CARA-CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB CLICKS KE TABUNG HAJI

Dah berkurun berzaman. Baru mummy tahu cara nak masukkan duit dari akaun CIMB Clicks ke Akaun Tabung Haji. Padahal orang lain dah lama tahu (haaa..gelak, ye ! gelak leerrr hehehe). Sebelum ini, mummy ada cuba mencari butang transfer dari CIMB Clicks. Tak jumpa pun bank Tabung Haji. Rupa-rupanya, kene pergi di Pay Bills. Mudah rupanya, transfer duit dari CIMB Clicks ke Akaun Tabung Haji.


Terus bergegas mummy buka CIMB Clicks ke Akaun Tabung Haji untuk transfer. Mudah lepas ini, mummy nak buat simpanan Tabung Bunian (nak tahu apa itu tabung bunian. Boleh baca di SINI). 

Selain tu, terus mummy transferkan duit anak-anak yang di tangan. Lama-lama pegang, takut susut nilai pula hihihi.

MUDAH JE..TRANSFER DUIT DARI CIMB CLICKS KE TABUNG HAJI


Lega bila dah tahu cara nak transfer duit dari CIMB Clicks ke Tabung Haji. Lepas ini, tak perlu lah bersusah payah ke Tabung Haji. Nak beratur dan sebagainya. Raya hari tu, kami sekeluarga nak deposit duit raya anak-anak. Beratur tunggu giliran kat Tabung Haji pun dekat separuh hari dah.

CARA-CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB CLICKS KE TABUNG HAJI


1. Log in CIMB Clicks


CARA-CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB CLICKS KE TABUNG HAJI

2. Pergi ke Pay Bills


CARA-CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB CLICKS KE TABUNG HAJI

3. Taip atau cari di bahagian CIMB Clicks " Lembaga Tabung Haji"

CARA-CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB CLICKS KE TABUNG HAJI

4. Masukkan nombor akuan, nombor kad pengenalan dan jumlah yang ingin di transfer

5. Simpan siap-siap sebagai my favourites. Senang nanti nak transfer.

6. Tekan butang "Proceed to Payment" atau "Add Another Bill" (kalau ada nak transfer bil lain).


CARA-CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB CLICKS KE TABUNG HAJI


7. Tekan butang "confirm"

8.Tunggu  nombor TAC

9. Masukkan nombor TAC.

10. Selesai ! Cetak siap-siap, untuk rujukan.

Cas yang di kenakan transfer duit dari CIMB Clicks ke Akaun Lembaga Tabung Haji adalah sebanyak RM0.53 . Okey la tu kan..dari kene menunggu lama hehehe.

ASB mummy je tak dapat transfer dari akaun CIMB Clicks. Sebab akaun CIMB mummy, akaun Islamik.

Kene juga beratur la gamaknya untuk deposit ASB nanti.

36 comments on "CARA-CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB CLICKS KE TABUNG HAJI"
  1. cik akak pun tak pernah tahu...biasa asb je yang cik akak buat online guna cimb click..mudahnya

    ReplyDelete
  2. wahh.. tq kak lynda.. dah lama tertanya dan cari cara nak tranfer dr cimb ke tabung haji..

    ReplyDelete
  3. sekarang semua di hujung jari kan kak.. senang je. Btw, tq share kak =)

    ReplyDelete
  4. yeay....i like....senang la pasnie nieyl nak simpan duit...tapi kan asb tu syg laaa,cimb xnak buat jugak..nieyl pun klu cimb buat tok asb...serius memang melompat tau...

    ReplyDelete
  5. baru senang nk msuk duit len kli kan.. ^_^

    ReplyDelete
  6. owh, bru taw blh transfer ke tbung aji. slama ni ingt bnk rkyt & bnk islm je ada link ngn tbung aji. mcm mhal gak tu 53 sen..klu bnk lain 11 sen..

    ReplyDelete
  7. berapa lama tempoh transfer ke akaun TH ? ade 2,3 hari ?

    ReplyDelete
  8. thank you akak.. nasib baik google dulu sebelum keluar nak transfer duit ke tabung haji. dah jimat banyak masa.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian yg sgt2 berguna .. Appreciate it. Semoga Allah membalas budi baik sis..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih yaa Lynn atas perkongsian. Lega haa tak payah 'Q'. Ambil nombor selalu mesti dalam 50+ waiting.

    Sis Anna+

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya..7 hari bekerja ka baru duit masuk ke akaun th tu?

      Delete
  11. ASB skrg melalui CIMB Click pun boleh. Tp yg conventional sy pakai. Islamic x pasti ada. Under My Investment > ASNB

    ReplyDelete
  12. Senangnye tq kak perkongsiannye,lps tu TH tu kena updte la kan mksudnye kena kemaskini la kn nanti klu p Ke TH ye??

    ReplyDelete
  13. Tahu tak macam mana nak buat schedule payment utk transfer ke TH? perlu ref no 1 dan ref no 2? Nak letak apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ref no.1 letak no. IC, ref no.2 letak no. fon

      Delete
  14. kalau ada maybank islamic lebih mudah. lepas dah link boleh transfer in, out dengan semak baki akaun TH kita. yang ada kemudahan spt ini sama spt bank rakyat, dengan bank islam

    ReplyDelete
  15. Senang tiap bulan click click jew

    ReplyDelete
  16. hehehheh sib baik k. azni jumpa yg lin buat ni.. sbb sellau pakai maybank jer

    ReplyDelete
  17. Sekarang ni cepat je..saya transfer sabtu malam.. selasa dah ade bile check kat maybank2u.. coz isnin tuh PH.. lagi 1 x bley check balance TH ke kat cimbclicks

    ReplyDelete
  18. terima kasih. baru tahu ingatkan maybank jer boleh buat

    ReplyDelete
  19. baru 1st time guna cimbcliks, sc murah compare dgn maybank, tpi lambat duit deposit, klau mbb terus masuk ke TH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambat tu makan masa berapa hari ye?

      Delete
  20. mudah betul.. tak payah daftar ke tabung haji dulu la kan..

    ReplyDelete
  21. terima kasih akak. saya pun tak tahu cara nak transfer. dah cuba cari dekat transfer tapi tak jumpe. patutlah, kena tekan pay bills rupanya.

    ReplyDelete
  22. Cara ni boleh digunakan utk mana2 akaun TH ke? Mcm ada yg simpanan, ada yg untuk menunaikan haji.

    ReplyDelete
  23. Saya dah buat kat Maybank, kalau ada duit dalam cimb boleh juga transfer ni

    ReplyDelete
  24. Thanks for sharing sis :) Entry yang bermanfaat buat semua

    ReplyDelete
  25. Good sharing Linda.. boleh kami yang tak tau refer entri nie nanti..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com