Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah dan Cepat

Masakan ayam adalah menu kegemaran kami sekeluarga. Lelagi si Daim, memang hari-hari akan minta lauk masakan ayam je, lah ! Korang ada anak yang macam anak kami,tak? Hari-hari nak makan masakan ayam je ? Oh ya ! Ayam Bakar ni, bukan sahaja sesuai untuk budak. Malah Ayam Bakar ini, sesuai untuk Resepi Untuk Ibu Mengandung Dalam Pantang juga.. Jom cuba 5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah dan Cepat


5 Resepi Senang Masakan Ayam Bakar Air Fryer



5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah dan Cepat


Resepi masakan Ayam Bakar Air Fryer yang senang masak, sedap dan juicy sebenarnya terletak pada bahan perap ayam bakar tu sendiri. Kalau sedap bahan perap ayam bakar dan kena dengan sukatan bahan perap ayam bakar , tu.... Perghhhhh ..seekor seorang pun tak cukup ! Okay. Nah.. 5 Resepi Senang Masakan Ayam Bakar Air Fryer  dan bahan perap yang sedap hingga menjilat jari !




5 Resepi Senang Masakan Ayam Bakar Air Fryer




Resepi Ayam Bakar Kunyit Air Fryer



Bahan Masakan Ayam Bakar Kunyit Air Fryer :-
Setengah ekor ayam (ayam kami besar, kena potog separuh)
Sedikit kunyit
Garam secukup rasa
1 biji ubi kentang

Cara masak
1. Lumurkan garam dan kunyit pada ayam
2. Perap dalam setengah jam
3. Lapik menggunakan aluminium foil
4. Bakar ayam dan ubi kentang menggunakan air fryer 180 darjah, selama 25 minit
5. Terbalikkan dan bakar lagi 25 minit.

Siap dan boleh di makan..Walau nampak simple tapi ayam kunyit air fryer ni sedap. Sebab jus minyak dan air ayam tu keluar jadi sedap berlemak gitu



5 Resepi Senang Masakan Ayam Bakar Air Fryer



Resepi Ayam Bakar Madu Air Fryer


Ayam bakar madu berempah, sedap Macam ayam golek Bazar ramadhan

Bahan Bahan :-

1 ekor ayam
1biji bawang merah*
3ulas bawang putih*
1inch halia*
1inch kunyit hidup*
1sd ketumbar*
1sd jintan manis*
1sd jintan putih*

*Kisar halus

Kicap manis
Sedikit gula
Garam
Madu


Cara masak :-
1. Gaul ayam bersama bahan kisar halus, kicap manis, agak je.. jangan banyak sangat nanti ayam jadi hitam legam. 
2. Gula Dan garam.
3. Perap ayam semalaman atau 2-3 jam. 
4. Bakar dalam air fryer suhu 160 30minit (selepas 15minit pertama balikkan ayam supaya masak sekata).
5. Ayam dah masak sapu madu pada ayam daan bakar semula selama 15minit suhu 120.




5 Resepi Senang Masakan Ayam Bakar Air Fryer

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers


Bahan-bahan Ayam Bakar Ala Kenny Rogers:

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil lada hitam (taknak letak pun takpe)*
Sedikit halia (kira hujung jari je)*
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap manis
2 sudu madu ( nak letak extra pun boleh)
Sedikit garam
1 sudu minyak masak

Cara-cara masak:
1. Tumbuk lumat bahan bertanda (*). 
2. Campurkan bersama bahan lain dan gaul pada ayam. Perap selama 2 jam.
3. Kemudian bakar dalam air fryer pada suhu 180°C selama 20 minit. 4. Lapik aluminium foil untuk dapakat kuahnya.
4. 10 minit terakhir, terbalikkan ayam dan turunkan suhu kepada 160°C. Siram kuah atas ayam. 



5 Resepi Senang Masakan Ayam Bakar Air Fryer



Resepi Ayam Bakar Air Fryer ala Pizza Hut



Bahan-bahan Ayam Bakar Air Fryer Ala Pizza Hut:
Sayap 10 ketul potong 2
Serbuk cili 3 sudu
Madu 3 sudu
Sos tiram 3 sudu
Kicap manis 3 sudu
Gula 2 sudu
Limau kasturi kecil 1 biji
Garam & aji (secukup rasa)
Serbuk cili (kalau suka pedas)
Gula sedikit (kalau suka manis)

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dan perap beberapa jam.
2. Boleh bakar terus kalau tak nak tunggu lama.
3. Bakar dalam air fryer pada suhu 170-180°C selama 10-15 minit. 
4. Kemudian balikkan, bakar pada suhu dan masa yang sama.



Resepi Simple Ayam Bakar Kewpie


Ayam Bakar Kwepie Viral menggunakan Air Fryer dan 3 bahan sahaja.

Bahan bahan  :


1. Ayam Setengah Ekor
(hiriskan atas ayam supaya perapan meresap dan merata dalam ayam)
2. Kwepie Roasted Sesame 5 Sudu Besar Makan
3. Sos Tiram 4 Sudu Besar Makan
4. Black Paper Ajishio ,
5. Lumur semua bahan pada ayam

Boleh gunakan Foil Aluminium sebagai alas ayam dalam air fryer

Cara cara : 
1. Lumurkan semua 3 bahan ke atas ayam , perap dan simpan semalaman di dalam chiller.
2. Setelah semalaman , sebelum bakar dalam air fryer sapukan minyak masak sedikit atas ayam tersebut. 
3. Bakar 180 selama 30minit

Siap dan sedia untuk dihidangkan , curahkan sedikit kwepie dan makan dengan ayam juicy.


Sekian sahaja, perkongsian 5 Resepi Masakan Ayam Bakar Air Fryer Mudah dan Cepat dari mummy. Selamat mencuba semua resepi di atas dan resepi lain juga seperti :-


 





3 Resepi Kangkung Sedap : Kangkung Belacan, Kangkung Ikan Bilis, Sotong Kangkung

Resepi Sayur adalah satu resepi sangat mudah. Contohnya resepi sayur masak lemak. Bagaimana pula dengan sayur Kangkung? Kang kung juga mudah di jadikan masakan atau resepi sayaur yang sedap. Kangkung merupakan tumbuhan hijau yang biasanya ditanam sebagai sayur-sayuran di kawasan tropika, terutamanya di rantau Asia Tenggara. Ia mempunyai daun hijau berbentuk bulat dan batang yang mudah dipecahkan. Kangkung adalah salah satu jenis sayuran yang popular dalam masakan Melayu dan Asia Tenggara.

Tentang Kangkung


Kangkung adalah sayur kegemaran dan sangat popular di Malaysia. Tumbuhan kangkung biasanya tumbuh dalam air atau di tepi kawasan berair seperti sungai, kolam, atau sawah. Ia memerlukan banyak air untuk tumbuh dengan baik. Kangkung sering dijajarkan sebagai sumber nutrisi penting dalam pelbagai hidangan, seperti "kangkung belacan," di mana daunnya dicampur dengan sambal belacan yang pedas dan lazat. Kangkung Belacan Resepi Favourite Orang Malaysia !


Kangkung dikenali dalam bahasa sains sebagai "Ipomoea aquatica." Ia merupakan sejenis tumbuhan akar lebat yang termasuk dalam keluarga Convolvulaceae. Tumbuhan ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain, seperti "water spinach" dalam bahasa Inggeris dan "kangkong" dalam bahasa Tagalog. 

3 Resepi Kangkung Sedap : Kangkung Belacan, Kangkung Ikan Bilis, Sotong Kangkung  



Kangkung adalah salah satu daripada sayuran yang mudah didapati dan murah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti tumis, direbus, atau dicampur dalam sup. Keunikan rasa dan tekstur kangkung menjadikannya pilihan yang popular dalam hidangan tradisional dan moden. Jom cuba 3 Resepi Kangkung Sedap : Kangkung Belacan, Kangkung Ikan Bilis, Sotong Kangkung 


3 Resepi Kangkung Sedap : Kangkung Belacan, Kangkung Ikan Bilis, Sotong Kangkung

Resepi Kangkung Belacan

Resepi kangkung belacan ni merupakan masakan paling disukai oleh rakyat Malaysia dan sangat popular ! Kangkung Belacan juga merupakan antara lauk yang mudah masak dan cepat siap.


Bahan-bahan Resepi Kangkung Belacan

1 ikat kangkung di basuh & potong
2 ulas bawang merah kecil & putih di tumbuk
3 biji cili api tumbuk
1/2 inci belacan bakar di tumbuk bersama bawang dan cili api
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Masak Kangkung Belacan

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis sekejap semua bahan yang ditumbuk
3. Masukkan kangkung yang dah dipotong dengan sedikit air
4. Letakkan sedikit garam
5. Gaul rata.
6. Siap untuk di hidang.


3 Resepi Kangkung Sedap : Kangkung Belacan, Kangkung Ikan Bilis, Sotong Kangkung

Resepi Kangkung Ikan Bilis (Tanpa Belacan)

Resepi kangkung Ikan bilis antara lauk yang mudah masak dan cepat siap.

Bahan-bahan Resepi Kangkung Ikan Bilis

1 ikat kangkung-basuh & potong
2 ulas bawang merah kecil & putih di hiris-hiris (boleh tumbuk juga)
3 biji cili api tumbuk
Ikan bilis agak-agak basuh & goreng (boleh tumbuk jika suka)
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Masak Kangkung Ikan Bilis

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Goreng Ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
3. Tumis sekejap bawang dan cili api
4. Masukkan kangkung yang dah dipotong dengan sedikit sahaja air
5. Letakkan sedikit garam
6. Gaul rata.
7. Masukkan ikan bilis goreng tadi.
8. Siap untuk di hidang.


3 Resepi Kangkung Sedap : Kangkung Belacan, Kangkung Ikan Bilis, Sotong Kangkung



Resepi Sotong Kangkung

Sotong kangkung merupakan kegemaran saya. Sedap dimakan begitu sahaja !

Bahan-bahan Resepi Sotong Kangkung
2-3 ekor sotong kembang
1kg kangkung – potong kecil
1 botol kecil sos plum
5-6 sudu makan petis
1 biji limau kasturi
5-6 sudu makan kacang tumbuk halus
1 sudu makan gula
2 sudu teh cili tumbuk – boleh lebihkan


Cara Masak Sotong Kangkung
1. Cuci sotong dan potong kecil. Rebus dalam 10-15 minut. Toskan.
2. Dalam air panas yang berlainan, celur pula kangkung selama 7-8 minit. Toskan.
3. Dalam bekas bersesuaian, campurkan sos plum, petis, gula dan cili tumbuk. Kacau hingga sebati. Perah sedikit asam limau.
4. Letak kangkung dan sotong dalam pinggan ikut jumlah yang hendak dimakan. Tuang sos campuran dengan secukupnya, tabur kacang tumbuk dan sedia untuk dinikmati.

Secara keseluruhannya, kangkung merupakan sejenis tumbuhan sayuran yang memainkan peranan penting dalam masakan Melayu dan Asia Tenggara. Kaya dengan nutrisi dan mudah ditanam, kangkung terus menjadi pilihan popular dalam hidangan sehari-hari.


Khasiat Sayur Kangkung


Selain rasa enaknya, kangkung juga dikenali sebagai sumber serat, vitamin, dan mineral. Ia kaya dengan vitamin A, vitamin C, zat besi, dan kalsium yang baik untuk kesihatan mata, kulit, dan tulang. Oleh kerana kandungan nutrisinya yang baik, kangkung sering dianggap sebagai makanan yang menyumbang kepada gaya hidup sihat.

Kebaikan Kangkung


Antara kebaikan kangkung :-

Sumber Nutrisi: Kangkung mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, dan serat. Nutrisi ini penting untuk kesihatan dan fungsi tubuh yang optimum.

Menguatkan Tulang dan Gigi: Kalsium dalam kangkung membantu memperkuat tulang dan gigi, menjaga kepadatan tulang, dan mencegah masalah osteoporosis.

Sokongan Imun: Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam kangkung membantu meningkatkan sistem imun badan.

Pencernaan yang Lebih Baik: Serat yang terdapat dalam kangkung membantu pencernaan dengan lancar, mencegah sembelit dan menjaga keseimbangan usus.

Kawalan Berat Badan: Kangkung adalah pilihan rendah kalori yang dapat membantu dalam pengurangan berat badan atau pengawalan berat badan yang sihat.

Sumber Zat Besi: Zat besi dalam kangkung membantu mencegah anemia dan meningkatkan pembentukan sel darah merah dalam tubuh.

Kulit dan Mata Sihat: Kandungan vitamin A dalam kangkung membantu menjaga kesihatan kulit dan penglihatan 

Membantu Fungsi Jantung: Kandungan kalium dalam kangkung dapat mengimbangi tekanan darah dan fungsi jantung untuk lebih sihat.

Hidrasi Tubuh: Kandungan air dalam kangkung membantu menjaga hidrasi tubuh, terutama ketika cuaca panas.

Mudah Dimasak: Kangkung adalah sayuran yang mudah dimasak dengan pelbagai cara, menawarkan pilihan makanan yang lazat dan bergizi.


3 Resepi Kangkung Sedap : Kangkung Belacan, Kangkung Ikan Bilis, Sotong Kangkung



3 Resepi Kangkung Sedap : Kangkung Belacan, Kangkung Ikan Bilis, Sotong Kangkung


Cara Menanam Kangkung


Sayur kangkung ni semua, mummy tanam sendiri tau. Tak susah pun cara nak menanam kangkung, ni. Mummy tanam kangkung menggunakan biji benih beli di kedai eco-shop dan letakkan dalam pasu dan polybag, je !

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk menanam kangkung ni. Cara untuk menanam kangkung adalah:


Pilih Jenis Kangkung: 
Terdapat dua jenis kangkung yang biasanya ditanam - kangkung air (Ipomoea aquatica) dan kangkung darat (Ipomoea reptans). Pilih jenis yang sesuai dengan keadaan kawasan anda.


Pilih Tempat Penanaman: 
Kangkung air boleh ditanam di air atau di tepi kolam. Kangkung darat boleh ditanam di dalam tanah yang subur. Pastikan tempat tersebut mendapat cahaya matahari yang mencukupi.


Persiapan Tanah: 
Jika menanam kangkung darat, tanah yang sesuai adalah tanah yang dicampur dengan baja kompos atau baja organik  Pastikan tanah tidak terlalu padat.


Benih(seeds) Kangkung: 
Jika menggunakan benih kangkung air, sediakan benih dengan potongan batang yang sekitar 20 cm. Jika menggunakan benih kangkung darat, boleh menggunakan biji benih kangkung yang telah direndam dalam air semalaman.


Penanaman benih
Tanam benih kangkung dalam tanah atau air dengan jarak antara tanaman kira-kira 15-20 cm. Pastikan bahagian batang atau biji tidak terlalu dalam atau terlalu tinggi.


Penyiraman: 
Pastikan kangkung mendapat air yang cukup. Jika ditanam di dalam tanah, siram secara berkala. Jika ditanam di dalam air, pastikan air tetap bersih dan mengalir.


Baja: 
Berikan baja yang sesuai, terutama yang kaya dengan nitrogen, untuk mempercepatkan pertumbuhan daun. Berikan baja setiap beberapa minggu.


Penjagaan: 
Buang daun atau batang yang kering atau terlalu tua. Jika tumbuh dalam air, pastikan tidak ada alga yang tumbuh di sekitar kangkung.


Penuaian: 
Kangkung biasanya boleh dipetik selepas 4-6 minggu dari penanaman. Pilih daun-daun yang muda dan segar untuk penuaian.


Pembiakan: 
Jika ingin menanam semula, anda boleh menggunakan potongan batang atau membiakkan dari biji.


Pengendalian Serangga dan Penyakit: 
Pantau kangkung untuk melindungi dari serangan serangga. Jika perlu, gunakan bahan organik atau kimia yang selamat untuk disembur.

Tip dari saya :-

Kangkung dah sudah matang , boleh di petik / tuai dengan memotong batang kangkung bahagaian bawah sahaja.

Tidak perlu ambil kangkung sehingga akarnya.

Kerana, kangkung boleh tumbuh berkali-kali dan kita boleh makan berkali-kali. Jimat oiii !


Tips Simpan Sayur Kangkung Selepas Petik



Sayur Kangkung yang dipetik mudah rosak , kalau tak segera dimasak. Nah, tips simpan sayur kangkung selepas dipetik

Bersihkan dan Cuci Sayur: 
Selepas memetik kangkung, basuh sayur dengan air yang bersih untuk membuang kotoran atau debu yang melekat. Pastikan kangkung bersih dan segar sebelum penyimpanan.


Keringkan dengan Lembut: 
Lapkan / Toskan kangkung dengan lembut atau gunakan kertas tisu untuk mengeringkan air berlebih. Pastikan sayur tidak terlalu lembap sebelum penyimpanan.


Simpan dalam Beg Plastik: 
Letakkan kangkung yang telah dikeringkan ke dalam beg plastik. Pastikan udara dalam beg dikeluarkan sebelum mengikatkan beg plastik. Atau boleh juga simpan dalam balutan kertas surat khabar. Ini membantu memperlambat penguraian dan mengurangkan kelembapan.


Penyimpanan di Peti Sejuk: 
Jika anda ingin menyimpan kangkung untuk tempoh yang lebih lama, letakkan beg plastik berisi kangkung di dalam bahagian sayur peti sejuk. Pastikan sayur tidak terkena suhu yang terlalu sejuk atau beku.


Penyimpanan Singkat: 
Jika anda hanya ingin menyimpan kangkung untuk beberapa hari, letakkan beg palstik kangkung dalam bahagian sayur peti sejuk atau di dalam peti ais.


Gunakan Secepat Mungkin: 
Walau bagaimanapun, walaupun anda telah menyimpan kangkung dengan betul, disarankan untuk menggunakan sayur kangkung dengan segera untuk kesegaran.


Jangan Campur dengan Buah-buahan: 
Jangan menyimpan kangkung bersama dengan buah-buahan dalam peti sejuk, kerana gas etilena yang dihasilkan oleh buah boleh mempercepat penguraian sayur.


Pemeriksaan Berkala: 
Selepas simpan kangkung, periksa kangkung untuk memastikan bahawa ia masih segar dan tidak mempunyai tanda-tanda pembusukan.


Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penyimpanan dengan betul untuk memastikan kangkung segarapabila digunakan dalam hidangan masakan.



Harga Kangkung di Pasaran

Harga kangkung di pasaran mencecah ;-
1 kg Kangkung RM4/kg atau
Seikat kangkung RM1 (paling murah)


5 Resepi Masak Sambal Nasi Lemak Sedap Wajib Cuba !

5 Resepi Masak Sambal Nasi Lemak Sedap Wajib Cuba ! 

Ramai yang bersetuju bahawa Nasi Lemak tu, sedap atau tidak sedap...bergantung pada sambalnya ? Bagi yang sedang mencari sambal nasi lemak sedap. Jom cuba 5 Resepi Sambal Nasi Lemak Sedap  !

Berikut adalah 5 resepi sambal nasi lemak yang sedap Sambal Nasi Lemak Klasik, Sambal Nasi Lemak Ikan Bilis, Sambal Nasi Lemak Telur, Sambal Nasi Lemak Udang dan Sambal Nasi Lemak Vegetarian / Sayur




    5 Resepi Sambal Nasi Lemak Sedap Wajib Cuba !




    1. Sambal Nasi Lemak Klasik


    Bahan-bahan Untuk Sambal Nasi Lemak Klasik


    15 biji cili kering, rendam dalam air panas
    5 biji cili merah (pilihan)
    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    2 cm belacan, bakar
    Halia sebesar ibu jari
    1/2 sudu teh garam (anggaran, ikut lidah masing-masing)
    1/2 sudu teh gula
    1/2 cawan minyak masak

    Cara Masak Sambal Nasi Lemak Klasik :


    1. Rendam cili kering dalam air panas selama 15 minit, kemudian toskan.

    2. Kisarkan cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih, belacan, garam, dan gula.

    3. Tumbuk atau blend semua bahan hingga menjadi hancur dan sebati.

    4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah di-blend sehingga wangi dan berminyak.

    5. Teruskan memasak dengan api perlahan selama 15-20 minit sehingga sambal menjadi pekat dan minyak berlinang di permukaan.

    6. Angkat sambal dan hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan pilihan lain.


    2. Sambal Nasi Lemak Ikan Bilis


    Bahan-bahan Sambal Nasi Lemak Ikan Bilis


    15 biji cili kering, rendam dalam air panas
    5 biji cili merah
    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    2 cm belacan, bakar
    1/2 sudu teh garam
    1/2 sudu teh gula
    1/2 cawan minyak masak
    1 cawan ikan bilis, goreng garing

    Cara Masak Sambal Nasi Lemak Ikan Bilis :


    1. Ikut langkah 1-5 dalam resepi sambal nasi lemak klasik.

    2. Setelah sambal pekat, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing.

    3. Gaul rata sambal dan ikan bilis sehingga sebati.

    4. Angkat sambal dan hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan pilihan lain.


    3. Sambal Nasi Lemak Udang


    Bahan-bahan Sambal Nasi Lemak Udang


    15 biji cili kering, rendam dalam air panas
    5 biji cili merah
    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    2 cm belacan, bakar
    1/2 sudu teh garam
    1/2 sudu teh gula
    1/2 cawan minyak masak
    1 cawan udang, bersihkan dan rebus

    Cara Masak Nasi Lemak Udang


    1. Ikut langkah 1-5 dalam resepi sambal nasi lemak klasik.

    2. Setelah sambal pekat, masukkan udang yang telah direbus.

    3. Gaul rata sambal dan udang sehingga sebati.

    4. Angkat sambal dan hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan pilihan lain.



    4. Sambal Nasi Lemak Telur


    Bahan-bahan Sambal Nasi Lemak Telur


    15 biji cili kering, rendam dalam air panas
    5 biji cili merah
    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    2 cm belacan, bakar
    1/2 sudu teh garam
    1/2 sudu teh gula
    1/2 cawan minyak masak
    4 biji telur, rebus dan belah dua

    Cara Masak Sambal Nasi Lemak Telur


    1. Ikut langkah 1-5 dalam resepi sambal nasi lemak klasik.

    2. Setelah sambal pekat, masukkan telur yang telah direbus dan belah dua.

    3. Gaul rata sambal dan telur sehingga sebati.

    4. Angkat sambal dan hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan pilihan lain.


    5. Sambal Nasi Lemak Vegeterian / Sayur


    Bahan-bahan Sambal Nasi Lemak Vege / Sayur


    15 biji cili kering, rendam dalam air panas
    5 biji cili merah
    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    2 cm belacan, bakar
    1/2 sudu teh garam
    1/2 sudu teh gula
    1/2 cawan minyak masak

    Sayur-sayuran seperti kobis, timun, dan kacang panjang potong

    Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sayur


    1. Ikut langkah 1-5 dalam resepi sambal nasi lemak klasik.

    2. Setelah sambal pekat, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong.
    Gaul rata sambal dan sayur-sayuran sehingga sebati.

    3. Angkat sambal dan hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan pilihan lain.


    Selamat mencuba resepi sambal nasi lemak yang sedap dan sesuai dengan selera anda!

    Malas Masak Nasi Lemak??


    Malas nak masa sambal nasi lemak, tapi nak makan nasi lemak sedap !

    Mana nak dapat Nasi Lemak Daun Pisang ada LAUK, SEDAP, TAK KEDEKUT TELUR & MURAH , kan ! Ajommmm..ikut kami makan di NASI LEMAK DAUN PISANG RIMBA RAHSIA 

    Serius …Tak tipu serendah RM2 ajeeeee .Bukan siap lauk je, nasi lemaknya siap ikan masin, kacang, timun dan telur rebus juga . Nah….tengok sendiri rege Nasi Lemak Daun Pisang Rimba Rahsia, Lenggeng :-

    >> Nasi lemak biasa RM2
    >> Nasi lemak telur RM3
    >> Nasi lemak kerang RM3
    >> Nasi lemak ayam RM3
    >> Nasi lemak paru RM3
    >> Nasi lemak udang RM3
    >> Nasi lemak ikan keli RM3

    Menu-menu lain ..dari RM2
    >> Nasi goreng
    >> Bihun goreng
    >> Kuey teow goreng
    >> Megi goreng
    >> Kuih Muih
    >> Lontong
    >> Laksam
    Dan banyak lagi

    NASI LEMAK DAUN PISANG RIMBA RAHSIA ni di buka setiap
    >> SABTU DAN AHAD
    >> 7 pagi hingga 1.30 ptg

    Biasanya …kalau lambat datang ke NASI LEMAK DAUN PISANG RIMBA RAHSIA macam kami ni .. around 10 pagi- 11 pagi . Memang pilihan tak banyak lah ye

    Lepas Subuh tu, orang dah beraturrrr
    Lokasi boleh terus google map ke Warung Rimba Rahsia
    017-237 2327




    5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam

    Cara masak nasi ayam ni, macam senang . Tapi, entahlah...kadang-kadang bila buat nasi ayam . rasa macam nasi ayam kami tu kurang kick ! Erm...banyak kali juga kena try and error cara masak nasi ayam sampai kena dengan selera kami sekeluarga. 



      5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam


      Resepi cara masak nasi ayam ni, ada macam-macam cara masak. Kalau nak tahu mana satu yang sedap dan kena dengan selera korang. Jom cuba 5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam ni .

      Resepi Cara Masak Nasi Ayam Simple



      Berikut adalah resepi mudah untuk masak Nasi Ayam Simple

      Bahan-bahan:
      2 cawan beras, basuh dan toskan
      4 cawan air
      1 sudu besar minyak sayuran
      1 sudu teh garam

      Ayam

      Bahan-bahan:
      500g ayam, dipotong kecil
      2 ulas bawang putih, cincang halus
      1 inci halia, cincang halus
      Garam dan lada hitam secukupnya
      2 sudu besar minyak sayuran

      Kuah Kicap:

      Bahan-bahan:
      1/2 cawan kicap manis
      2 sudu besar sos tiram
      1 ulas bawang putih, cincang halus
      1 sudu kecil gula
      1 cawan air

      Cara-cara:

      Masak Nasi:
      1. Panaskan minyak sayuran dalam periuk.
      2.Tumis beras dalam minyak selama beberapa minit sehingga berbau wangi.
      3. Masukkan air dan garam. Biarkan mendidih.
      4. Adjust api kepada perlahan, tutup periuk, dan biarkan beras masak selama kira-kira 15-20 minit atau sehingga air diserap sepenuhnya dan beras menjadi lembut.


      Masak Ayam:
      1. Panaskan minyak dalam kuali.
      2. Tumis bawang putih dan halia hingga harum.
      3. Masukkan potongan ayam, garam, dan lada hitam. Goreng hingga ayam masak sepenuhnya dan berwarna keemasan. Angkat dan toskan.


      Kuah Kicap:
      1. Dalam kuali yang bersih, campurkan kicap manis, sos tiram, bawang putih, gula, dan air.
      2. Panaskan campuran ini hingga mendidih. Biarkan mendidih selama beberapa minit sambil kacau perlahan. Angkat dari api.

      Untuk hidangan yang lengkap, hidangkan nasi ayam dengan potongan ayam goreng dan tuang kuah kicap di atasnya. Boleh tambahkan sayuran hijau atau telur rebus sebagai hiasan.



      Resepi Cara Masak Nasi Ayam Hainan


      Berikut adalah resepi mudah untuk masak Nasi Ayam Hainan dalam :



      Bahan-bahan:

      Ayam:
      1 ekor ayam kampung (berat kira-kira 1.5kg), cuci bersih
      2 liter air
      1 inci halia, diketuk dan dipotong kecil
      3 ulas bawang putih, diketuk
      Garam secukupnya

      Nasi:
      2 cawan beras, basuh dan toskan
      4 cawan air ayam (dari rebusan ayam)
      2 sudu besar minyak sayuran
      1 inci halia, dicincang halus
      2 ulas bawang putih, dicincang halus
      Garam secukupnya
      Daun pandan (opsional)

      Sos Cili:
      10 biji cili padi, diketuk
      2 ulas bawang putih
      1 sudu teh garam
      2 sudu besar air jeruk limau atau air asam jawa
      1 sudu besar gula

      Cara-cara:

      Rebus Ayam:
      1. Rebus ayam dalam air yang mencukupi hingga empuk. 
      2. Buang buih yang terbentuk pada air rebusan.
      3. Tambahkan halia, bawang putih, dan garam ke dalam periuk. 4. Biarkan ayam masak hingga benar-benar empuk. 
      5. Angkat ayam dan toskan. 
      6. Simpan air rebusan sebagai stok untuk nasi.


      Nasi:
      1. Panaskan minyak dalam kuali.
      2. Tumis halia dan bawang putih hingga harum.
      3. Masukkan beras dan kacau rata dengan minyak.
      4. Pindahkan beras dan campuran minyak ke dalam periuk nasi. 5. Tambahkan 4 cawan air ayam (dari rebusan ayam) dan garam secukupnya. 
      6. Jika suka menggunakan daun pandan, boleh tambahkan .
      7. Masak nasi seperti biasa dalam periuk nasi.


      Sos Cili:
      1. Blender cili padi, bawang putih, garam, air limau atau air asam jawa dan gula sehingga menjadi sos yang halus. 
      2. Tuangkan dalam bekas dan hidangkan sebagai sos sampingan.


      Hidangkan:
      1. Potong ayam menjadi bahagian-bahagian yang sesuai.
      2. Sajikan nasi dengan potongan ayam di atasnya.
      3. Hidangkan dengan sos cili dan beberapa hiris timun serta daun ketumbar jika suka.

      Nasi Ayam Hainan yang sedap dan harum kini siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!


      5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam



      Resepi Cara Masak Nasi Ayam Che Nom


      Resepi Cara Masak Nasi Ayam Che Nom

      Bahan-bahan:

      Bahan untuk ayam (direbus) :
      1 ekor ayam dipotong 8
      2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
      2 cm halia, ditumbuk halus
      1 kiub ayam

      Bahan untuk ayam (diperap) :
      1 sudu besar kicap pekat
      1 sudu besar sos tiram
      1 cm halia, ditumbuk halus
      2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
      1 sudu besar kicap cair
      Sedikit madu untuk sapuan

      Bahan untuk nasi:
      3 cawan beras
      4 cawan air rebusan ayam
      2 sudu besar butter
      1 cm halia ditumbuk halus
      3 ulas bawang putih ditumbuk halus
      Sedikit garam
      2 bunga lawang*
      4 buah pelaga*
      1 kayu manis*
      1 batang serai ketuk
      2 helai daun pandan
      Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

      Bahan untuk sos:
      5 biji cili merah
      3 ulas bawang putih
      2 cm halia
      1 sudu besar cuka
      1 sudu teh garam
      1 sudu teh gula
      1/2 cawan air rebusan ayam

      Bahan untuk sup:
      Air rebusan ayam
      1 biji bawang besar, dikisar
      Rempah sup bunjut
      Garam
      Daun sup dan daun bawang yg dihiris

      Bahan untuk kuah kicap:
      Kuah kicap perapan ayam di atas
      Kicap manis cap kipas udang
      Sedikit garam
      Air rebusan ayam


      Cara Penyediaan:

      Cara untuk ayam:
      Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
      Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
      Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
      Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

      Cara untuk memasak nasi:
      Basuh beras dan tos air.
      Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
      Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. 
      Masak nasi seperti biasa.

      Cara untuk memasak sup:
      Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. 
      Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

      Cara untuk memasak sos:
      Kisarkan semua bahan di atas.
      Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

      Cara untuk memasak kuah kicap:
      Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.


      Tip:

      Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.




      Resepi Nasi Ayam Khairul Aming


      Cara Penyediaan:
      Rebuskan 1 ekor ayam.
      Masukkan halia sebesar ibu jari dan juga 3 ulas bawang putih.
      Bila ayam sudah separuh masak, bawa keluar dahulu ayam dan letak ketepi.
      Lepas itu, air rebusan kita akan guna untuk dua benda:

      Nasi Ayam:

      Untuk masak nasi. Cairkan 2-3 sudu marjerin. Masukkan kulit kayu manis dengan bunga lawang. 
      Lepas itu, masukkan bawang merah atau bawang besar pun boleh. (*bahan tumisan).

      Basuh beras dan level 1 jari dekat atas beras. 
      Masukkan air rebusan sampai level itu. 
      Masukkan bahan-bahan tumisan tadi dan letakkan daun pandan. Garam sedikit, dan pewarna kuning telur (untuk bagi warna kuning). 
      Masak nasi dalam periuk nasi macam biasa. 
      Dan sedia untuk dihidang.

      Sup:

      Lebihan air rebusan, kita tambahkan lagi air. 
      Letakkan sup bunjut. 
      Letakkan kaki ayam atau bahagian ayam yang lebih. 
      Masukkan garam, gula, serbuk perasa. 
      Masukkan daun sup dan masak sehingga mendidih sekejap dan sedia untuk dihidang. 
      Untuk sup senang dan simple sangat.

      5. Untuk sos cili: 
      Blend dalam 7 biji cili besar, 
      4 biji cili kecil dan dua sudu cuka, 
      Dua sudu gula. 
      Garam, air sikit dan blend. 

      Jika raw, flavour dia lagi strong. Kalau nak masak atas kuali pun boleh. Masak sekejap, lepas itu dah siap.



      6. Untuk sos kicap, senang sahaja: Ambil sedikit sup ayam yang dah siap tadi. Campurkan dengan kicap manis. Dalam sup tadi ada halia dan bawang putih, ambil sedikit, tumbuk dan kacau dengan sos kicap. Taara~ siap!

      7. Untuk ayam: Gaulkan ayam dengan garam. Letakkan sos tiram dan kicap manis. Minyak masak sedikit. Biasanya digoreng, tetapi nak elakkan minyak meletup, letakkan dalam air fryer je. Bakar dalam suhu 200 celcius selama 2 minit. Jangan lama sanggat, sebab sayam dah separuh masak. Boleh dihidang dengan nasi dan sayur-sayur, sos kicap dan cili diatas. Dan dimakan dengan sup yang panas-panas. Selamat mencuba!

      Resepi Cara Masak Nasi Ayam Azie Kitchen


      Resepi Cara Masak Nasi Ayam Azie Kitchen

      1 ekor ayam
      2 inci halia
      4 ulas bawang putih
      5-6 ulas bawang merah

      Bahan perap:
      1 sudu besar sos tiram
      1-2 sudu besar kicap cair
      1 sudu besar kicap manis
      1-2 sudu besar madu
      1 sudu besar minyak bijan

      Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. 
      Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.

      Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.

       
      Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.

      Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

      Nota:
      Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.


      Nasi Ayam:
      2 sudu besar mentega 
      5 ulas bawang merah - tumbuk
      3 ulas bawang putih - tumbuk
      2 inci halia - tumbuk
      2 helai daun pandan
      1 helai daun salam (bay leave)
      1/4 cawan susu full cream
      1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
      1 sudu kecil garam
      Secubit gula

      Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

      Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.

      Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.

      Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.

      Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.
      Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

      Sambal Cili
      5 tangkai cili padi merah siam 
      5 ulas bawang putih
      2 inci halia 
      1 sudu kecil cuka
      1 sudu kecil garam atau secukup rasa
      1 sudu kecil gula atau secukup rasa

      Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.

      Sambal Kicap
      Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.

      Kuah Sup
      Jeruk kubis
      Garam
      Serbuk pati ayam
      Daun bawang - tabur
      Bawang putih goreng - tabur
      Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.
      Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.


      Selamat mencuba !