Bila Mata Anak Ketumbit


Apa Perlu Mummy Lakukan Bila Mata Anak Ketumbit ?


Bila mata anak kene ketumbit | Risau? Mestilah risau, sedangkan kita yang dah tua bangka ini, kalau kene ketumbit mau tak duduk diam, tak selesa. Inikan pula, anak yang kene ketumbit. Mummy tak sempat nak bawa ke klinik. Sebab Isnin kene nya, bangun tidur baru perasan. Nampaknya, mummy kene cari penawar ketumbit ini secara tradisional.




Kalau ikut petua atok si Dhia, nak cepat baik ketumbit ini senang je. Selawatkan 3x atas kain bersih hembuskan nafas mulut kita sehingga jadi suam kain tu. Tuamkan ke mata yang kene ketumbit.

PETUA TRADISIONAL LAIN UNTUK MENGHILANGKAN KETUMBIT: 


1) tenyeh dengan bawang putih. Mungkin pedih sedikit. Sian pulak kalau DHia pedih.

2) tuam tempat kena ketumbit degan sudu yang dihangatkan dengan air panas. Buat dengan kerap hingga pulih.  Ni boleh cuba untuk Dhia.

3) Petua orang tua lain. Baca selawat sambil pegang mata yang kena ketumbit tu. Kemudian buat-buat buangkan ketumbit tu dari mata.

4) Beli ubat mata brand Eyeglo bewarna pink dari farmasi. yang ini mungkin agak sukar kot nak berikan pada Dhia.

5) Tuam dengan air suam mengunakan kain yang bersih . Sama petua dengan atok abah bagi ini.

6) Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah.... 


7)  ambil daun belimbing buluh..Basuh bersih..Tumbuk sampai hancur..letakkan di sekeliling kelopak mata. Jangan sampai masuk mata. Kemudian akan terasa seperti ketumbit tu di tarik-tarik. Ketumbit itu dalam proses mengecutkan ketumbit. Boleh ulang beberapa kali


Kalau ikut mitos, ketumbit mata ini terjadi di sebabkan suka mengintai orang. Kot ye lah, si Dhia dak kecik nak mengintai,kan !

Punca dan Gejala Ketumbit 


Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis :-

1. Akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. 

2. Keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion. 

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? 

Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata. Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. 

Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah : 
* Mata berair 
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk 
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya 
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak 

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu. 

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.  

Apakah rawatan bagi ketumbit? 
Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil. Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion? 

Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. 

Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu. 

Bolehkah ketumbit berjangkit? 
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit. 

Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?
Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit. 

Sumber : Google
5 comments on "Bila Mata Anak Ketumbit"
  1. Alahai...kesiannya Dhia..Ni dh elok ke belum Ni...

    ReplyDelete
  2. anak buah pun kadang kerap ketumbit

    ReplyDelete
  3. ada jugak petua titiskan susu ibu. berkesan !

    ReplyDelete
  4. Cuba ikat benang hitam di jari hantu. Kalo mata kanan .. ikat benang di jari hantu tgn kiri. Kalo ikutkan petua tak relevan pun tp berhasil huhu

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com