Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

Salam Syawal, masih berbaki beberapa hari je, Syawal. Mula lah semua berkejaran membuat rumah terbuka dan juga tetamu yang akan hadir. Ada kuih raya lagi ke tu? Mummy dah tinggal sedikit je kuih raya. Nak habis dah...sempat kan diri juga lah buat 1 kuih raya. Kuih raya yang mudah dan cepat je mummy akan buat. Buat stok ada-ada je orang kata. Tak perlu mixer, tak perlu pakai oven. Mudah sangat.


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu Mixer dan di Bakar.


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar



BAHAN-BAHAN Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu Mixer dan di Bakar:


2 cawan gula pasir
1/4 cawan serbuk koko (atau 4 sudu besar)
1/2 cawan susu full krim
1/2 cawan butter / margerin
1 sudu kecil vanilla esen
Sedikit Garam
1/4 cawan peanut butter (4 sudu besar)
1/4 cawan Nutella (4 sudu besar)
3 cawan oat


CARA MASAK Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar


1. Gunakan api slow. Panas dan masak gula, koko, susu dan margerin / butter bersama-sama. 

2. Masak dalam masa 1 minit 

3. Angkat dan alihkan. 

4. Kacaukan dengan esen vanilla, garam dan peanut butter, nutella dan oat.


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

5. Kacau rata hingga sebati.

Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

6. Letakkan sesudu doh tadi atas kertas di biarkan sejuk. Boleh bentukkan ikut kreativiti sendiri, samada nak bulatkan ke, nak terapkan bentuk LOVE ke..



Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

 7. Simpan dalam peti sejuk. Boleh juga nak keluarkan dari bekas kertas atau pun tak keluarkan pun tak apa. Dah sejuk dan boleh makan terus.

Sedap tau rasa macam makan coklat. Selamat mencuba
5 comments on "Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar"
  1. wah...mudah ni, asalkan bahannya ada

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik ..senang pun senang nak buat...

    ReplyDelete
  3. senang ni linda :)
    tapi tu la. aida ni kat umah da kurang masa :)
    setakat masak lauk pauk jer.
    hu hu hu memang M btul la kan hi hi hi

    ReplyDelete
  4. sedapnya...tq for sharing this recipe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com