HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1 Fuh ! Berpeluh tiak , pilih gambar holiday di Bali Indonesia ! Beratus-rat...

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1 Fuh ! Berpeluh tiak , pilih gambar holiday di Bali Indonesia ! Beratus-ratus gambar bercuti kat Bali hado dalam galeri album ! Nak tak nak, kena percepatkan juga entri blog HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1. Lelama nanti, lemau ..pastu tak tahu nak cerita dah macamana hahaha. Okaylah, korang mesti pelik,kan ? Kenapalah mummy sekeluarga pi bercuti dalam hutan yang di penuhi dengan  nyamuk dan serangga, kan? Kat Malaysia ni, tak cukup hutan lagi ke nak terokai? 


Kami sekeluarga memakai pakaian tradisi Bali Indonesia sambil memegang canang yang daddy, Dhia dan Dzal buat !

Bab travel, bab bercuti, bab holiday selalunya kami sekeluarga suka pergi ke tempat di mana anak-anak boleh have fun bukan sekali. Tapi banyak kali !  Tak nak lah, kita mak pak je enjoy lelebih travel. Tapi, anak pulak 'pishangggg' rasa bosan yakmat bercuti tu ! Budak-budak ni otak dia macam span, cepat serap ! Sekali je, dorang set dalam pemikiran tu. Benda tu, tak best ! Boleh save terus ke sel-sel otaknya ! Korang pelik ye? Mana mummy pelajari ilmu parenting ni semua? Kalau korang nak tahu, mummy suka terjah Media Social dan juga website FRISO GOLD MALAYSIA . Website tu, bukan pasal susu semata-mata,,, tapi ada parenting tips tau! Tak caya cer baca di :- https://www.frisogold.com.my/en/learning-and-experiences


Antara tip FRISO GOLD MALAYSIA yang mummy ingat dan mummy abadikan dalam blog ialah seperti   SAY YES : http://www.azlindaalin.com/2015/07/eksperimen-ya-untuk-anak-friso-gold.html  dan juga Anak kuat dari dalam, ketika bermain di luar rumah http://www.azlindaalin.com/2016/12/friso-gold-bantu-anak-kuat-dari-dalam-ketika-bermain-aktiviti-luar.html

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1


Berbalik pada parenting tip tu. Mummy dan daddy terus buka minda untuk  mengajar anak-anak erti kehidupan dalam diri mereka. Terima kasih FRISO GOLD

Berbalik pada cerita HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1 bak kata pepatah HUJAN EMAS DI NEGARA ORANG, HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI. Best lagi negara sendiri ! Yup, itu pasti..tapi sebenarnya, bila kita ke luar negara...kita akan pelajari pelbagai benda yang lain dari negara sendiri terutamanya budaya mereka, cara hidup mereka, percakapan mereka dan banyak lagi ilmu baru yang boleh di perolehi.

Jom tengok aktiviti kami semasa HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1 

Kami sampai di Ngurah Rai Airport Bali kira-kira jam 11 pagi. Sampai ke Green Camp Bali lebih kurang jam 12 tengah hari macam tu. 

Aktiviti kami di Green Camp Bali sebenarnya bermula jam 12 tengah hari. Fuh ! Sekali lagi marathon kejar masa di Green Camp Bali. Pagi tadi dah marathon kat KLIA !

Ni betul-betul nak bagi mummy kurus kot ! Hehehe

CHECK IN GREEN CAMP BALI INDONESIA 12 P.M.


HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1


HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Inilah bilik kami untuk 3 hari 2 malam di Yurt 4, ada 6 katil (double decker) di lengkapi dengan kelambu, bantal, selimut, kipas dan lampu ! 

Lawa seni binanya kan ! Semua senibina yang ada di Green Camp Bali berasaskan buluh ! Kenapa? Sebab lawa dan tahan lama !

Green Camp Bali ini secara asasnya, berkonsepkan GREEN ENVIRONMENT di mana Green Camp Bali menjaga habitat serta alam sekitar dari pencemaran dan di cemari.

Apa aktiviti kami di Green Camp Bali pada hari pertama ?

Selesai daftar, check in, letak barang, kemas apa yang patut. Kami terus ke sesi berkenal-kenalan dengan peserta family camp dan juga fasilitator Green Camp Bali


HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1


HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Ada 3 keluarga sahaja sertai Family Camp Green Camp Bali. Keluarga dari Australia, UK/ Portugal dan kami dari Malaysia. 

Ni part seronok Family Camp Green Camp Bali di sebab tempat ni international. Dhia dan Dzal boleh berkawan, berinteraksi, bermain dan bertukar pandangan semasa family camp Green Camp Bali dengan kawan-kawan luar Malaysia.

Family camp Green Camp Bali kali ini tak ramai sertai, mungkin sebab kes Gunung Agung Bali masih HOT ! Banyak perjalanan flight ke Bali Indonesia di batalkan beberapa hari sebelum kami tiba. Walau bagaimanapun, setelah kami berbincang dengan pihak tertentu. Kami yakin, kami boleh sertai Family Camp ini dengan selamat. Jadi, kami teruskan sahaja Family Camp kami di Green Camp Bali.


HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Menu makan tengah hari kami selepas habis ice breaking (kenal mengenal). Makanan di sini sangat healthy. Sayur organik yang di tanam sendiri, berberas perang..memang sedap !

Pinggan kami di perbuat dari pokok kelapa. Dan beralaskan daun pisang. Betul-betul go for green sustainability

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Sinki tempat basuh tangan yang unik ! Berasaskan buluh juga. Manakala, sabun pencuci tangan berasaskan kelapa. Lagi bersih dan suci !

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Tandas pee dan poo. Ada yang boleh pakai air dan ada yang tak boleh pakai air.

Ada teknik mencuci dan ada teknik cara nak buat juga.

PEE - tempat buang air kecil. Bahasa mudah, panggil 'kencing' . Boleh pakai air untuk cuci tapi tidak dibenarkan menggunakan tisu tandas ditempat PEE

POO - tempat untuk buang air besar. Atau bahasa mudah fahamnya 'BERAK' . Tempat ini tidak di benarkan menggunakan air. Boleh gunakan tisu tandas sahaja. Selepas buang air besar. Timbuskan najis dengan saw dust yang di sediakan

Yang pastinya..kalau penuh poo tu. Ada cleaner akan bersihkan. 

Mummy tiap kali poo..pasti pi mandi kat shower sebelah hehehe.

Memula, bila dapat tahu tempat PEE dan POO  i. Serius ! memang rasa susah ! "Susahnya..aku nak berak" . Fefeling macam orang bandar sangat ! 

Tapi, bila dah perut memulas nak membuang. Tak susah pun sebenarnya. Buang dan follow je rules yang di berikan.

Rasa tak selesa? Pergi je mandi kat shower sebelah tu. Mudah je sebenarnya. Semua ni, mindset ! 

Fikir susah..ianya akan jadi susahlah.
Fikir senang..maka senanglah ia !


HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Toilet pun lawa dan nampak tenang je ! Betul-betul relax bercuti macam ni tau !



HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1


HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Dah ice breaking, perut pun dah kenyang. Seterusnya aktiviti kami ialah membuat canang dan bunga rampai (bunga rampai tu lupa pulak, nama apa yang dorang panggil). 

Sesi membuat canang. Canang ni tradisi penduduk bali untuk bawa buah tangan dan untuk sembahyang mereka.

Pada awalnya..mereka tanya juga pada kami. Boleh ke kami join buat canang. Sebab ia adalah tradisi kaum Hindu di Bali. Untuk pelajari..apa salahnya kan. Ilmu tu....

Penduduk Bali ni, 85% adalah dari agama Hindu.

Sebenarnya..canang ni lebih kurang dekorasi buat dulang hantaran juga. Ada batang pisang, buah, bunga dan bunga rampai.

Kalau korang ke Bali terjumpa bunga rampai, dan bunga ni bersepah-sepah. Jangan risau ye ! Bukan mistik atau jampi serampah tau.

Bunga rampai dan canang di Bali ni..dorang buat tiap kali nak p sembahyang. Berlainan cara dengan orang Melayu di Malaysia. Kita kebiasaannya buat untuk majlis pertunangan, perkahwinan.



Menang nombor 2. Okaylah tu, good job daddy dan anak-anak !

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1


HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Kat sini..memang kitorang kena pakai losyen penghalau nyamuk. Sebab dalam hutankan ! Ada 3 jenis penghalau nyamuk kami bawa. Salah satunya Carrie Mozzibustur UV.

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Aktiviti petang pula..riadah ke seluruh kawasan Green camp dan Green School. Huhu capek dong. Besar bangat kawasan ni ! 

Kitorang di bawa berjalan-jalan ke Green School ni bukan jalan-jalan semata-mata ye. Kami berikan kesempatan untuk melihat pendidikan, silibus dan juga kokurikulum yang ada di Green School ni.

Green School ni adalah sekolah international. Tak di benarkan masuk sesuka hati dalam Green School ni. Mana kala pelajar di sini berbilang bangsa dan pelbagai kerakyatan yang ada.

Di asaskan oleh John Hardy pengusaha barangan kemas terkenal di dunia ini.


HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1

Setelah selesai tour ke Green School. Kami di beri rehat selama beberapa jam untuk mandi dan siapkan diri.

Aktiviti malam HOLIDAY BALI INDONESIA - FAMILY CAMP DI GREEN CAMP BALI DAY 1  ialah makan malam dan juga sessi fire works bakar-bakar mashmallow.


You Might Also Like

11 comments

  1. Seronoknya..satu pengalaman baru ug kekal jadi kenangan kan...tandas pee and poo tu...erk..scary...kalau akak sure pee je..poo kalu..kena fikir banyak kali

    ReplyDelete
  2. Cantik sangat kak green camp tu. Nampak segar dan menenangkan. Seni bina dia pun unik seba dari buluh. Tp bab toilet tu puas ana dok hadam tp tak faham apa dia tulis tu. Haha.

    ReplyDelete
  3. Tak sampai lagi Bali ni. Dok plan tak sudah2.Tak jugak pegi2. Haha

    ReplyDelete
  4. Seronoknya timba pengalaman di tempat org. Tmpt pee dan poo serius cannot brain yela mngkin sy xrasa lg mcm mne kan.. Tp sy kalo nak poo tuh air sgttt la pnting...lap dgn tisu?? Adudududu jwbnye

    ReplyDelete
  5. Suka tgk baby daim senyum. Nampak best lah green camp ni. Mmg back to nature sgt Dan suka sgt tgk gambar Linda Dan family pakai baju bai

    ReplyDelete
  6. Macam best suasana Green Camp nie tapi bab toilet tu mak hai.. tak tau la Kak Sue boleh hadap ke tak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. cantik konsep bilik tidur tu, tapi mai bab tandas boleh pakai tip yang mommy share tadi. Natural jew

    ReplyDelete
  8. Best tapi part toilet tu macam errrrr, macam renyah pulak kalau nak poo..hehe..toilet tu sharing ke mummy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tandas sharing..cum alelaki dan perempuan asing

      Delete
  9. Tak pernah lagi jejak kaki dekat bali ni..nampak tempat ni cantik sangat.tapi bab toilet tu lah..heheheh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -