Sambal Udang Petai

Cuti Merdeka ni mummy masak Sambal Udang Petai. Kebetulan semalam ada orang jual petai di Pasar Malam. Terfikir-fikir nak beli petai ke tidak. 1 ikat petai RM5, yang sudah kopek pula, 1 bungkus petai berharga RM3, beli 2 boleh dapat RM5. Melihat peniaga tu, mummy seakan-akan kesian juga. Berniaga sambil bawa isteri dan anak. Anaknya, pula seperti tak berapa sihat. Tanpa fikir panjang...terus beli sahaja petai. Dalam hati,"Esok, boleh masak sambal udang petai kesukaan suami"

SAMBAL UDANG PETAI


Mummy masak yang mudah-mudah je. Nak tahu resepi Mudah Sambal Udang Petai Mummy? Jom tengok resipi jom.


RESEPI MUDAH SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan Sambal Udang Petai :

Cili boh di kisar dengan sedikit air putih:
1 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk tumis
1/2 inci halia
10 tangkai cili kering (di potong dan di rebus)

3 Papan petai
300gm udang sederhana besar
1 labu bawang besar hiris bulat
Sedikit air asam jawa
1 sudu gula
Sedikit garam


 RESEPI MUDAH SAMBAL UDANG PETAI


CARA MASAK SAMBAL UDANG PETAI


1. Panaskan minyak masak
2. Tumis bahan kisar.
3. Tunggu sambal agak garing, masukkan air asam jawa, udang, petai dan bawang yang sudah di hiris.
4. Agak kering sedikit, masukkan gula dan garam.

Siap !!! Ada yang suka letak belacan, daddy tak suka. Makanya, mummy tak letak belacan.
5 comments on "Sambal Udang Petai"
  1. Fav ni! Tapi dah makan semalam heheh

    ReplyDelete
  2. huishh sedapnyaa.. tapi ena tak makan petai la pula...

    ReplyDelete
  3. Akak kalau buat sambal udang memang letak belacan..hehehe...fav..petai tu buat bau jer sebab tak makan..

    ReplyDelete
  4. Sha pun x suka letak belacan.. Sedap makan ngn nasi panas2.. Memang x toleh kiri kanan dah..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com