Wednesday, 13 July 2016

Kemana Duit Raya Anak-Anak?


Salam Syawal ! Banyak dapat duit raya tahun ni? Yang memberi tu pula, banyak ke RM? hehehe. Alhamdulillah ada juga dapat duit raya tahun ini, rezeki anak-anak. Terima kasih pada yang sudi memberikan duit raya pada anak-anak kami. Moga di murahkan rezeki semua. Ke mana duit raya anak-anak kami? Pastinya kami akan masukkan ke dalam bank. Dok kat tangan tu kang..ter kemana mana pulaknya nanti. Budak-budak ini pun suka keluar masukkan duit dalam tabung. Suka sangat keluar masukkan duit. 

Raya 2016 ni, mummy dan daddy cuti agak lama. Memang plan ada hari cuti tu nak ke bank, settle kan apa yang patut. Termasuklah simpan terus duit raya anak-anak.

Kemana Duit Raya Anak-Anak?


Kemana Duit Raya Anak-Anak?
2 jam di Tabung Haji. Ramai yang deposit duit juga !


Kemana Duit Raya Anak-Anak?

Anak-anak dah mula kebosanan menunggu turn nombor di Tabung Haji. Kita ambil angin luar dulu. Minum dan makan dulu. 

Kemana Duit Raya Anak-Anak?

Memang Tabung Haji tak pernah tak ramai orang di bulan Syawal. Nak ikutkan, daddy macam dah give up juga. Tapi, bila lagi nak gi Tabung Haji. Dah mula kerja, susah dah nak ke sana sini. 

Baik settle kan apa yang patut di kala masih cuti.

Sekarang semua dah selesai. Masa untuk fokus pada kerja. Bab raya tu...walaupun sebulan. Tapi, kami dah rasa puas cuti raya berkumpul dengan adik beradik. Tinggal belum beraya rmah mak pak sendiri je. Hehehe.  Sebab mak ada kat rumah kami. Tapi, nak kena gak balik Subang tu..mana boleh tak beraya rumah sendiri kan !

6 comments:

  1. 2 jam? Pergh... Lama tu.. Dkna, niat nak pergi petang ni. Harap tak la sampai 2 jam menunggu huhuu

    ReplyDelete
  2. Belum kira pun duit raya anak-anak... raya tak habis lagi nih... hehe

    ReplyDelete
  3. mummy boleh juga belikan anak2 emas ,sebab nilai emas bila mereka dah besar nanti lagi besar value, utk pelajaran mereka nnt. atau simpan di SSPNIplus.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dari kecik da ada saving. Bagus mummy! =) Selamat hari raya kak. Lama betul menunggu. Diorg pun pakat menyimpan jugak tu.. hehe

    ReplyDelete
  5. wah cepatnya masukkan dlm akaun...Dania tahun ni x kencang sbb x pi beraya pun..nsk plak dia dh besar..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, yg bebudak ni masih ditangan lagi, memang kena simpan juga ni

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Thanks Yang Rajin :)

Google+ Followers

Followers