Hadiah Birthday Dari Suami - Ice Watch

Banyak betul entri blog mummy bulan ini berkisahkan birthday,kan? Selamat membaca ye, kawan-kawan....

Banyak betul entri blog mummy bulan ini berkisahkan birthday,kan? Selamat membaca ye, kawan-kawan. Jangan jemu tau, sekali sekala katanya cerita bab birthday ni. Hehehe. Okey..Alkisah tempoh hari pergi ke Mitsui Outlet Sepang. Memang rambang mata mummy, semua tempat masuk..pastu dok beritahu daddy yang perfume, lipstik MAC, Estee Lauder semua murah-murah. Terus dia beri green light "ambil je, nak apa. Kang dah balik menyesal pula". Mummy tanya kembali,"nak belanja, ke?". "Iye, ambil je", daddy menjawab. Dalam hati mummy..kang ambik kang, lari bajet dia pula. Sebab plan awalnya..datang sini pun nak window shopping dan bawa anak-anak naik train. Tak teringat dan terfikir bulan Ogos bulan birthday mummy.

Mummy fikir balik, perfume ada lagi ...berbotol-botol juga. Lipstik MAC pun ada, bulan puasa aritu ada dapat lipstik. Tak baik membazir. Kita kasi perabihkan apa yang ada dalam koleksi tu dulu.

Hadiah Birthday Dari Suami - Ice Watch

Hadiah Birthday Dari Suami - Ice Watch

Berjalan-jalan lagi dalam Mitsui Outlet tu..ternampak pula kedai jam brand Ice Watch. Mummy memang tak pernah tengok koleksi jam ice watch. Teruja nak cuci mata dalam kedai Ice Watch ini.

Rupa-rupanya ada sales ! wow...

Orang pempuan memang ni lah kelemahannya. Tak boleh nampak perkataan 50%, 70%.

Hadiah Birthday Dari Suami - Ice Watch

Daddy tanya lagi, nak jam ke? Erm...sebenarnya niat mummy masuk dalam kedai jam tu, sebab nak survey harga untuk jam daddy. Mencari idea hadiah birthday daddy bulan 10 nanti. Sekarang dah boleh survey dan buat bajet. 

Daddy tanya lagi, nak tak jam ni..."jam ini ok, lembut (sebab getah). Mudah dukong anak, lagi pun..mummy tak ada sport watch". Nampak macam beria-ia sangat nak belikan. Mummy pun setuju...


Hadiah Birthday Dari Suami - Ice Watch

Daddy, bayar dan pass paper bag pada mummy. "ini hadiah hari jadi ye". Terharu pulak mummy rasa, bila beli hadiah secara terbuka. Tetiba, rasa malu pun ada. Hahaha..dah kahwin 4 tahun pun mengada nak malu-malu !


Hadiah Birthday Dari Suami - Ice Watch

Terima kasih banyak-banyak atas advance hadiah birthday !! Yeayyy...daddy berjaya menjadi orang pertama untuk tahun ini. Sebenarnya, Mummy bukannya jenis  orang yang materialistik. Tak perlu pun susah payah belikan itu ini. Kasih sayangmu dah cukup sangat bererti buat mummy. 

Hadiah Birthday Dari Suami - Ice Watch

Siap beli sedondon gitu. Daddy punya cutting men...besar sedikit dari mummy.

Hadiah Birthday Dari Suami - Ice Watch
gambar yang sengaja di gegarkan. hahaha. 

Koleksi couple watch kami.. Jam sebelum berkahwin, jam hantaran kahwin dan jam sedondon setelah ada dua anak hehehe.

You Might Also Like

7 comments

  1. berbaloi ni kalau beli waktu sale.. memang murah ..

    ReplyDelete
  2. Aah ice watch tgh promosi skrg ni... Tp yg model bmw edition punya termasuk dlm promotion ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BMW ada diskaun 20% tapi aritu kat Mitsui. Tempat lain, tak pasti

      Delete
  3. Cantiklah design dia.. Sale pula tu.. Memang berbaloi-baloi..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda