BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH Hujung cuti...

MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Hujung cuti yang lalu..cuti agak panjang. 3 hari dari Satu sampai Isnin. Tapi, daddy budak-budak ni kerja Sabtu. Walaupun kerja Sabtu separuh hari. Tetap bawa kami jalan sebelah petang. Jalan-jalan window shopping je. Ahad pula, daddy bawa kami semua berkelah a.k.a memancing. Nak ikutkan memang malas mummy nak ikut gi mancing, Tau ler...budak-budak ini. Mana boleh dduduk diam. Kang ada pulak jatuh dalam kolam. Ntah nape, mummy pun excited kali in nak pergi. Dhia dan Dzal pun dah sibuk nak ikan..nak ikan. Tempat mancing kali ini, mummy belum pernah pergi lagi. KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH.

 MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH
MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

KOLAM MANCING PAK MAT ini, tak jauh dari rumah. Lebih kurang 5-10 minit je. Sampai je sini. Dah nampak angsa, ayam, itik kat sini. Dalam fikiran mummy, boleh meronda ni nanti bawa anak tengok haiwan ternakan yang ada.



Semua haiwan ini, tidak terbiar. Semua duduk dalam kurungan jaring. Tapi, si Dhia sakan nangis. Takut katanya. Yang adiknya, Dzal...memula steady je. Sekali nampak angsa tu berbunyi kuat. Terus lari mencicit ! Adoi.. korang ni ! Lotih mummy tau ! Bawa gi zoo sana sini pun, takut lagi !


MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Yang best lagi tentang kolam ini ialah, besar kolamnya. Dah macam picnic kami. Siap bawa kerusi meja. Makanan minuman. Kalau daddy beritahu awal-awal. Bolah masakkan bihun goreng ke apa. Angin pun sepoi-sepoi bahasa kat sini. Main layang-layang pun bagus gak !


MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIHMURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH


Alhamdulillah, dapat ikan keli ! Boleh buat makan malam untuk daddy, mummy memang tak makan ikan keli. 


MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH


Ikan paling besar yang ada dapat hari itu ialah tongsan 6.7kg.  
  
MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Tapi, bukan daddy yang dapat. Orang lain yang dapat. Ok la kan.. at least tahu ada macam-macam ikan di sini. Besar kecil semua ada. Paling besar yang kami lihat hari yang sama mancing dengan kami ikan ini. Kiranya, di sini ada juga ikan besar !


MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Harga mancing pun boleh tahan murah ! RM15 untuk 4 jam (1 joran). Mana nak  dapat harga gini ! Sambil bawa anak riadah. Memang suasana tak membosankan !  Kalau nak ke sini WAZE je KOLAM PANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO

MURAH DAN BUKAN SEKADAR MEMANCING DI KOLAM MANCING PAK MAT TAMAN SRI HANECO SEMENYIH

Aik...baru perasan. Gambar Daddy dan Dzal pula banyak kali ini.
 


Tadaaaaaaa...hasil gorengan bersama kunyit. Daddy goreng sendiri ikan keli ini. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Suka aktiviti memancing kalau cepat dapat ikannya..kalau lambat x suka..

    ReplyDelete
  2. boleh try mancing bawak family..layan ikan keli..wow.

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda