Dzal Aidi Fiqry 2 Tahun !

HAPPY 2ND BIRTHDAY DZAL AIDI FIQRY !! Pejam celik..pejam celik dah 2 tahun anak bujang mummy. ...

HAPPY 2ND BIRTHDAY DZAL AIDI FIQRY !!


Pejam celik..pejam celik dah 2 tahun anak bujang mummy. Manja sedikit dak kecik ni. Almaklum lah kan...anak bongsu. Bongsu lah buat masa ni. Hehehehe. Dah berapa tahun da... birthday si Dzal Aidi Fiqry ni jatuh bulan Ramadhan. Banyak tahun juga tak sambut secara besar-besaran. Hanya sambut gitu-gitu je. Budak-budak ni...sebenarnya dapat tengok kek dan tiup lilin pun dah besar rahmat baginya.

Dzal Aidi Fiqry 2 Tahun !


Cuma..mummy rasa macam kurang adil. Kakaknya sambut birthday secara meriah. Tak pe la dik. Nanti kita buat celebration for belated birthday ye.

Mummy dan daddy doakan Dzal Aidi Fiqry jadi anak yang soleh, sihat selalu, di murahkan rezeki selalu dan jadi insan yang dapat senangi hati semua orang. Ameen !


KEK BIRTHDAY DARI SHOGUN2U !


Ok..ni gambar dengan kek shogun semalam.  Kebetulan promosi nya last hari ini. Tapi..mummy dah beli untuk buka puasa semalam. Beli online set RAYA Buy 1 free 1 untuk Menu Japanese Beriyani Ayam Percik. Dapat 2 set nasi, 2 air, 2 jeruk betik, dan 2 potong kek.

Dzal Aidi Fiqry 2 Tahun !


Kek tu..jadikan kek hari jadi untuk tiup lilin hehehe. 

Terima kasih Shogun2u. Sedap menu raya tu !! Ada yang minat nak dapatkan set BUY 1 FREE 1 tu. Last day tau arini. Cepat terjah www.shogun2u.com ;)

You Might Also Like

1 comments

  1. Selamat Hari Lahir Dzal...semoga membesar menjadi anak yang baik...dan membanggakan mommy daddy

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda