Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !

SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN ! - Mummy selalu beli set Nasi Ayam Goreng Berempah. Sedap rasa rempah pada ayam tu. Makan pulak dengan nasi pepanas..Perghhh. Lelagi...serdak Ayam Goreng Berempah yang ranggup dan wangi tu ....pun sedap layan dengan nasi kosong begitu sahaja.

Ingatkan susah nak buat Ayam Goreng Berempah ni. Rupanya tak susah pun hanya guna 4 bahan untuk resepi Ayam Goreng Berempah ! Jom tengok resepi Ayam Goreng Berempah mummy..


SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !


SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !

Resepi dan Bahan Ayam Goreng Berempah 


Inilah ahan untuk ayam goreng berempah air tangan saya ! :-

Setengah Ekor Ayam
1 Pek MAGGI pes Ayam Goreng Berempah
Daun Kari
Sedikit Garam

SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !

Cara Masak Ayam Goreng Berempah


Cara masak ayam goreng berempah ini, senang sangat ! 

1.  Cuci ayam sehingga bersih
2. Gaulkan semua bahan tadi pada ayam
3. Perapkan dalam 15 - 30 minit
4. Panaskan minyak masak (banyak lagi bagu - deep fry)
5. Gorengkan sehingga garing / masak

SENANGNYA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GUNA 4 BAHAN !

Cara Masak Ayam Goreng Berempah Menggunakan Air Fryer


Nak masak ayam goreng berempah guna air fryer pun boleh. Caranya :-

1.  Cuci ayam sehingga bersih
2. Gaulkan semua bahan tadi pada ayam
3. Perapkan dalam 15 - 30 minit
4. Masukkan dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 180 darjah
5. Terbalikkan, guna suhu dan minit yang sama

Siap !

Harga Ayam Goreng Berempah


Harga ayam goreng berempah sekarang sangatlah mahal. Huhu. Ada kawasan yang jual ayam goreng berempah ini dengan harga RM7 seketul. Di kawasan kami Kajang Perdana paling murah boleh dapat RM5 seketul untuk ayam goreng berempah ini.

Tapi , kalau masak sendiri lebih murah. Harga seekor ayam +/- RM15 (bergantung berat) + pes ayam goreng berempah MAGGI RM4 + daun kari (free sebab ada tanam di rumah) + garam (sedia ada di rumah)

Ayam kami suka potong 16 , lebih kecil lebih sedap dan ranggup !

Total buat sendiri ayam goreng berempah RM11, boleh makan berkali-kali sekeluarga !

Resepi ayam lain :

Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar

Air Fryer’s Menu Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar - Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar. Lama tak tepek menu masak-masak 

Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar


Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar

video boleh tengok di SINI



Nah…
Resipi terpaling senang, terpaling mudah ni berebut semua makan …3 kg sekali hadap 


Bahan-bahan Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar


Bahan-bahan Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar:
Udang (belah bahagian belakang)
Sedikit bawang putih cincang
Sedikit butter
Mozarella Cheese
Daun Kari
Sedikit Garam

Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar

Cara Masak Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar


Cara Masak Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar:
1. Cairkan butter dalam kuali. Sambil udang di kukuskan sekejap.
2. Lettakkan bawang putih cincang bersama daun kari dan sedikit garam (udang lobster air tawar, agak tawar sket)
3. Udang di belah 2. Letakkan sos garlic butter atas isi udang
4. Taburkan mozzarella cheese
5. Bakar dalam Air Fryer suhu 180°C selama 7 minit. jangan lama. Nanti overcooked. Tak shedapp 

Siap !

Gerenti tak cukup 

SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE DENGAN BEKO VACUUM BLENDER

SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER - Ye sangat senang buat jus dengan menggunakan Beko Vacuum Blender. Lelagi, bila jadi nurse temporarily ni kepada patient Covid-19 (daddy). Fuh ! Tak menang tangan buat kerja rumah, tau. Pesakit Covid-19 ini sangat di sarankan untuk mengambil makanan atau minuman yang tinggi Vitamin C. Ada masa, daddy tu jemu juga nak telan buah-buahan, air lemon lagi. So, mummy terfikir satu resepi jus yang kaya dengan Vitamin C dan juga ada lemon sekali. Nak senang, mummy terus je BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER.

SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER

Nanas kaya dengan Vitamin C, lemon juga sangat bagus untuk pesakit Covid-19 dan madu tualang pula bagus untuk pernafasan dan juga paru-paru. Jadi, dengan itu tercetus idea mummy untuk buat Honey Pineapple Lemonade.

Mujur juga , mummy ada Beko Vacuum Blender. Sangat memudahkan mummy untuk proses buat jus ! Kalau kata , tak ada beko Vacuum Blender ni. Erm....simpan je lah impian mummy untuk buat jus. 

SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER

RESEPI HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER

Resepi Honey Pineapple Lemonade ini sangat mudah bila di gunakan dengan Beko Vacuum Blender. Haa? sebab apa? Sebab tu, korang kena baca sampai habis, k ! Sekarang ni, mummy nak share kan dulu resepi Honey Pineapple Lemonade.

SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER

1/2 biji buah nanas
2 potong hirisan lemon
3 sudu madu tualang
Sedikit ais

CARA BUAT HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER


Cara buat Honey Pineapple Lemonade pun mudah je.


SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER

1. ON suis Beko Pineapple Lemonade
2. Masukkan kesemua bahan di atas
3. Pusingkan tombol ON
4. Pilih antara 6 mod yang ada pada BEKO Vacuum Blender.
5. Mummy memilih mod ice, sebab ada sedikit ais dan juga, buah nanas yang telah di potong kecil tu sedikit keras. Kerana mummy bekukan terlebih dahulu.
6. Beko Vacuum Blender terus jalan dengan sendirinya. Dan akan berhenti dengan sendirinya dalam beberapa saat (lebih kurang 40 saat)
7. Siap ! Tapi, sebelum buka penutup, kena tekan butang atas untuk keluarkan angin.

SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER

Mummy tambahakan isi buah nanas sebagai topping ! Pergghhh...Jus mummy sangat fresh, dan sangat sedap seperti makan buah !


KELEBIHAN BEKO VACUUM BLENDER 


Seperti yang mummy janjikan di awal entri blog tadi, Beko Vacuum Blender ini ada kelebihannya tersendiri yang mummy suka.

Antara kelebihan Beko Vacuum Blender ini adalah :-
1. Beko Vacuum Blender ini menggunakan Vacuuming Technology. Bermakna, setiap kali kita mengisar ia akan menyedut keluar udara dari dalam jag pengisar 

2. Dengan teknologi vacuum, bahan makanan yang di kisar itu tidak mudah teroksida bila bertindak balas dengan udara. Maka, nutrisi, warna dan kesegaran dapat dikekalkan. 

3. Jag pengisar berisipadu 1.5L ini diperbuat daripada material jenis Tritan, sejenis plastik yang tahan lasak dan selamat digunakan. 

4. Bilah pada jag pengisar Beko Vacuum Blender terdapat 6 bilah keluli boleh tanggal yang tahan lasak dan tahan karat. Maka kita boleh kisar pelbagai jenis bahan masakan lebih halus. 

5. Pengisar Beko Vacuum Blender TBV8104BX adalah anti-slip,  tak perlu risau jika pengisar bergerak semasa ia melakukan kerja.

SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER

SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER

6. Selain itu, yang mummy sukakan kelebihan Beko Vacuum Blender TBV8104BX adalah di datangkan dengan 6 butang pra set menu iaitu Smoothie, Ice, Soup/Sauce, Vacuum, Vacuum+Blend dan AutoClean. Dan, ianya akan berhenti dengan sendirinya. Atau boleh juga tekan Pulse untuk kita nak stopkan sekejap.

7. Beko Vacuum Blender ini bukan sahaja untuk buat jus sahaja tau, Sebenarnya , aggak multi use juga blender ini. Nak blend herba, cili, semua pun boleh,

SENANGNYA BUAT JUS HONEY PINEAPPLE LEMONADE MENGGUNAKAN BEKO VACUUM BLENDER

Untuk mengehtahui selanjutnya tentang Beko Vacuum Blender ini. Korang boleh terus ke website Beko Malaysia dan juga media sosial mereka di :


RESIPI MUDAH MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !

RESIPI MUDAH MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA ! - Musim PKPB  dan Work From Home (WFH) ini, memang kerja mummy masak, masak, masak, aje lah ! Penat, terkejar masa ..tapi, masak pun satu terapi bagi mummy. Lelagi, bila dapat masak menu yang simple, berkhasiat, sedap dan anak-anak suka. Penting sangat part ni, tau ! Ramai rakyat Malaysia suka lepak mamak, makan dekat kedai makan mamak. Samalah dengan keluarga kami ! Order apa di kedai makan mamak? ? Mee Goreng Mamak, Maggi goreng....

Oleh kerana kami sekeluarga tak nak terdedah sangat di luar rumah kepada virus yang ada sekarang ni, mummy sedaya upaya masak PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA di rumah je. 

PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !



Memula mummy risau jugaklah, takut tak menjadi PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA ! Serius tau, mummy tak pernah masak lagi PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ni. Ini merupakan kali pertama untuk mummy mencubanya. Serammmm hehehe


Alhamdulillah, dengan bahan-bahan utama dari Kimball ni, mummy berjaya memasak MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA ! 

Yes !! Menjadi MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! Tak perlu lepak kedai makan mamak lah lepas ni. Sebab anak-anak, anak buah semua approved ! Yeaayyyy !

So, korang yang tak pernah lagi masak MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! Meh sini, tiru resipi MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK mummy ni ha je...

RESIPI MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !



Resipi MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA ! Ini sangatlah mudah dan senang tau ! Hanya perlukan bahan-bahan utama dari Kimball je.

Spagethi / Angel Hair Kimball - 1 pek 
Sos Pasta Kimball - 1 botol
*Sos Cili Kimball - 4 sudu makan
*Sos Tiram Kimball - 4 sudu makan
*Kicap manis / kicap pekat - 4 sudu makan 
*Cili boh buat sendiri (dah ada bawang merah, putih dan sedikit halia)
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
Isi Ayam (ikut citarasa)
Fish balls (ikut selera)
Fish cakes (ikut selera)
1 biji telur
Sedikit sayur sawi
Cili potong (hiasan)
Telur dadar (hiasan)

CARA MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !



Cara MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ini mudah aje. Memula sekali rebuskan Kimball Angel Hair. Mummy suka masak angel hair ni sebab dia halus sedikit dari spageti dan cepat masak .


Panaskan kuali dan panaskan minyak. 


Dah panas, kita masukkan bahan untuk menumis yang bertanda * di atas. 




Siap tumis , barulah mummy akan letak isi ayam, fish balls, fish cakes. Boleh je ikut suka nak letak apa. Mummy letakkan bahan-bahan yang anak-anak dan anak buah suka je ni.


Dan, step terakhir ni masukkan angel hair, telur gaul hingga sebati. Setelah sebati masukkan sayur sawi.

Sebagai hiasan mummy taburkan cili api (untuk mummy) dan telur goreng dadar di atas MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !


Haaa...senang dan gerenti jadi ! MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !

Jom cuba, korang ! Kalau nak tengok atau nak cari idea resipi masak yang lain. Korang boleh ke website Kimball juga tau! www.kimball.com.my




Soto dan Daging Masak Lemak Cili Api dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food Penyelamat Kami di Kala PKPB di Selangor

Soto dan Daging Masak Lemak Cili Api dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food Penyelamat Kami di Kala PKPB di Selangor - PKP ke PKPB ke, yang pastinya, rumah wajib ada standby makanan. Ye lah, kids pun tak sekolah 24 jam duduk rumah. Sekejap lapar, sekejap nak makan itu, sekejap nak makan ini. Masak ini, bukanlah kerja mudah, nak prepare itu ini, potong itu ini. Tu pun, dah ambil amsa yang agak lama ! Erm, kena juga standby makanan yang mudah masak dan jimat masa. Bukan apa, kita ni walau duduk rumah tapi masih kerja (Work From Home). Tak boleh lah, nak masak setiap masa untuk breakfast, lunch, tea time dan dinner. Sebagai solusi, mummy standby Soto dan Daging Masak Lemak Cili Api dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food 

Soto dan Daging Masak Lemak Cili Api dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food Penyelamat Kami di Kala PKPB di Selangor



Tada... Bihun Sup Soto dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food Penyelamat Kami di Kala PKPB di Selangor. Mummy gandingkan dengan bihun. Sebab? Anak-anak kami suka makan bihun sup ! Masa buat ini, mummy belum siapkan bergedil lagi. Anak-anak tak makan bergedil. Hanya mummy dan daddy je makan. So, apa yang penting kena siapkan makan anak terlebih dahulu. Hehehe.



PKPB ini, mummy keluar beberapa kali untuk beli groceries dalam seminggu. Selebihnya, memilih pembelian online seperti Frozen food, atau groceries biasa. Bila dapat tahu Soto dan Daging Masak Lemak Cili Api dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food ni, Memang mummy sukalah ! Terus buat stok.



Kek pisang frozen pun ada tau hehe. Kek merupakan kudapan wajib ada di rumah, sebab Daim peminat kek. Mummy bukan tak boleh buat sendiri kek ni. Boleh je, cuma kalau dah hari-hari nak kek. Uiii jenuh lah kan. Kita WFH bukannya hosuse wife sepenuh masa lagi Insyaallah lah soon. Sekarang ini, kita dah boleh mula biasakan diri.




Ahh-Yum by Kampong Kravers ini , bukan je ada 3 jenis frozen food seperti di atas. Tapi, ada banyak range lagi. Pilihlah mana yang berkenan di hati ye .

Daging Masak Lemak Cili Api dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food



Daging Masak Lemak Cili Api dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food ini antara paling senang, Lepas defrost kan , boleh terus panaskan menggunakan microwave atau atas dapur. Mummy memilih untuk di panaskan di atas dapur. 

Panasakan selama lebih kurang 25 minit , dan sedia di hidangkan. Mudah kan?

Bihun Sup Soto dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food

Kuah Sup Soto dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food , hanya semata kuah je. Boleh juga di jadikan bakso punya kuah juga. Pendek kata boleh di bagaikan.

Mummy pula, buat Bihun Sup Soto dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food

Panaskan kuah sup soto selama 20 minit atau sehingga didih betul, taburkan daun sup, nak letakkan metaballs pun boleh gak !

hirisan ayam

bihun yang siap celur

ayam goreng yang belum di siap. Daim suka ayam goreng

Sambal kicap cili api perah dengan lima. perghhh



Ada kacang tanah goreng, barulah soto kan hehe

antara menu express juga kan. So, senang tak?


Adanya, frozen food dari Ahh-Yum by Kampong Kravers Frozen Food ni, memang memudahkan kerja mummy. Sekejap je siap ! 

Kalau korang pun sejenis banyak kerja PKPB ni, jangan stress tau. Order je frozen food dengan Ahh-Yum by Kapong Kravers ni. 

Untuk masa sekarang ini, ada offer PENGHANTARAN PERCUMA / FREE delivery jika membeli frozen food melebihi RM50

dan juga diskaun 10% OFF dengan setiap pembelian RM100 dan ke atas.

Untuk order, boleh laayri ke order.ahhyum.com

Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat, Terus Jadi !

Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat, Terus Jadi ! - Assalamualaikum semua ! Apa khabar? Berturut-turut lah entri memasak kek (baking) hehe. Kali ini, mummy masak kek mentega / butter cake sebab Daim suka kek, so gigihlah mummy buat. Daddy pun, sebelum ni tak suka makan kek, bila isterinya rajin buat kek. Terpaksa makan ! Alhamdulillah tak ada komen negatif ! Kiranya, lulus lah tu ! Bukan senang tau laki kita tu nak luluskan sesuatu masakan ! 

Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat, Terus Jadi ! 



Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat, Terus Jadi ! kek Mentega / Butter cake ni, Mak mummy panggil kek kampung je ! Orang kampung dulu suka buat kek ni kot ! Mummy dah lama tak baking (boleh baca entri lepas). 

Memang nak cari mood baking ni, kena buat resepi yang mudah je dulu ! Pagi panaskan mood , orang kata ! 

Seronok jiwa ni tau, bila dah ada kabinet dapur yang teratur macam ni, mood masak pun sentiasa on ! Lelagi, tempat baking pun hampir lengkap dah ! Banyak barang baking lama dah di buang huhu banyak yang karat !


Alhmdulillah kita top up sket-sket, bila mood rajin datang anytime boleh masak kek hehehe. Bahan apa yang kena ready? Kalau ikut pengalaman mummy, antara bahan-bahan kek yang penting kena ada ialah tepung kek / tepung naik sendiri (mummy ada keduanya. bila malas nak pakai soda bikarbonat, pakai tepung naik sendiri je ), gula castor, gula perang, esen vanilla, telur. Haaa...ni bahan basic lah, pewarna semua tu mummy tak ada, tapi ada standby coklat masakan dalam peti ais.

RESEPI KEK MENTEGA / BUTTER CAKE


Okay, jom tengok bahan mummy buat kek mentega / butter cake yang senang dan mudah ini.

Bahan yang diperlukan 
*1 cawan Butter atau 1 buku butter. Mummy try unsalted, tapi kalau salted lagi sedap !
*4 biji telur saiz B (untuk kek ni memang saiz B di perlukan)
*2 cawan tepung naik sendiri
*1 cawan gula kastor
*sedikit esen vanilla





ni sukatan cawan mummy, lama bertahan measurement cup ni dari tahun 2008/2009 tau hehe. 


Prepare sesiap macam ni senang !


CARA BUAT KEK MENTEGA / BUTTER CAKE


Cara buat kek mentega ni, senang je ! Pukul butter (room temperature) dengan gula kastor sampai sebati. Mixer mummy tak beli lagi, so kenalah pukul sendiri pakai tangan. Bila penat, Dhia dan Dzal pulak sambung pukul haha. Nak sangat tolong, amek !








Siap pukul butter / mentega dan gula kastor / brown sugar pun boleh pakai tau ! Mummy masukkan telur dan pukul sampai kembang.

Dah kembang, masukkan pula tepung sedikit demi sedikit ! Masukkan kesemuanya, terus masukkan dalam pan pemanas dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.

Api atas bawah tapi, mummy punya oven jenis convection. So, memang api dia akan sekata !








Tadaaaa,,,siap,,,makan pepanas sedap ! Terasa tepi garing tu

Tapi, kalau nk rasa moist tu, kena makan esok baru sedap !