Friday, 6 May 2016

Tengok Wayang di TGV Filem Criminal


Pertama Kali Tengok Wayang Pada Tahun 2016 | Filem Criminal, TGV Cheras Selatan


Salam Jumaat semua !!! Rabu hari itu, mummy cuti...syiok gak tengok wayang di kala semua orang tengah bekerja. Lengang shopping mall dan juga panggung wayang. Konon-konon niat di hati nak tonton filem terbaru, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2). Tapi, malangnya nasib, filem tu tak di tayangkan di TGV Cheras Selatan. Hrm.. terus tak tahu nak tonton filem apa. Blank !! Berkira-kira juga nak tengok Captain America yang tengah hot tu. Dalam masa yang sama nampak best pula filem Criminal. Dan, akhirnya...mummy memilih menonton filem Criminal. Best ke tak cerita Criminal tu? Jom...baca coretan mummy ye..

Pertama Kali Tengok Wayang Pada Tahun 2016 | Filem Criminal, TGV Cheras Selatan


SIAPA PELAKON FILEM CRIMINAL?

Pertama Kali Tengok Wayang Pada Tahun 2016 | Filem Criminal, TGV Cheras Selatan

Ini ayat pertama keluar dari hati...takut juga pilih cerita yang tak kene jiwa. Ada pulak, mummy tidur dalam panggung wayang kang ! Antara barisan pelakon cerita Criminal ialah Kevin Costner, Tommy Lee Jones, Ryan Reynolds dan Gal Gadot.

GENRE FILEM CRIMINAL

Filem Criminal ini di khaskan untuk yang berumur 18 tahun ke atas. Criminal adalah sebuah filem aksi, dalam kes perisikan. Ha...tentu tak boring,kan ! Jadi, mummy tak fikir panjang..memang rasa macam best je cerita ni.. Terus ambil keputusan beli tiket filem ini !

Pertama Kali Tengok Wayang Pada Tahun 2016 | Filem Criminal, TGV Cheras Selatan

APA YANG MENARIK FILEM CRIMINAL?
Mula-mula, macam blur juga..mummy memang jenis gitu. Tengok cerita APA PUN, blur je..hehehe. Dah sampai setengah jam. Baru dapat tangkap dan faham. Best sangat filem Criminal ini, walaupun cerita aksi, lawan-lawan, ganas, bunuh-bunuh. Tapi, ada sentuhan elemen sedih tentang kekeluargaan. Siap boleh nangis lah mummy dalam panggung wayang tu.

SINOPSIS FILEM CRIMINAL
Mummy cerita sedikit tengang sinopsis Criminal ye.. Kisah tentang pegawai risikan CIA, Bill Pope terkorban dalam misi (ha, selalunya ala-ala hero ini tak mati dulu...kali ini macam hero mati dulu je,kan !) Bill Pope ini di bunuh kejam oleh Xavier Heimbahl (seorang penjenayah kejam yang ingin musnahkan kota London). Bill Pope di buru oleh Hembahl kerana Bill Pope ada berurusan dengan seorang hackers , The Dutchman. Pihak Hembahl memerlukan Dutchman untuk hack sistem. Hambehl ini memburu Bill Pope kerana Dutchman juga. Dutchman di sembunyikan oleh Bill Pope di satu tempat persembunyian rahsia.

Pihak CIA memerlukan data dari Bill Pope, malangnya Bill Pope telah di bunuh. Oleh itu, pihak CIA melakukan pemindahan sel daya ingatan Bill Pope kepada seorang penjenayah kejam (berada di dalam penjara) yang bernama Jericho Stewart.

Jericho berjaya menjalani memindahan daya ingatan....

Part ni paling best..Jericho dari sifat yang kejam... bila daya ingatan kekeluargaan Bill Pope keluar. Automatik Jericho bertukar menjadi seorang yang ada sifat kasih sayang.

Memori lama Bill Pope bermain dengan anak perempuannya, percutian bersama keluarga sangat menyayat hati.

Sedih mummy,,,bila lihat balu Bill Pope nangis. Apabila Jericho menceritakan memori suami yang ada dalam fikirannya.

Dan..banyak lagi scene yang menarik. 

Bosan?

Tak bosan sama sekali..Malah, mummy tak sabar nak tahu apa scene seterusnya !

Cerita Criminal in mula di tayangkan pada 21 April 2016. Pada yang minat cerita aksi..kene cepat tonton. Sebelum tayangannya tamat di pawagam !

Mummy bagi 4 bintang untuk FIlem CRIMINAL !



4 comments:

  1. Nak tgok AADC2..tp cik abe x nak..dia x layan..nak tgok pi tgok sendiri katanya

    ReplyDelete
  2. Nak pergi tengok la esok cerita ni.. nak release tension hehe mekaceh share kak

    ReplyDelete
  3. Wajib tonton filem nie.. yehaaaa

    ReplyDelete
  4. kite tak minat sangat genre aksi ni..tp klu dh tengok jln cter tu best melekat jgk..hihi

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Thanks Yang Rajin :)

Google+ Followers

Followers