PAKEJ BIRTHDAY PARTY DI MC DONALD'S 2016

PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016 Rentetan entri Samb...

PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016



PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016



Rentetan entri Sambutan Hari Jadi Dhia Batrisya yang ke-3 tahun "birthday party" di Mc Donald's Kajang Perdana tempoh hari, ramai pula PM mummy tanya pakej hari jadi Dhia di Mc Donalds tu. Mummy pulak, dari sehari ke sehari nak up cerita di blog tak berkesampaian.

Almaklumlah,kan banyak entri yang harus mummy utamakan terlebih dahulu !
Dan, entri kali ini...bukan nak promote tempat hari jadi di Mc Donalds ye. Tapi, sebab ramai yang tanya mummy. Mummy pun ingat-ingat lupa pakejnya. 

Bila mummy dah jumpa balik flyers BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S. Mummy kongsikan terus pakej hari jadi Mc Donald's sebelum mummy terlupa balik. hehehe faktor usia memang gini. Cepat lupa..tak nak lupa? Mummy kenelah tulis di blog cepat-cepat.

Ada 2 pakej untuk menyambut hari jadi di Mc DOnald's tahun 2016


PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016


1. Set Birthday Party Mc Donald's RM133. Dapat :- 


  • 10 set Happy Melas - Burger Ayam dan Air berkarbonat. Tukar air ribena atau milo dalam RM2.45 setiap satu.
  • 10 Party Packs - Goodies Bag, kalau nak tambah RM6.90 setiap satu. Mummy tak tambah, mummy buat goodies bag sendiri yang mana tak cukup.
  • PERCUMA 2 games - Pihak MC D aturkan dan ada hadiah untuk pemenang yang mereka sediakan.
  • PERCUMA 2 jam tempat BIRTHDAY PARTY
  • PERCUMA servis, seperti mc majlis, mereka potongkan kek, lagu yang di mainkan semasa majlis berjalan
  • PERCUMA belon
  • PERCUMA invitation card
  • PERCUMA mask muka (topeng muka) dan topi birthday party

PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016

2. Set Birthday Party Mc Donald's RM244. Dapat :- 




  • 10 set Happy Melas - Burger Ayam dan Air berkarbonat. Tukar air ribena atau milo dalam RM2.45 setiap satu.
  • 10 ketul ayam goreng MC D
  • 5 Mc Value Mc Chicken (Medium)
  • 10 Party Packs - Goodies Bag, kalau nak tambah RM6.90 setiap satu. Mummy tak tambah, mummy buat goodies bag sendiri yang mana tak cukup.
  • PERCUMA 2 games - Pihak MC D aturkan dan ada hadiah untuk pemenang yang mereka sediakan.
  • PERCUMA 2 jam tempat BIRTHDAY PARTY
  • PERCUMA servis, seperti mc majlis, mereka potongkan kek, lagu yang di mainkan semasa majlis berjalan
  • PERCUMA belon
  • PERCUMA invitation card
  • PERCUMA mask muka (topeng muka) dan topi birthday party

UNTUK BIRTHDAY GIRL - DHIA BATRISYA :

PERCUMA - goodies special dari Mc D
PERCUMA 1 set makanan


Majlis tempoh hari, hanya untuk kaum keluarga, adik beradik dan ipar duai. Sebab keluarga kami agak besar. Sambil-sambil nak hiburkan hati anak-anak buahku (dekat 20 orang) yang hadir dalam 16 orang termasuk anak sendiri. Last minute, keputusan buat di Mc D depan rumah je. Senang !

PAKEJ SAMBUTAN HARI JADI | BIRTHDAY PARTY MC DONALD'S 2016

Pada yang berminat, nak sambut hari jadi di Mc D. Sila rujuk gambar di atas ye. Sebab, bukan semua restoran Mc D ada sediakan tempat khas untuk majlis hari jadi.



You Might Also Like

2 comments

  1. ok sangat dah harga tu kan.. kalo ust invite adik2 beradik..

    ReplyDelete
  2. Ok sgt harga tu mummy...
    cepat la mc kat putrajaya nie buka..hihi

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda