10.10 SALES KARANGKRAF MALL PUNYA PENANGAN

10.10 SALES KARANGKRAF MALL PUNYA PENANGAN - Semalam, date cantik...selain date birthday my beloved hubby. Karangkraf juga ada buat sales ...

10.10 SALES KARANGKRAF MALL PUNYA PENANGAN - Semalam, date cantik...selain date birthday my beloved hubby. Karangkraf juga ada buat sales sempena 10.10. Dah petang, mummy baru dapat tahu, Karangkraf Mall ada buat sales..tu pun rakan blogger kak Adda yang inform. Kalau idak, sampai ke sudah ..mummy tak tahu huhu.


10.10 SALES KARANGKRAF MALL PUNYA PENANGAN


10.10 SALES KARANGKRAF MALL PUNYA PENANGAN


10.10 SALES KARANGKRAF MALL PUNYA PENANGAN kalau korang tahu, memang korang pun akan borong macam mummy ni ha. Hahaha. Mana nak dapat wei, buku novel, resipi, buku anak, keagamaan, pendidikan hanya pada RM1 sebuah !

Tapi, 10.10 SALES KARANGKRAF MALL PUNYA PENANGAN ada syarat...antara syarat-syaratnya :

1. Kena beli 10 buah buku dalam satu masa. Macamana kalau kurang 10 buah buku? Jika kurang, 1 buah buku tu jatuh pada harga RM5 !

2. Postage untuk 10 buah buku berharga RM10. BAgi mummy memang Okay sangatlah harga pos ni kan ! Buku pun dah murah.

3. Satu pembelian di hadkan untuk 10 buah buku sahaja. Nak beli 30 buah buku macam mummy? Kena buat 3x orderlah !


10.10 SALES KARANGKRAF MALL PUNYA PENANGAN
Antara 10 buah buku dari 30 buah buku. Ambik ko ! Baca sampai lebam hahaha..mummy banyak beli buku rujukan, keagamaan dan motivasi. Almaklumlah, diri ni serba kekurangan, nak kene kasi sentapan ilmiah sket.




Biografi sebegini pun mummy beli juga. Biografi Agung Yusuf Al-Qaradawi je tak sempat beli. Sold out. Memang laju buku ni habis. Murah sangat-sangat dari harga asal tu ha .RM27 dan RM59.





Ini anntara buku lain yang sempat mummy screenshot. Almaklumlah, semalam busy yakmat kejarkan sales ni. Website depa pulak, ramai yang masuk..udahnya ada masa stuck di situ ! 

Meroyan jugaklah, dah la dah letakkan buku-buku yang mummy nak dalam shopping cart. Tetiba websitenya ting tong tong tong. Terus shopping cart tu, jadik 0 (kosong)...kosong woiiii..geram !!

Apapun, syukur...Alhamdulillah mummy dapat beli tepat pada masanya. Kejarkan sales sehari , ya sales nya tu SEHARI je (semalam).

Nanti, kalau buku tu semua buku-buku dah sampai, mummy update lain lagi ye.

Mana yang dah tinggal dengan berita ini, jangan nangis dan meraung. Korang rerajinlah buka Karangkraf Mall selalu di : https://www.karangkrafmall.com

You Might Also Like

8 comments

  1. Banyak betul Linda beli buku..akak x sempat semalam bz sangat

    ReplyDelete
  2. wah mmg shopping habis linda.. akak pn frust sikit bila website asyik hang kena serbu punya pasal haha.. apapun akak puas hati dpt borong 20 buku.. 30 lagi order utk kwn2

    ReplyDelete
  3. Rajinnya.. K.fiezz nak baca buku2, rasa bercinta sikit.. Novel pun dah lama tak sentuh...

    ReplyDelete
  4. Sha sempat beli 10 buah buku masa ini lepas tu yang lagi 10 buah campur-campur dengan yang tak sale.. Tapi memang berbaloilah..

    ReplyDelete
  5. Saya pun beli jugak kak... 7 novel 3 buku resipi.. Hahh hamek

    ReplyDelete
  6. Akak sempat shopping gak ritu, tapi beli buku latihan untuk si kembar je. Giler murah kan

    ReplyDelete
  7. rasanya haritu nampak post akak sebab tu beli hehehehe thnkyou <3

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -