Shoplinks.Asia

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Boleh di katakan, unplanned holiday cuti baru-baru ini. Sehari sebelum,, tetiba daddy minta mummy survey hotel mana yang murah dan dekat de...

Boleh di katakan, unplanned holiday cuti baru-baru ini. Sehari sebelum,, tetiba daddy minta mummy survey hotel mana yang murah dan dekat dengan Taman Tema Puteri Harbour - Sanrio Hello Kitty Town dan Little Big Club. Jenuh google hotel di Agoda, Booking.com, Traveloka dan banyak lagi.

Percutian kali ini, tak mahu gamble main terjah cari hotel. Pusing sana, pusing sini dah macam buang masa. Jadi, kami terus plan untuk booking awal. Boleh plan masa untuk aktiviti lain pula. Masa mencari hotel sambil google, ada beberapa hotel yang murah dan dekat dengan Taman Tema Puteri Harbour - Sanrio Hello Kitty Town dan Little Big Club. 

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Tapi, banyak juga hotel yang dah penuh. Dalam masa yang sama, keluarga abang ipar dah booking hotel area Nusajaya. Bila mummy google hotel yang bakal mereka menginap, tak jauh mana pun. Dalam 8KM - 11 minit sahaja perjalanan ke Taman Tema Puteri Harbour - Sanrio Hello Kitty Town dan Little Big Club.

Mummy terus survey hotel yang sama dengan abang ipar. Mula-mula, mummy survey website hotel itu sendiri, Hotel Victory City Nusajaya Johor. Antara kriteria pemilihan kami.. kalau boleh nak ada katil King dan bilik mesti bertingkap. Alhamdulillah bilik Deluxe King Hotel Victory City Nusajaya Johor masih avalaible. Harganya RM148 untuk semalam. Malangnya, bajet daddy hanya RM250 untuk 2 malam. 

Mummy mencari dan survey di Agoda, Hotel Victory City Nusajaya Johor katil Queen berharga RM118, (belum masuk tax). RM125 jika masuk tax.

Survey di booking.com pula harga pun lebih kurang.

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : DELUXE KING RM197+ UNTUK 2 MALAM


Akhir sekali, mummy buat survey di Traveloka. Mummy dapat RM197+ bilik Deluxe King untuk 2 malam. 1 malam tak sampai RM100 pun.. yehaaaa..under bajet daddy dah ni. Murah sangat! Terus buat payment cepat-cepat.

Sekarang pun ada sales lagi traveloka ini, hotel diskaun sebnyak 35%. Alamak, menggoda sungguh la hai

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB



VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Katil king..bersih dan kemas. Almaklumlahkan...Hotel Victory City Nusajaya Johor Bahru ini adalah hotel baru. 

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Tak sempat ambil gambar bilik air penuh. Sempat ambil gambar ni je..hehehe. Berus gigi, ubat gigi dan barangan mandian.

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Depan bilik ada tempat menggosok pakaian dan coway (air sejuk & air panas). PArt ni, memang mummy suka sangat lah kan...semua depan pintu je .

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Inilah bilik kami, 307 Deluxe King. Hotel ini, tak nampak pun macam bajet hotel sebab kemas dan teratur.

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Air-cond, yang melengkapi bilik kami. Sedap je tidur..macam tak nak bangun je..

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Bilik ini tak di benarkan merokok. Sian lahai encik suamiku. Lupa nak request bilik yang bukan smoke free.

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Kat lobi bawah, lepas makan malam. Kita bagi anak-anak main bersama sepupu-sepupunya. 

Kami makan malam jalan kaki je...restoran, kedai makan, kedai runcit, dobi 24 semua dekat-dekat dengan hotel ini.

VICTORY CITY HOTEL NUSAJAYA JOHOR : HOTEL BUDGET YANG DEKAT DENGAN TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR HELLO KITTY & LITTLE BIG CLUB

Oh ya..bilik ini ada sediakan 2 botol air mineral biru kecil dan 3 in 1 juga. Botol air mineral kuning Giant tu kami beli kat Giant. 15 minit je Giant ke hotel ini.

Pendek kata...memang best menginap di sini. Dah la dapat harga murah, semua tempat dekat-dekat.

Selanjutnya tentang hotel dan gambar lain. Korang terjah website hotel ini je la ye : http://victorycityhotel.com/


You Might Also Like

13 comments

  1. Menarik menarik! Siqah teringin nak pergi JB. Bila entah nak sampai. Hihi

    ReplyDelete
  2. anak-anak yang seronok dapat pergi bercuti dan tidur hotel ni :)

    ReplyDelete
  3. not bad.. oklah harga dapat murah dgn kelengkapan yg bagus. semua dekat..

    ReplyDelete
  4. harga dia oklah kan tuk 2 mlm..last pi JB taun 2012 kut lupa plak haha

    ReplyDelete
  5. murah jgk ni.. berbaloi dgn tempat

    ReplyDelete
  6. Ok...simpan dlm list dlu....:)
    klu pergi JB nnt boleh la...:)

    ReplyDelete
  7. RM197 untuk 2 malam? biar betul...murah tuh

    ReplyDelete
  8. wah harga murah bilik hotel pun lawa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -