TUTORIAL EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE

TUTORIAL EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE  - Assalamualaikum, salam sejahtera semua ! Segment tutorial untuk blogspot lagui ! 2021 ini, blog mummy berwajah baru, berbaju baru. Kita tukar template lah , apa lagi ! Bila tukar template je... semua layout blog entah ke mana. Part ini, yang kekadang macam tak suka nak tukar template. Habis korek balik entri lama tuorial untuk edit blog hehe. Dan juga edit widget blog. Memang akan nampak serabut kalau tukar template. Sebab tu jarang-jarang mummy tukar template blog. Tak mahu peningkan kepala diri sendiri. Semua nak kene susun atur balik layout blog. Termasuklah blog archive meleret panjang lebar. Template blog lama dulu dah setting. Tapi baisalah kan, bila masuk template blog baru. Kebanyakan setting hilang. 

Walau kita pakai template responsive ke, mesra SEO. Untuk scroll box ini tak ada juga tau. Bab scroll box ini kena edit sendiri. Mummy suka pakai scroll box untuk widget mummy seperti Blog Achive, List Blog kawan-kawan, dan apa sahaja yang mummy nak nampak organise di bahagian widget

TUTORIAL EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE 



Kenapa nak EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE ? Erm, tak lawa kalau panjang sangat blog archive tu. Betul tak? Jadinya,alang-alang mummy tengah betulkan layout widget blog mummy ini dan juga mencari tutorial untuk edit scroll bar ini. Mummy terus share lah entri tu di blog mummy TUTORIAL EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE . Kali ini, mummy terus buat satu entri khas terus dalam blog sendiri. Supaya mummy sendiri tak lupa lagi, lepas ini. Macamana nak setting , boleh terus tengok di "TUTORIAL EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE "?


TTUTORIAL EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE


MACAM MANA NAK BUAT TUTORIAL EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE  

TUTORIAL EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE ni senang je, korang ikut sahaja langkah di bawah ni ye :


 1. Log In > Dashboard > Design > Edit HTML 

2. Tekan Ctrl F dan cari kod yang ini : 
<div id='ArchiveList'>


3. Sebelum korang jumpa kod yg kat atas ni , korang akan jumpa kod yang ini dulu :
<div class='widget-content'>

 4. Gantikan kod ini  <div class='widget-content'> dengan kod yang ini 
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>

p/s : Boleh tukar saiz Height 200px mengikut kesesuai blog ;)


5. PREVIEW dulu . Kalau menjadi , terus SAVE ok ? :))

Ha..mudah je kan untuk buat EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE . Tak payah upah orang untuk edit blog. Buat sendiri je. Gerenti jadi ...

Selamat mencuba dan selamat SAVE !
5 comments on "TUTORIAL EDIT WIDGET BLOG BUAT SCROLL BOX UNTUK BLOG ARCHIVE "
  1. aah kalau tukar template semua ubah sebb dah tukar filenye.. kena edit semula.. hehe.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. samalah sebab tu ammi pun tak suka sangat tukar template. tp bila dah semua org sibuk guna SEO template...ammi pun terjebaklah jugak. pastu pening kepala sorang2 hah

    ReplyDelete
  3. tq linda.. aak dah buat dah yey berjaya

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com