru sahaja terserempak dengan arwah di bawah rumah kami. Masih ingat lagi senyuman manis arwah pakcik Isa.


Alfatihah. Innalillah...moga arwah pakcik Isa di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.
1 comment on "Alfatihah Untuk Arwah Pakcik Isa"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com