MANDI BUNGA, URUT SATU BADAN, GUNTING RAMBUT DI SALON NINA ROS EMPIRE BATU PAHAT !

MANDI BUNGA, GUNTING RAMBUT DI SALON NINA ROS EMPIRE BATU PAHAT ! - Sekali sekala balik Batu Pahat, kita henjut jadual kita kat Batu Pahat...

MANDI BUNGA, GUNTING RAMBUT DI SALON NINA ROS EMPIRE BATU PAHAT ! - Sekali sekala balik Batu Pahat, kita henjut jadual kita kat Batu Pahat tu padat-padat ye ! Hahaha ! Mummy nak buat apa di SALON NINA ROS ni? Okay, kali ini mummy nak buat mandi bunga garam bukit, urut satu badan (urut tradisional) dan sesi gunting rambut anak-anak. SPA sepupu mummy ni terletak di Bandar Batu Pahat. Memang sejak dia buka SPA langsung tak pernah terjah. Ye lah, kami pun jarang balik Batu Pahat. Cuma tahun 2020 ni jelah kerap balik. Sebelum MCO , tok sakit. Lepas MCO ni, sepupu tunang dan nikah!


MANDI BUNGA, URUT SATU BADAN, GUNTING RAMBUT DI SALON NINA ROS EMPIRE BATU PAHAT !




Tadaaa...air mandi bunga garam bukit mummy dah siap ! Selain bunga, garam bukit, limau purut, lada hitam, ada juga lah lelain bahannya. Yang pasti, bukan khurafat ye ! Mandi bunga ini, kalau orang dulu-dulu kerap buat sendiri kat rumah. Selain naikkan seri ianya boleh jauhkan badan, jiwa kita dari sifat negatif.

Mummy memang suka aura-aura positif ni ! So, kita reset aura kali ini !


Tengoklah sepupu mummy ni, Kak Ngah, umur hampir 50 tahun sebab beza kami dalam 8 tahun macam tu !

Tapi, nampak tak, masih cantik je dia, macam sebaya mummy aje, kan !


Anak-anak pun sibuk lah nak berSPA ! Hahaha, sorrylah nak, mummy tak mampu nak bayar banyak kepala. Nanti mummy lanje lain hari, k !

Depa excited , sebab mummy kalau pi SPA sorang-sorang. Tapi, bila balik kampung ni, tak leh nak di sembunyikanlah !

SPA mandi bunga garam bukit ni dan urut tradisional satu badan, masa ni sebelum MCO. Kami menginap di Katerina Hotel, Batu Pahat. Jadi, bebudak ni nampak lah semua kejadian !



Sesi mummy mandi, sambil skrubkan semua badan ni, di badan mummy ! Balik kampung Batu Pahat bulan Ogos 2020 pula, mummy tak sempat buat apa. Sebab slot penuh, gunting rambut anak-anak, lepas tu, belanja mak mummy urut dengan anak buahnya.

Mak mummy ni cerewet tau bila bab urut. Dia suka urutan yang kuat -kuat. Tak sangka, anak buahnya ni lulus.

Mak kata sedap anak buahnya urut, kuat, terasa !

Sesi trim rambut Dhia

Nak wash and blow jugak ! Adoi anak dara ni

Dzal dan Daim pun gunting sekali. Gambar Daim mana ntah hehe.

Harga mandi bunga, urut, gunting rambut at Salon kak Ngah kita di Batu Pahat ni, memang murah ! Kalau korang ada ke Batu Pahat. Jangan lupa buat appointment dan nikmati SPA di Salonnya ! best !

Kalau rasa nak suruh, Kak Ngah ni datang ke Hotel pun boleh juga.

Pastikan, orang perempuan je ye. Beliau tak servis orang lelaki hehehe

No tel : 012-6402535
Wasap : Nina Ros

Baca Ini Juga


6 comments

  1. Bestnya dapat manja-manjakan diri.

    ReplyDelete
  2. Memang syok bila dapat layankan badan dekat rawatan spa ni.. Rasa relaks sekejap dari penat badan masa bekerja

    ReplyDelete
  3. best juga..sekali2 manjakn diri kan :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat manjakan diri.

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak manjakan diri macam nie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -