Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Dah siap packing baju bawa balik ke kampung ke? Berapa pasang bawa tu?   Berapa beg bawa balik ka...

Dah siap packing baju bawa balik ke kampung ke? Berapa pasang bawa tu?  Berapa beg bawa balik kampung untuk hari raya? Ha..sebenarnya, inilah masalah mummy tiap kali packing barang-barang. Stress juga ! Tengok orang lain relaks je kemas dan packing beg balik kampung untuk hari raya !

Memula, mummy ingat nak sumbat pakai kami 4 orang dalam 1 beg besar untuk bawa balik kampungini. Bila dah siap packing baju. Fuh, penuh ! Tak muat. Ni belum masuk baju daddy lagi ini. Huhuhu Paroh !!

Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya


Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Keluarkan balik semua baju-baju. Hanya letakkan pakaian mummy dan daddy je dalam ni. Selain pakaian, tuala, make up, toiletries, hanger baju, dan macam-macam lagi ada dalam ini. 

Baju siang mummy je ada 5 helai, baju jalan-jalan pula ada 6 helai, baju raya / baju kurung pula 3 pasang (tak ada dalam beg - dah gantung gosok siap-siap), seluar jeans ada 4, seluar siang dan seluar tidur ada 5 helai, tudung pula 7 helai bawa (kang pakai tudung yang sama je..macam tak best pula), pakaian dalaman semua ada 6 set. Ha...baru barang mummy je jumlahnya termasuk kecik besau..kecik besau tu dah 45 helai. 

Daddy pulak dah berapa helai, huhuhu 

Senang sebenrnya bawa baju banyak-banyak ini. Kot-kot tak sempat basuh ke tak sempat kering ke pakaian tu. Macam tahun sudah, Dhia keen muntah-muntah non-stop. Haaaa... berkali-kali la mummy kene tukar pakaian. 

Jadi, pentng juga baju standby....yang tak ada anak pun sama tau ! Buatnya korang sendiri yang muntah-muntah ke..


Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Ok...ni pulak pakaian anak untuk 2 beg. Pun penuh jugak ! Tipa nak muatkan baju yang dalam 30 helai ini. Harus kene gulung ye ! Kalau lipat biasa tu, memang tak muat. Kene 5 beg pakaian kot bawa balik kampung.

Entah muat ke idak kereta kami tu ye... 3 beg baju, 1 stroller, 1 bakul makanan dan minuman, 1 beg kasut anak-beranak, 1 beg songkok dan pelampung anak-anak, 1 beg lagi charger-charger dan P1. 

Apa....7 beg !!!!!! Hahaha baru anak 2, kot ! 

You Might Also Like

4 comments

  1. Saya pulak dah survey mana2 outlet doby self service terdekat.. senang kot. Nak bawak bag banyak x muat bonet keta kecik..huhu

    ReplyDelete
  2. Anak2 aida bertiga 1 beg besar.
    Aida 1 beg.
    Mr.asben 1 beg.
    Tuala & selimut & brg2 lain 2 beg.
    5 beg... kurang skit dari linda ha ha :-)

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda