MENU SARAPAN PAGI NASI GORENG TELUR MIXED VEGGIE UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua ! Dah sarapan pagi? Sarapan atau di kenali sebagai breakfast (dalam Bahasa Inggeris) ini sangat penting tau! Tak ada makna ya....nak diet tapi tak mau makan sarapan atau breakfast. Kalau nak diet, sarapan pagi atau breakfast inilah yang paling penting. Walau hakikatnya, sememangnya mummy masih mengembang dan tak kurus-kurus. huhuhu.

Cerita bab sarapan pagi atau breakfast ini,kan. Teringat breakfast semalam...masakkan nasi goreng telur mixed veggie (tak pedas), kentang goreng dan air ribena untuk anak-anak. 

Hujung minggu, mummy lebih suka masak sarapan...kalau malas sekali pun. Mummy akan buatkan dorang, roti butter letak gula (favorite mereka). Mummy memang malas benar nak keluar pagi-pagi untuk beli sarapan pagi. Erm...rasanya dah lama kot tak keluar beli sarapan pagi hehehe.

SARAPAN PAGI HOMEMADE DI RUMAH



MENU SARAPAN PAGI NASI GORENG TELUR MIXED VEGGIE UNTUK ANAK-ANAK

Menu biasa-biasa untuk anak-anak. Saje je buatkan Nasi Goreng Telur Mixed Veggie. Untuk biasakan mereka makan sayur. Habis tak habis tu belakang cerita..yang penting dorang makan. 

Paling habis cepat tentunya kentang goreng... Buat cicah dengan thousand Island.

Nak resipi nasi goreng telor mixed veggie ke? Allah, sebenarnya malu nak tepek resipi sebab...masak cecampak je tu. 

RESIPI NASI GORENG TELUR MIXED VEGGIE UNTUK ANAK-ANAK

  • 3 senduk nasi putih
  • 1 senduk mixed veggie
  • 1 biji telur
  • 1biji Bawang merah potong halus
  • 2 biji Bawang putih hempap dan potong kecil
  • Garam 
  • Sedikit kicap


CARA MASAK NASI GORENG TELUR MIXED VEGGIE UNTUK ANAK-ANAK


1. Tumis bawang dan mixed veggie dengan sedikit minyak.
2. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan kicap.
3. Masukkan nasi putih dan gaulkan rata.

Siap !!!

Resipi kentang goreng tu jangan tanya banyak. Sebab mummy beli siap dan goreng kan dengan minyak panas je. Hehehe



12 comments on "MENU SARAPAN PAGI NASI GORENG TELUR MIXED VEGGIE UNTUK ANAK-ANAK"
  1. singgah pagi isnin...
    baru nak tanya resepi kentang tadi :P hahaha..
    nieyl pun kalau hari cuti suka masak²...

    ReplyDelete
  2. dkna pun masak nasi goreng pagi ni.. bawak bekal, 3 beranak ..hahaaa..

    ReplyDelete
  3. zati pon selalu masak macam ni kat jasmeen. so utk babah kasi sambal belacan la bagi pedas sikit.. huhu

    ReplyDelete
  4. salam..
    wahh sedap..knyg perot ank..hehe
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. terbaik la sarapan rumah.
    aida ni da lama tak sarapan kat rumah ni :(

    ReplyDelete
  6. Terbaik kak!
    Simple, sedap n yg penting berkhasiat utk anak2.
    =)

    ReplyDelete
  7. adehhhh peberet kakcik ni kak lindaaa. tapi kc suka ketepikan veggie tu hahahaha tak gemar sgt

    ReplyDelete
  8. Mak budak pun terliur tengok, inikan anak-anak lagi la sukanya.....

    ReplyDelete
  9. kite pun terliur nengok nasi goreng tu..hehe

    ReplyDelete
  10. Kalau anak sha nie, dia asingkan sayur tu.. kena cakap makan sayur barulah cantik.. Baru dia makan.. kikikiki.. bebudak..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com