Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat, Terus Jadi !

Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat, Terus Jadi ! - Assalamualaikum semua ! Apa khabar? Berturut-turut lah entri memasak kek (baking) hehe...

Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat, Terus Jadi ! - Assalamualaikum semua ! Apa khabar? Berturut-turut lah entri memasak kek (baking) hehe. Kali ini, mummy masak kek mentega / butter cake sebab Daim suka kek, so gigihlah mummy buat. Daddy pun, sebelum ni tak suka makan kek, bila isterinya rajin buat kek. Terpaksa makan ! Alhamdulillah tak ada komen negatif ! Kiranya, lulus lah tu ! Bukan senang tau laki kita tu nak luluskan sesuatu masakan ! 

Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat, Terus Jadi ! 



Butter Cake Sukatan Cawan Sekali Buat, Terus Jadi ! kek Mentega / Butter cake ni, Mak mummy panggil kek kampung je ! Orang kampung dulu suka buat kek ni kot ! Mummy dah lama tak baking (boleh baca entri lepas). 

Memang nak cari mood baking ni, kena buat resepi yang mudah je dulu ! Pagi panaskan mood , orang kata ! 

Seronok jiwa ni tau, bila dah ada kabinet dapur yang teratur macam ni, mood masak pun sentiasa on ! Lelagi, tempat baking pun hampir lengkap dah ! Banyak barang baking lama dah di buang huhu banyak yang karat !


Alhmdulillah kita top up sket-sket, bila mood rajin datang anytime boleh masak kek hehehe. Bahan apa yang kena ready? Kalau ikut pengalaman mummy, antara bahan-bahan kek yang penting kena ada ialah tepung kek / tepung naik sendiri (mummy ada keduanya. bila malas nak pakai soda bikarbonat, pakai tepung naik sendiri je ), gula castor, gula perang, esen vanilla, telur. Haaa...ni bahan basic lah, pewarna semua tu mummy tak ada, tapi ada standby coklat masakan dalam peti ais.

RESEPI KEK MENTEGA / BUTTER CAKE


Okay, jom tengok bahan mummy buat kek mentega / butter cake yang senang dan mudah ini.

Bahan yang diperlukan 
*1 cawan Butter atau 1 buku butter. Mummy try unsalted, tapi kalau salted lagi sedap !
*4 biji telur saiz B (untuk kek ni memang saiz B di perlukan)
*2 cawan tepung naik sendiri
*1 cawan gula kastor
*sedikit esen vanilla





ni sukatan cawan mummy, lama bertahan measurement cup ni dari tahun 2008/2009 tau hehe. 


Prepare sesiap macam ni senang !


CARA BUAT KEK MENTEGA / BUTTER CAKE


Cara buat kek mentega ni, senang je ! Pukul butter (room temperature) dengan gula kastor sampai sebati. Mixer mummy tak beli lagi, so kenalah pukul sendiri pakai tangan. Bila penat, Dhia dan Dzal pulak sambung pukul haha. Nak sangat tolong, amek !








Siap pukul butter / mentega dan gula kastor / brown sugar pun boleh pakai tau ! Mummy masukkan telur dan pukul sampai kembang.

Dah kembang, masukkan pula tepung sedikit demi sedikit ! Masukkan kesemuanya, terus masukkan dalam pan pemanas dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.

Api atas bawah tapi, mummy punya oven jenis convection. So, memang api dia akan sekata !








Tadaaaa,,,siap,,,makan pepanas sedap ! Terasa tepi garing tu

Tapi, kalau nk rasa moist tu, kena makan esok baru sedap !


Baca Ini Juga


3 comments

  1. Sedapnya sis.. mudah pula tu..
    sesuai dijadikan menu minum petang..

    ReplyDelete
  2. Gigihnya pukul dengan tangan!hahaha~ tahniah sebab walaupun mixer tiada tetapi berjaya menghasilkan sebiji kek yang sedap!

    ReplyDelete
  3. wow sedapnya nampak gebu gebas gitu.. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -