Thursday, 26 May 2016

Makan Free Nasi Lemak di Warong Rico Bangi Sentral

Makan FREE | Signature Nasi Lemak di Warong Rico 


Makan Nasi Lemak Paru di Warong Rico ? | Jumaat lepas mummy ada misi mencari jubah raya 2016 di butik kawasan Bangi Sentral. Butik tersebut buka pada jam 11 pagi. Mummy seperti biasa memang keluar awal, untuk mengelakkan kesesakan mencari parking. Tahu-tahu je lah kan kawasan Bangi Sentral ni. Nak mencari parking bukan mudah. Selesai dapat parking di sebelah Warong Rico. Dah, terlanjur datang awal, dan ternampak Warong Rico. Terus ambil keputusan nak sarapan pagi di Warong Rico je. Tak tahu pun ada makan free nasi lemak di Warong Rico Bangi Sentral ni setiap hari Jumaat. Langkah kanan lah kiranya ini !

Makan Free Nasi Lemak di Warong Rico Bangi Sentral

Tenang makan di sini, ada alunan zikir, nasyid di Warong Rico ini. 

Makan Free Nasi Lemak di Warong Rico Bangi Sentral

Persekitaran Warong Rico, bersih dan kemas.

Makan Free Nasi Lemak di Warong Rico Bangi Sentral

Makan Free Nasi Lemak di Warong Rico Bangi Sentral

Ha.. ini dia banner yang MAKAN PERCUMA DI WARONG RICO setiap Jumaat 9 pagi - 12 tengah hari 

Makan Free Nasi Lemak di Warong Rico Bangi Sentral

Nasi Lemak Paru pilihan mummy. Lama kot tak pekena nasi lemak paru ini. Dapat hilangkan rindu dendam ! ;)

Makan Free Nasi Lemak di Warong Rico Bangi Sentral

Air teh O suam

Makan Free Nasi Lemak di Warong Rico Bangi Sentral

Sambal paru yang empuk dan sedap !


Menu lain yang terdapat di Warong Rico

Makan Free Nasi Lemak di Warong Rico Bangi Sentral

Signature Nasi Lemak. Nasi lemak orang kaya, nasi lemak ayam berendam minyak, nasi lemakayam jaguh kampung, nasi lemak rendang minangkabau, nasi lemak sotong adik-adik, nasi lemak cengkerang, nasi lemak bajet dan nasi lemak paru-paru.

Korang yang berminat, bolehlah singgah ye. Ni alamat nya :-

Lokasi :-
Warong Rico
(sebelah - Butik Physicon )
3-43-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8, 
Bangi Sentral, Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Esan, Malaysia.

Instagram : Warong Rico

Tel : +603 8920 9499


8 comments:

  1. kedai baru buka ke?
    nasi lemak tu dia letak dalam bekas apa? macam tinggi sangat bekasnya..heheee.. bukan pinggan kan?

    ReplyDelete
  2. Baru je pergi Bangi Sentral. Tak perasan pulak ada Warong Rico. Menu-menu nasi lemak ni memang WIN. Hehehe. Murah rezeki pemiliknya bagi makan percuma. Moga dia kaya dunia akhirat =)

    ReplyDelete
  3. ada masa nak pergi try la..thank kak lynda for the info :)

    ReplyDelete
  4. Tak perasan pulak warong nie...
    hmm...nnt nak try skali la..

    ReplyDelete
  5. Wahh macam macam pilihan nasi lemak yang ada :)

    ReplyDelete
  6. wah macam best je warung ni, unik la bekas nasi lemak ni

    ReplyDelete
  7. wah unik nya bekas nasi lemak tu

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Followers