Mulai 1 Mac E-Filing Taksiran Pendapatan 2015 Boleh Diisi

Sudah siap buat E-Filing Taksiran Pendapatan 2015 - Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan)

 

  
Alhamdulillah mummy baru je selesai membuat E-Filing untuk taksiran cukai tahun lepas (2015). Portal untuk pengisian taksiran E-filing untuk borang BE bagi tahun 2015 telah di buka pada 1 Mac 2016 dan akan tutup pada 30 April 2016, khas untuk rakyat Malaysia yang makan gaji atau bergaji.

Mummy buat taksiran pendapatan tahunan setiap tahun secara online sahaja di https://ez.hasil.gov.my/CI/ Mudah ! 


Jangan lupa ye semua. Pada yang ada pendapatan tu, isi borang taksiran di E-Filing. Jangan sampai kene tangkap dengan LHDN, kene denda nanti lagi susah. Tak semestinya kita isi, kita akan kene cukai. Banyak pengecualian cukai ada.

Isi.. jangan tak isi ye !

Selain itu, untuk lain-lain kategori tu tarikh tutup tak sama macam E-FIling yang mummy isi. Sebab mummy kategori makan gaji. Isi borang BE sahaja. 

Untuk borang yang lain, sila semak keterangan di bawah :-

Tarikh akhir pengemukaan  BNCP  Tahun  Taksiran  2015  bagi  Borang E,  BE,  B,  BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut :-
JENIS BORANG
PENERANGAN
Tarikh Akhir MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2015
E
Borang Nyata oleh Majikan
31 Mac 2016
BE
Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan)
30 April 2016
B
Borang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan)
30 Jun 2016
P
Borang Nyata Perkongsian
30 Jun 2016
BT
Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran)
30 April 2016 (Tidak Menjalankan perniagaan) &
30 Jun 2016 (Menjalankan perniagaan)
M
Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin
SAMA
MT
Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)
SAMA
TF
Borang Nyata Pertubuhan
SAMA

* NOTA

  1. * tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDN.
  2.  * BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
  3. * Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2015 adalah 30 April 2016. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2016 bagi e-Filing Borang BE (e-BE) Tahun Taksiran 2015. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2015 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2016, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2016 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  4. Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos 
 


Kesalahan, Denda dan Penalti 


Jenis Kesalahan
Peruntukan Di Bawah ACP 1967
Jumlah Denda (RM)
Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan
112(1)
200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai
112(1)
200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan
113(1)(a)
1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain
113(1)(b)
1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai
114(1)
1,000 hingga 20,000 / penjara / kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor
Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai
114(1A)
2,000 hingga 20,000 / penjara / kedua-duanya
Meninggalkan negara tanpa membayar cukai
115(1)
200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Menganggu / menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas
116
1,000 hingga 10,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak menyimpan rekod
119A
300 hingga 10,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM
120(1)
200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya
Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan
120(1)
200 hingga 2,000 / penjara / kedua-duanya


Bayaran Cukai Pendapatan

Jenis Kesalahan
Punca Pendapatan
Peruntukan Di Bawah ACP 1967
Penalti
Membayar cukai selepas 30 April
Selain
Perniagaan
Seksyen 103(3)
a. 10% kenaikan daripada cukai yang kena bayar, dan

b. Tambahan 5% kenaikan atas baki (a) jika bayaran tidak dibuat selepas 60 hari dari tarikh akhir
Membayar cukai selepas 30 Jun
Pernigaan
Seksyen 103(4)


Bayaran Anggaran Cukai Pendapatan
(Bagi Pendapatan Perniagaan)

Jenis Kesalahan
Peruntukan Di Bawah ACP 1967
Penalti
Membayar ansuran selepas 30 hari dari tarikh ditetapkan
107B(3)
10% atas ansuran tertunggak
Cukai sebenar 30% lebih tinggi daripada pindaan anggaran cukai
107B(4)
10% atas perbezaan baki cukai sebenar dengan anggaran cukai yang telah dibuat



Semoga entri mummy hari ini, mendatangkan manfaat untuk semua. Mummy dah siap E-Filing untuk diri sendiri. Sekarang, masa untuk siapkan dokumen E-Filing untuk ofis pula. Akauntan dah bagi dateline tu. Kene kejar yang sana pulak !

Sumber :- HASIL

3 comments on "Mulai 1 Mac E-Filing Taksiran Pendapatan 2015 Boleh Diisi"
  1. alahaiii...tak buat lagi la...

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah... memang sgt membantu....

    ReplyDelete
  3. lom sempat buat!
    in shaa Allah minggu depan la.
    ada free skit.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com