RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN

14:28

Semalam mummy up entri Nasi Beriani Johor Menu Masakan Raya kami, di facebook. Ada pula yang bertanyakan resepi Pencuk, Jelatah, Acar Nenas Timun pada mummy. Sebab gambar Beriani semalam ada Pencuk, Jelatah, Acar Nenas Timun. Ok lah, mummy share resepi Pencuk, Jelatah, Acar Nenas Timun.

Mummy di belenggu nak letak tajuk sayur Nenas Timun ini. Sebab ada yang panggil pencuk nenas timun (kami orang Johor panggil), Jelatah Nenas Timun (gelaran di tempat mummy) dan Acar Nenas Timun (sahabat fb yang PM semalam). Jadi mummy terus je buat entri RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN. Mudah kot orang nak faham,kan?


RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN


RESEPI PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN


(untuk 5 orang makan)
1 biji nenas (potong nipis dan kecil)
1 batang timun (potong nipis dan kecil)
1 biji bawang besar (hiris)
3 potong cili merah hidup (potong hiris)
1 sudu garam
4 sudu gula
Cuka (untuk bagi ranggup...tapi mummy tak letak)
Sedikit kapur makan (jika suka..tapi mummy tak letak)

CARA BUAT PENCUK, JELATAH ATAU ACAR NENAS TIMUN

1. Basuh semua bahan
2. Campurkan nenas, timun, cili dan bawang. Gaul rata.
3. Letakkan gula dan garam sedikit demi sedikit. Gaul dan rasa. Boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa.
4. Jika minta nak tmbah kapur makan dan cuka. Boleh tambah juga.

Siap ! Mudah je kan ! 

Tapi bab nak potong nenas tu yang mummy paling bercinta nak buat huhuhu.

You Might Also Like

5 comments

  1. Sedap makan panas panas dengan nasi ni. ;P

    Terima kasih atas resepinya ya sis

    Betullah tu, bercinta betul nak kupas kulit nanas tu. Tapi sekarang ni dah ada alat khas nak potos nanas.

    Cuba cek di youtube.

    Canggih tu.

    Nanas potong bentuk spiral

    ReplyDelete
  2. Sedap makan panas panas dengan nasi ni. ;P

    Terima kasih atas resepinya ya sis

    Betullah tu, bercinta betul nak kupas kulit nanas tu. Tapi sekarang ni dah ada alat khas nak potos nanas.

    Cuba cek di youtube.

    Canggih tu.

    Nanas potong bentuk spiral

    ReplyDelete
  3. Sedap nie.. Tapi sha x makan nenas.. Hehehe.. Selalu asingkan nenas bila makan jelatah..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab