Sunday, 3 April 2016

Dzal Aidi Fiqry Meragam !

BILA ANAK MERAGAM...MULALAH RUNSING CARI ALTERNATIF 


Tak keruan mummy, bila anak merengek. Nak kata demam, tak demam. Cuma, adalah sedikit selsema. Tapi...masyaallah, pelik perangainya. Beberapa harini. Tido pun lewat. Pernah sekali dekat 3 pagi baru tidur. Dah masuk bilik, minta keluar. Susukan kat depan, baru tidur.

Ada satu malam pula, langsung tak nak tidur bilik. Udah..asing tidur dengan kakak nya. Nak kata panas, bilik ada kipas dan air cooler. Tak panas pun. Nak kata tak selesa....katil bilik tu tilam Vono kot.! Katil king..bukan katil single.

Banding kat depan, tido atas toto. Kurang selesa patutnya.



Bangun pagi, sambung merengek. Itu tak kena ini tak kene. Adoi....ilang sabar dengan Dzal ni. Sebelum daddy gi kerja...Daddy suruh mandikan Dzal dengan air zamzam. 

Mummy rendamkan air garam buluh. Letak dalam bath tub. Kasi berendam. Pastu siap mandi bilas dengan air zamzam.

Kurang merengek. Dalam masa beberapa jam. Terus tidur lena. 3-4 jam juga tidur siangnya.

Owh..kalau meragam gak..susah la mummy dengan daddy. Dah lah nak ke food review malam tu.

Alhamdulillah..nasib Dzal behave. Tak merengek. 

Ada yang tanya..tak bacakan ayat apa-apa ke kat anak. Dah baca dah...ya latif, 3kul dan ayat kursi. 

Tapi..kita ikhtiar juga lain-lain. Mana tahu badan gatal ke kan..sebab tu tak selesa. Cuaca siang sekarang ni panas ya amat. Kita yang besar pun mula sengal sana sini. Penyakit datang. Apatah lagi budak.

Mummy memang simpan gatam buluh yang ni. Garam buluh ...bagus untuk masalah gatal-gatal juga.

Air zamzam tu pulak..tak yah cakap. Macam-macam manfaatnya. Nasib kami ada stok...mak gi umrah dulu. Belikan kami 2 botol besar.

2 comments:

  1. semoga Dzal cepat sembuh..biasa la anak2 nak membesar ni..macam2 tantrum keluar..

    ReplyDelete
  2. memang x aman kita kalu anak2 x sihat.
    moreover linda ada program plak ekk.
    aduhai anak...

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Thanks Yang Rajin :)

Google+ Followers

Followers