6 BAHAN JE UNTUK RESEPI BROWNIES COOKIES KEDUT , MUDAH DAN GERENTI JADI !

6 BAHAN JE UNTUK RESEPI BROWNIES COOKIES, MUDAH DAN GERENTI JADI ! - Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Perghhh lama gia tak baki...

6 BAHAN JE UNTUK RESEPI BROWNIES COOKIES, MUDAH DAN GERENTI JADI ! - Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Perghhh lama gia tak baking wei ! Dulu-dulu baking ini lah terapi mummy, sehingga wujudnya http://budget-cupcakes.blogspot.com/ blog pertama mummy. Sekarang ni, dapur dah cantik selesa, tempat baking pun dah ada walau tak besar mana, tapi mummy puas hati ! Terima kasih suami untuk dapur yang cantik ni !

6 BAHAN JE UNTUK RESEPI BROWNIES COOKIES, MUDAH DAN GERENTI JADI !


Betul ke 6 BAHAN JE UNTUK RESEPI BROWNIES COOKIES, MUDAH DAN GERENTI JADI ! 6, 7 tahun tak baking. Ko rasa mummy punya skill masih ada ke? Hahaha, dah tentulah skill baking mummy dah ke laut dalam. So, nak panaskan enjin ni, mehlah kita baking resipi yang ringkas, mudah masak, dan gerenti jadi !



Nampak tak tu, kejadiannya, brownies cookies kedut. Jom tengok bahan yang mummy gunakan untuk membuat BROWNIES COOKIES KEDUT

BAHAN-BAHAN BROWNIES COOKIES KEDUT 



Bahan Brownies Cookies Kedut mummy ni sangat simple ! 

240 gram Coklat coin Beryl's
80 gram Butter (mummy pakai SCS salted, saje nak rasa sedikit masin)
2 bahan atas ni double boil sehingga coklat cair

3 biji telur saiz C / 2 bji telur saiz B
100 gram Tepung Kek (mummy pakai tepung naik sendiri)
140 gram Gula Icing (mummy terlebih 150 gm, malas nak ceduk)
Badam untuk hiasan


Pukul telur , tak perlu sampai putih (bukan buat kek, kalau keke amat sensitif). Telur sejuk atau suhu bilik pun memana ok je untuk buat brownies cookies.







Proses double boil, untuk cairkan coklat



masukkan gula ising, kacau rata. Setelah rata, masukkan tepung sedikit demi sedikit




Sambil tu, tengok-tengokkan juga coklat dan mentega atas dapur ye !



Nampak cair macam ni, dah ok dah !



Campurkan ke bahan yang kita kacau tadi.


Masukkan coklat dalam piping bag dan letakkan di atas macaron mat. Mat ni, jenis silicon, tahan panas tau ! So, tak perlu risau masuk dalam oven. memang tak cair !



Dah siap, nampak macam selekeh je kan. No worries nanti dah masak akan jadi cantik. Oh ya sebelum masukkan bakar dalam oven. Kita taburkan badam atas cookies ni.



Siap tabur badam !


Panaskan dalam masa 30-35 minit pada suhu 150 darjah celcius ni mummy gunakan jika cookies di letakkan atas tempat pembakar berjaring (wire rack)

Tapi kalau cookies ni di letakkan atas loyang, kena pakai suhu 160 darjah celcius. SO, kena fahamkan kepanasan oven memasing.

Mummy gunakan convection Oven, so korang boleh try test oven memasing.

Kalau korang 1st time nak baking, jangan lupa panaskan oven sebelum baking ye !


Sebenarnya untuk mentega , elok pakai unsalted butter. Tapi, ntahah, mummy suka salty sket. Tak lah, amsin sangat. tapi, balance sebab cookies dah manis kan.

Butter ni, wajib double boil dengan coklat supaya nampak shingging cookies kita.

Bagi yang kurang jelas. Korang boleh lihat video di YouTube mummy ni ye !




Baca Ini Juga


5 comments

  1. Bulan puasa aritu nieyl buat juga...
    habis kak...anak2 buah nieyl suka

    ReplyDelete
  2. bahan-bahan nya sangat simple dan mudah nak buat ni

    ReplyDelete
  3. mudahnya nak buat brownies cookies ni! Kalau rumah ada oven memang dah follow resipi kak lin ni hihi

    ReplyDelete
  4. teringin nak buat ,tapi entah bila kita pun tak tau..Kalau tengok bahan ni semua senang je nak cari kan...nanti set masalah buat untuk anak-anak makan

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa tengok brownies cookies akak buat tu.. Nnt boleh la cuba.. Mesti anak2 suka

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -