Shoplinks.Asia

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya - Alhamdulillah, selesai buat details scan 2D 3D babyD. ...

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya - Alhamdulillah, selesai buat details scan 2D 3D babyD. Banyak nau pulak D ye ! Mummy buat details scan baby kali ini di tempat biasa, Sonovision Kelana Jaya. Masih setia dengan Sonographer - Jezzlyn atau Jezz. Dari zaman Dhia dan Dzal mummy memilih scan baby dengan beliau. 

Zaman kakak dan abang babyD hanya buat sekali scan je dengan Sonographer Jezzlyn. Untuk BabyD ni special sket. Kasik 4x scan insyaallah.

Yeay, Dah Nampak Gender Anak Dengan 2D 3D Details Scan di Sonovision Kelana Jaya



Mummy bersama Sonongrapher Jezzlyn dan juga BabyD. Scan kali ini ialah details scan 2D 3D di mana scan ini melibatkan semua anggota badan dan dalam badan babyD. Betul-betul details !


Mummy jumpa awak ikut skrin je dulu ye , sayang ! Insyaallah lagi beberapa bulan.. kita jumpa live pula.



Details scan 2D 3D page 1, tumbesaran mengikut umur babyD. Serta gender babyD pun ada dalam rekod tu. Ehem...geng Dzal Aidi Fiqry rupanya.

Kami dah agak dari awal. Sebab masa awal mengandung tu suka asam. Padahal mummy bukan penggemar asam. 

Berlawanan mengandungkan Dhia, awal kehamilannya suka makanan yang manos-manis.

Tapi, bila dah banyak bulan dan bintangya...selera makan dah jadi carca marba.

Paling ketara dapat tahu babyD boy sebab Dzal Aidi Fiqry tetiba berenggang sedikit dengan mummy. Pendek kata, tak suka mummy :(

Siap cakap, "adik tak sayang mummy". Hoi...nangis mak kau ni, tau tak!

Apa-apa pun..tak boleh terlalu selesa juga dengan keputusan ini.

Walau mummy tahu, dari zaman Dhia dan Dzal. Scan seawal 18minggu untuk gender dengan Jezz adalah tepat tekaan gender nya.

Apa BEZA 2D, 3D, 4D, HD, 5D SCAN?

Yang mummy buat scan baby kali iniialah 2d dan 3D





2D scan 
- hitam / putih scan di klinik / hospital untuk mengetahui perkembangan bayi. Terdapat 3 jenis 2d scan iaitu 2d growth scan / 2d full detail scan / 2d partial detail scan.


(a) 2d growth (4-40week)
- check baby saiz, placenta, air ketuban, kedudukan tetapi tidak check kecacatan baby. 


(b) 2d FULL detail scan (20-24week) 
- check kecacatan baby termasuk kira jari kaki dan tangan , tulang2 semua , organ dalaman , otak, muka , jantina , tulang belakang, Tengok jantung berlubang , Accuracy 80-90% fizikal kecacatan baby akan dikesan


(c) 2d PARTIAL detail scan (24-30week)
- check kecacatan baby tetapi tidak akan mengira jari dan kaki baby sebab baby padat , otak structur tidak akan diukur sebab tidak accurate . tulang2 baby baby , tulang belakang, organ, muka . Accuracy 50-60% fizikal kecacatan baby akan dikesan





3D 4D scan 
- 3d scan merupakan gambar tidak bergerak manakala 4d scan ialah video baby secara live. 


HD scan 
- Hd scan sama dengan 3d4d , ianya bukan 5d scan , sebab tiada extra dimensi yang boleh dikelihatan - BEZA dengan 3d4d scan ialah , texture baby kelihatan lebih real macam kulit baby.


5D scan 
- dalam bentuk 4d scan video baby, anda boleh merasa extra 1D lagi dengan memakai SPEC 3D dan menonton melalui TV. 


90% success rate baby muka boleh dikelihatan, tiada alasan baby muka sorok , halang dengan tangan, block dengan uri , gender tidak nampak dan lain-lain.


REPORT DETAILS SCAN 2D 3D BABY DARI SONOVISION KELANA JAYA



Page kedua pula report yang seterusnya. Mummy tak larat nak cerita dari awal hingga akhir. Korang baca je dari gambar tu ye ;)


Alhamdulillah semua dalam keadan normal mengikut umur kandungannya.

Injap jantung, buah pinggang, pundi kencing dan lain-lain telah berfungsi sepenuhnya. Alhamdulillah ! Syukur..


Koleksi CD scan babyD. Insyaallah nanti mummy print ke photobook ya !


Okey lah..nanti mummy cerita pengalaman scan babyD untuk 5D 6D pula. Dengar kata nampak real muka baby.



Huhu...cant wait to see u again...



Untuk yang berminat scan dengan our most favourite Sonographer Jezzlyn. Boleh buat booking online je.

Langkah-langkah booking scan ultrasound dengan Sonovision :-


1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:

Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183

Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya


Artikel Terdahulu :
Dating Scan di Sonovision DISINI
NT Scan di Sonovision DISINI

You Might Also Like

4 comments

  1. Wah bestnya..nad belum pernah buat..tunggu pregnnt lagi ler..heheh

    ReplyDelete
  2. Wah sekarang nie semua dah advance ye..semoga dipermudahkan semua urusan Linda tau..take care :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -