20th Anniversary Hotel Bangi-Putrajaya dan Grand Opening Restaurant FUNTASIA

20th Anniversary Hotel Bangi Putrajaya dan Grand Opening Restaurant FUNTASIA | Pertama sekali, mummy ingin ucapkan tahniah kepada Hotel B...

20th Anniversary Hotel Bangi Putrajaya dan Grand Opening Restaurant FUNTASIA | Pertama sekali, mummy ingin ucapkan tahniah kepada Hotel Bangi-Putrajaya atas ulang tahun ke 20 tahun dan juga perasmian Restoran FUNTASIA pada 1 Mei 2017.



20th Anniversary Hotel Bangi Putrajaya dan Grand Opening Restaurant FUNTASIA 


Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya bukanlah restoran baru tapi, ianya diberi nafas baru. 







Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya kali ini, memang lain dari yang lain berkonsepkan santai ala-ala funfair. Anak-anak pun teruja bila sampai ke Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya.


Ruang makan Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya juga telah di upgrade. Kalau dulu, keluasan Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya tak besar mana. Tapi, sekarang ini, ia boleh memuatkan sehingga 800 pengunjung dengan dekorasi yang ceria.




Mr Clown buatkan belon untuk anak-anak. Seronok la depa dapat belon pedang dan belon bunga !

Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya | Hidangan Panas Dari Dapur


Apa yang paling mummy suka di Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya ialah hidangan yang disediakan bukan semua dah siap masak (ready-cook) tetapi pihak restoran menawarkan hidangan yang panas-panas dari dapur. Makan pepanas gitu...macam tetau je taste mummy suka makanan yang panas-panas.




Macam spaghetti yang Dhia makan ni memang fresh. Mummy minta chef masakkan aglio olio tak pedas. Jadi, nak pedas ke nak kurang pedas ke...semua boleh request sebab ianya bukan makanan ready to cook.


Noodle station pun best, boleh minta nak bihun, mee kuning atau soto. Pastinya hidangan panas di sediakan di sini !



Nasi goreng 1 minit menjadi tarikan di Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya kerana ianya di goreng oleh ”robo-woks” ! Dalam 1 minit je, siap !



Mummy sempat mencuba juga maknanan tradisi yang tak lapuk dek zaman iaitu kerabu. Kerabu ada banyak pilihan DI Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya seperti kerabu betik, kerabu ayam, kerabu pucuk paku dan kerabu jantung pisang. Mummy lawankan makan bersama rojak buat atau rojak petis. Pergh !!

PELBAGAI MAKANAN PILIHAN UNTUK BUFFET RAMADHAN DI Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya

Antara makan hidangan yang ada di Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya sempena buffet Ramashan nanti ialah :- 


Makanan berlauk


Ulam-ulaman, sambal belacan




Buah-buahan


Salad


Tauhu sumbat dan kerabu



Pau Cendawan




Pemanis Mulut


Shrimp


Sushi pun ada tau. Allah...macam tetau je mummy craving sushi . Alhamdulillah, dapat baby rasa sushi kali ini, ye !

MENU KEGEEMARAN ANAK DI Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya

Anak-anak pun tak bosan makan di Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya. Sebab ada banyak makanan kegemaran dorang. Sekali sekala, kita bagi mereka freedom nak makan apa sahaja !.




Cotton candy pastinya menjadi tarikan pada kanak-kanak lain. Bukan sahaja pada anak kami.





Cendol untuk anak dan mummy hehehe. Perghhhhh...seronok dapat buat cendol sendiri ni. Nak santan lebih ke nak gula lebih ke. Semua boleh.....

Dhia dan macam Jr Food Hunter dah hehehe. 


Siap makan, baru lah mummy bagi green light untuk main gelongsor di perkarangan Hotel Bangi-Putrajaya



Korang yang terliur-liur tengok gambar makanan tu. Jangan lupa tau datang ke Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya. Tak lama lagi je bulan Ramadhan.


Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya ada menyediakan buffet Ramadhan yang bertemakankan ”Warna Warni Ramadhan”.


Harga buffet Ramadhan Restoran FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya

27 – 29 Mei 2017
RM90 net - dewasa, 
RM45 net - kanak-kanak) 

30 Mei – 21 Jun 2017 
RM100 nett - dewasa, 
RM50 nett - kanak-kanak.

Waktu operasi restoran:
Buffet Breakfast: Daily: (6.30 am – 10.30 am)
Buffet Lunch: Monday to Friday & Sunday (12.00 noon – 2.30pm)
Buffet Dinner: Monday to Sunday (7.00pm – 10.00pm)
Buffet Hi-Tea: Saturday (12.00 noon – 3.30pm)
Ala Carte Breakfast, Lunch & Dinner: Monday to Sunday (6.30am – 1.00am)


Untuk maklumat lanjut:
Restaurant Funtasia Hotel Bangi-Putrajaya

Tempahan: 03-8210 2222















You Might Also Like

8 comments

  1. semua menu kt situ sedap sedap kot... layan makan sampai sengkak perut.. hihiihih

    ReplyDelete
  2. Hamboih Dhia bukan main lagi dia enjoy makan erk....

    ReplyDelete
  3. kak alin !!! lolipop itu menarik gile !!! hee~ kalau anak2 atie nampak, mau menggigil lutut dorang kak..

    ReplyDelete
  4. wah, macam bebaloi2 ja ha!. Makanan semua best2.

    ReplyDelete
  5. wahhh...meriah....
    hapy tummy dhia yaaaa....

    ReplyDelete
  6. Bestnya kat sini Linda, ada rezeki boleh datang nanti..

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh bestnya menu2 yang ada dekat sini Kak Alin. Yg plg menarik ada pau cendawan dan sushi. Favorite Ana semua tu. Kalau ada rezeki nak ke sini juga lah.

    ReplyDelete
  8. comel dhia buat lidah macam tu.. haha.. kalau tengok mknan macam ni abis la terus rambang mata..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -