SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !

SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN ! - Mummy selalu beli set Nasi Ayam Goreng Berempah. Sedap rasa rempah pada ayam tu. Makan pulak dengan nasi pepanas..Perghhh. Lelagi...serdak Ayam Goreng Berempah yang ranggup dan wangi tu ....pun sedap layan dengan nasi kosong begitu sahaja.

Ingatkan susah nak buat Ayam Goreng Berempah ni. Rupanya tak susah pun hanya guna 4 bahan untuk resepi Ayam Goreng Berempah ! Jom tengok resepi Ayam Goreng Berempah mummy..


SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !


SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !

Resepi dan Bahan Ayam Goreng Berempah 


Inilah ahan untuk ayam goreng berempah air tangan saya ! :-

Setengah Ekor Ayam
1 Pek MAGGI pes Ayam Goreng Berempah
Daun Kari
Sedikit Garam

SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !

Cara Masak Ayam Goreng Berempah


Cara masak ayam goreng berempah ini, senang sangat ! 

1.  Cuci ayam sehingga bersih
2. Gaulkan semua bahan tadi pada ayam
3. Perapkan dalam 15 - 30 minit
4. Panaskan minyak masak (banyak lagi bagu - deep fry)
5. Gorengkan sehingga garing / masak

SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !

Cara Masak Ayam Goreng Berempah Menggunakan Air Fryer


Nak masak ayam goreng berempah guna air fryer pun boleh. Caranya :-

1.  Cuci ayam sehingga bersih
2. Gaulkan semua bahan tadi pada ayam
3. Perapkan dalam 15 - 30 minit
4. Masukkan dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 180 darjah
5. Terbalikkan, guna suhu dan minit yang sama

Siap !

Harga Ayam Goreng Berempah


Harga ayam goreng berempah sekarang sangatlah mahal. Huhu. Ada kawasan yang jual ayam goreng berempah ini dengan harga RM7 seketul. Di kawasan kami Kajang Perdana paling murah boleh dapat RM5 seketul untuk ayam goreng berempah ini.

Tapi , kalau masak sendiri lebih murah. Harga seekor ayam +/- RM15 (bergantung berat) + pes ayam goreng berempah MAGGI RM4 + daun kari (free sebab ada tanam di rumah) + garam (sedia ada di rumah)

Ayam kami suka potong 16 , lebih kecil lebih sedap dan ranggup !

Total buat sendiri ayam goreng berempah RM11, boleh makan berkali-kali sekeluarga !

Resepi ayam lain :
1 comment on "SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !"
  1. mcm menarik ni, x pernah try lagi pes ni.. leh cuba nanti

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com