Shoplinks.Asia

RESEPI SEAFOOD AGLIO OLIO MUDAH MASAK DAN CEPAT

Spaghetti Aglio Olio untuk minum petang mummy. Mudah dan senang sebenarnya nak buat Seafood Spaghetti Aglio Olio. Tapi, mummy masak cara mu...

Spaghetti Aglio Olio untuk minum petang mummy. Mudah dan senang sebenarnya nak buat Seafood Spaghetti Aglio Olio. Tapi, mummy masak cara mummy dan bahan apa yang ada dalam peti je. Almaklumlah kan..tetiba je teringin nak makan Seafood Spaghetti Aglio Olio. 

Buka peti sejuk, ada sayur, udang dan cili kering domino's pun ada. Anak pula nak makan spaghetti bolognese. Alang-alang merebus spaghetti tu kan..kita menumpang ler sekaki. 

Eh..kejap.. sebenarnya mummy tak gunakan spaghetti. Mummy guna angel hair. Lebih kurang mee spaghetti. Cumanya, angel hair ni halus dan cepat masak. 

Berbalik tentang Aglio Olio ni kan. Memang mudah dan cepat masak Spaghetti Aglio Olio ni. Tak caya? 

Jom cuba resepi mummy ni ha..


RESEPI SEAFOOD AGLIO OLIO MUDAH MASAK DAN CEPAT.


RESEPI SEAFOOD AGLIO OLIO MUDAH MASAK DAN CEPAT.


Spaghetti / Angel Hair (rebus terlebih dahulu)
Sedikit Minyak Masak
3 ulas Bawang Putih (ketuk)
1 biji Bawang Besar (hiris)
Udang (ikut citarasa masing-masing)
Cili kering (mummy pakai Domino's punya)
Sayur Sawi Cina
Parmesan Cheese (mummy tak letak sebab tak ada stok dalam peti sejuk)
Secubit garam

CARA MASAK SEAFOOD AGLIO OLIO

1. Panaskan minyak masak 
2. Masukkan bebawang .
3. Dah wangi, gorengkan udang atau apa-apa bahan kegemaran masing-masing.
4. Bila dah nampak udang kekuningan masak. Sebatikan dengan spaghetti / angel hair da sayur sawi.
5. Gaul rata semua bahan tadi dan taburkan cili kering / chillies flake bersama garam.

Siap !! Boleh hidang dan makan sementara masih panas. Memang pergh...sedap !

Rumah mummy memang sentiasa simpan stok angel hair ni. Lagipun tahan lama. Nak masak pun tak perlukan masa yang lama.

Kalau tetiba ada tetamu datang terjah pun mudah kita siapkan makan.

You Might Also Like

7 comments

  1. sedapnya..bolehlah cuba resepi ni..thanks 4 sharing:)

    ReplyDelete
  2. Terus teringin....dapnya..x oandai masak spaghetti lor

    ReplyDelete
  3. Aglio Olio mummy macam versi melayu lah gitu ye? Nampak menarik sangat :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya akak..leh suruh mama saya masak nanti

    ReplyDelete
  5. sedapnye olio...bila laa dapat buat ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -