Resepi Mudah Ramadhan 2016 Ikan Kerapu Masak Asam Manis

16:00



Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Kerapu Masak Asam Manis 


Antara resepi mudah bulan ramadhan 2016 mummy pada hari ini, Ikan Kerapu Masak Asam Manis. Lama tak makan ikan kerapu. Ish...sedap pula kalau masak untuk juadah buka ini. mummy dah masak, memang sedap dan mudah je nak masak. nak masak hebat-hebat, kekangan masa. Jadi, mummymemamng memilih resepi mudah je untuk masak buat berbuka. Resepi Ikan Kerapu Masak Asam Manis ini pun mudah je nak buat. Korang buka apa semalam?


Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Kerapu Masak Asam Manis


Jom tengok cara masak Ikan Masak Asam Manis ini.

Bahan-bahan A - Ikan Kerapu Masak Asam Manis  : 

1 ekor ikan kerapu 
120gram tepung jagung 
1 biji telur ayam 
Sedikit minyak 
(untuk goreng) 
Garam secukup rasa 

Bahan-bahan B: 
5 ulas bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar 
3cm halia 
1 batang serai - dititik 
1 helai daun pandan 
3 sudu cili sos 
1 sudu cili giling (mummy guna cili boh yang di buat sendiri)
Sedikit kunyit hidup (mummy pakai kunyit serbuk je )
3 sudu tomato sos 
3 cawan air 
Sedikit air asam jawa
Sedikit cuka masak (pilihan, mummy tak pakai cuka)
Garam secukup rasa 


Cara memasak - Ikan Kerapu Masak Asam Manis 


1. Gaulkan bahan-bahan a dan bahan b goreng hingga rangup. 
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun pandan dan serai sehingga bau naik. 
3. Masukkan cili boh / cili giling dan kunyit. Kacau sehingga naik minyak. 
4. Masukkan air, tomato sos, cili sos, air asam jawa dan bahan perasa. Kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan: 
Bawang besar, cili api (boleh guna cili merah), green pepper, nanas dan timun.

You Might Also Like

2 comments

  1. dapnyerrr.... ni tak berapa mudah sangat ni... sederhana mudah... haha... selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. Dh DPT idea dh nk masak APA nanti...Tp Rasanya Hari Ni berbuka dlm keta je Kot...

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab