Showing posts with label 2018. Show all posts
Showing posts with label 2018. Show all posts

SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU !

SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ! - Dah lama mummy beli sabun TAharah ini untuk samak. Tapi masih tak berkesempatan nak share di blog. Mummy sering dengar rintihan sahabat mummy. "Susahlah nanti nak samak" "mana nak cari tanah untuk samak kat bandar ini?". Di bulan yang mulia ini, bulan Ramadan. Mummy cuba spread benda yang baik dalam blog. Salah satunya, perkongsian mummy tentang sabun samak dari TAHARAH ini.


SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU !


Adanya SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU !  ini, mummy yakin, orang Islam tidak lagi rasa takut dan susah untuk buat samak. Lelagi kalau kita ke penginapan seperti sewa apartment di pusat liburan (bercuti), nak pakai barangan dapur tu ada sedikit was-waskan ! Apa kata korang samakan terlebih dahulu untuk hilangkan was-was.


SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !
Kotak SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !

KANDUNGAN SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !


SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !

Kandungan yang ada dalam SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK ialah dari minyak sayur, 90% tanah liat, minyak zaiton, essential oil, minyak argan dan vitamin E.


Khasiat SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ! : 

*Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi. 
*Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering 
*Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit. 
*Memperbaiki sel-sel kulit yang mati 
*Menghilangkan bau badan 
*Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan. 
*Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki. 


CARA PAKAI SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !


SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !

Cara guna SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah :-

Kaedah untuk SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ialah dengan
1 kali air sabun Taharah
6 kali air biasa.

Boleh juga gunakan SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga.

atau untuk basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain. 

Dan boleh juga di gunakan alternatif untuk menurunkan suhu badan sekiranya demam panas. 

SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU boleh di dapati di Shopee atau kedai-kedai jamu. Mummy macam biasalah beli di Shopee je !

SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !



Soalan:

Salam, saya ingin bertanya adakah sah samak dengan menggunakan sabun taharah ? Seperti yang kita ketahui, dalam keadaan sekarang kebanyakan orang tinggal di apartment yang mana agak sukar untuk mendapatkan tanah yang sesuai digunakan dalam proses samak. Jadi adakah sah seandainya kita menyamak menggunakan sabun ini ?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.



Mukadimah

Sebelum kami menjawab isu ini dengan lebih lanjut, suka untuk kami menjelaskan berkaitan dengan isu penggunaan bahasa terlebih dahulu. Ini kerana, terdapat perbezaan maksud di antara perkataan samak dan juga sertu.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, samak didefinisikan sebagai: Zat yang digunakan utk memasak serta mewarnai kulit binatang: kulit ~ kulit yang sudah dimasak dan diwarnai. menyamak 1 memasak kulit supaya lembut dan berwarna. Rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua.

Manakala kalimah sertu pula membawa maksud: Menyertu menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Sekalipun tidak perlu berbalah dalam istilah, namun dengan mengetahui penggunaan kalimah yang tepat dapat membantu kita dengan lebih lanjut dalam memahami sesebuah permasalahan yang berlaku.



Definisi Sabun Taharah

Penamaan sabun taharah agak berbeza dengan sabun-sabun lain yang boleh didapati di pasaran. Ini mengambil kira intipati kandungan yang terdapat di dalam sabun taharah ini.

Secara umumnya, sabun taharah ini juga dikenali sebagai sabun tanah liat. Jika dilihat dari sudut bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sabun ini, ia terhasil dari campuran tanah liat, dan beberapa mineral semulajadi seperti sodium, kalsium, dan potassium.



Hukum-Hakam Berkaitan Sertu

Sertu adalah proses menghilangkan najis yang berpunca dari jilatan anjing. Hal ini adalah berdasarkan beberapa riwayat daripada Nabi S.A.W berkaitan isu ini. Dalam sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.

Riwayat Muslim (279)

Begitu juga berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

إِذَا شَرِبَ الكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا

Maksudnya: Apabila seekor anjing minum di dalam bekas salah seorang kami maka hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali basuhan.

Riwayat al-Bukhari (172)



Berdasarkan kedua-dua riwayat di atas, dapat kita keluarkan dua perkara berikut:
Mafhum daripada hadis menunjukkan bahawa jilatan anjing itu merupakan suatu kotoran dan juga najis. Oleh kerana itu ia perlu disucikan.


Perintah membersihkan bekas yang dijilat anjing membawa kepada kewajipan perkara tersebut.



Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah berkata: Wajh al-dalalah nya adalah bersuci itu sama ada kerana hadas, atau kotoran, ataupun suatu kemuliaan. Dan tidak ada hadas pada bekas (minuman), begitu juga tidak ada kemuliaan padanya. Maka yang menjadi penentu (bersuci) di sini adalah bersuci daripada al-khubs (kotoran).

Maka sabit kenajisan mulut anjing itu, sedangkan ia (mulut anjing) adalah bahagian paling bersih dari anggota badannya. Maka selain darinya (mulut) adalah lebih utama (untuk dianggap sebagai najis). Begitu juga khinzir, kerana keadaannya adalah lebih buruk berbanding anjing. Rujuk al-Iqna’, Al-Khatib al-Syarbini (1/105).



Hukum Membasuh Dengan Tujuh Kali Basuhan

Para ulama’ al-Malikiyyah berpandangan bahawa membasuh bekas dengan tujuh kali basuhan adalah bersifat ta’abbudiyy maka dengan itu mereka berpandangan bahawa air yang dijilat anjing adalah suci.[1] Adapun jumhur iaitu ulama’ al-Hanafiyyah, al-Syafi’eyyah dan al-Hanabilah berpandangan bahawa ta’abbud hanya pada bilangan tujuh dan bukan pada amalan menyucikan kerana ia adalah mu’allal (bersebab). Di sebabkan itu, air yang dijilat oleh anjing adalah najis.

Di dalam masalah ini juga, para ulama’ berbeza pendapat adakah wajib membasuh sebanyak tujuh kali kepada dua pendapat:

Pertama: Wajib membasuh tujuh kali dan ini adalah pendapat di dalam mazhab Malik, mazhab al-Syafie dan juga mazhab Ahmad. Mereka ini berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A sebagaimana yang telah kami nyatakan pada permulaan perbincangan.

Kedua: Tidak wajib membasuh sebanyak tujuh kali dan ini merupakan pendapat mazhab Abu Hanifah. Ini kerana, mereka mengatakan bahawa air liur anjing seperti najis-najis yang lain cukup sekadar membasuhnya dengan sekali basuhan jika itu telah menghilangkan kenajisannya. Akan tetapi membasuh sebanyak tujuh kali adalah mustahab bukannya wajib. Mereka berdalilkan bahawa Abu Hurairah R.A pernah mengeluarkan fatwa bahawa cukup membasuh sebanyak tiga kali bagi kenajisan air liur anjing seperti yang terdapat di dalam riwayat-riwayat yang diriwayatkan oleh Imam al-Thahawi dan al-Daraquthni. Ini menunjukkan bahawa bilangan tujuh itu termansukh.

Pendapat kedua ini boleh dijawab dengan beberapa jawapan. Antaranya:
Fatwa Abu Hurairah ini bertentangan dengan apa yang diriwayatkan. Beramal dengan apa yang beliau riwayatkan daripada Nabi S.A.W adalah lebih utama berbanding daripada apa yang beliau fatwakan.
Abu Hurairah juga pernah berfatwa agar dibasuh sebanyak tujuh kali dan sanadnya lebih kuat.
Membasuh sebanyak tujuh kali itu bertepatan dengan riwayat marfu’ iaitu sampai kepada Nabi SAW.



Hukum Tatrib (Menggunakan Tanah) Pada Menyucikan Najis Anjing

Berikut kami perincikan beberapa pendapat para ulama dalam isu ini:

Pertama: Ulama’ al-Syafi’eyyah berpandangan bahawa wajib menggunakan tanah bersama air pada menyucikan najis anjing, khinzir dan apa yang lahir daripada keduanya. Mereka beristidlal pada menyatakan pendapat itu dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: “Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali dan yang pertama (basuhan) dengan tanah”. 

Riwayat Muslim (279)



Kedua: Manakala mazhab Imam Ahmad menunjukkan bahawa boleh untuk menggunakan selain daripada tanah dalam proses sertu seperti menggunakan sabun dan selainnya. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/74).

Ketiga: Manakala ulama’ al-Hanafiyyah dan al-Malikiyyah berpendapat tidak wajib menggunakan tanah pada menyucikan hal itu (najis anjing atau khinzir). Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (114/3).



Hukum Menggunakan Sabun Bagi Menggantikan Turab (Tanah)

Dalam isu ini, bertitik tolak dari perbezaan pendapat berkenaan hukum penggunaan tanah dalam proses sertu kepada yang mewajibkan dan pendapat yang mengatakan tidak wajib, maka para ulama terbahagi kepada dua kumpulan yang kami perincikan seperti berikut:
Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa tidak boleh untuk menggunakan selain tanah sebagai ganti dalam proses sertu.


Manakala sebahagian ulama lain pula berpendapat; Sekiranya sabun itu membawa kepada sampainya maksud penggunaan tanah (untuk menyucikan) maka ianya sah.



Para ulama yang mengatakan penggunaan sabun itu tidak sah, mereka berhujah dengan beberapa noktah berikut:
Syarak hanya menaskan tentang turab (tanah). Maka yang wajib adalah untuk mengikut nas.


Bidara dan seumpamanya terdapat pada zaman Nabi S.A.W. Tetapi Nabi tidak mengisyaratkan kepadanya (untuk digunakan dalam bersuci). Sebaliknya Nabi menyebutkan tentang tanah.


Boleh jadi hikmah penggunaan tanah adalah kerana wujud padanya jirim yang dapat membunuh bakteria yang keluar dari jilatan anjing.


Tanah adalah salah satu bahan yang menyucikan selain air. Ini kerana ia mengambil tempat air dalam isu tayammum yang menggantikan wuduk apabila ketiadaan air. Manakala selain darinya seperti bidara dan sabun, tidak dianggap sebagai suatu yang menyucikan.



Fatwa-Fatwa Badan Berautoriti Berkenaan Penggunaan Sabun Untuk Taharah



Pertama: Muzakarah Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat.

Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.



Kedua: Dar Al-Ifta’ Al-Misriyyah

Dar al-Ifta’ dalam menjawab soalan berkenaan hukum dan kaifiat menyucikan bekas yang dijilat anjing berkata pada penghujung jawapan: ‘’Dimustahabkan untuk menggunakan tanah pada basuhan pertama. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: (Basuhan) pertamanya adalah dengan tanah.



Riwayat Muslim.

Dan dibolehkan untuk mengganti tanah dengan sesuatu yang boleh mengambil tempatnya pada zaman ini dengan benda-benda moden yang dapat menyucikan. Ini kerana yang dimuktamadkan adalah taharah (suci) secara mutlak. Rujuk www.dar-alifta.org.eg, fatwa no. 3799.



Ketiga: Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah

Keputusan akhir fatwa berkaitan isu ini menyebut: ‘’Dan pakaian itu apabila dicampakkan ke dalam air yang suci dan ia dibasuh sehingga hilang kesan-kesan najis darinya, maka ia mensucikan keseluruhannya daripada najis-najis anjing dan selainnya. Dengan syarat basuhan untuk najis anjing itu berulang sebanyak tujuh kali, dan basuhan yang pertama adalah dengan tanah atau apa-apa yang menggantikan tempatnya seperti sabun dan selainnya’’. Fatawa al-Lajnah al-Da’imah (4/196).



Kesimpulan

Sebagai penutup, kami cenderung menyatakan bahawa hukum penggunaan sabun taharah atau sabun tanah liat adalah harus. Bahkan proses sertu dan penyucian menggunakannya adalah memadai dan sah sekiranya sabun tersebut mencapai maksud yang sama dengan penggunaan tanah.

Pendapat ini dikemukakan dengan mengambil kira situasi masyarakat kebanyakan terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang hidup dalam suasana majmuk, dan terdapat kesukaran untuk mendapatkan tanah bagi tujuan sertu. Adapun penggunaan tanah dalam proses sertu adalah lebih utama sekiranya terdapatnya ia.

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.







PERTAMA KALI LEPAK SANTAI MINUM TEH DI CAMERON VALLEY CAMERON HIGHLANDS BERSAMA KELUARGA !

PERTAMA KALI LEPAK SANTAI MINUM TEH DI CAMERON VALLEY CAMERON HIGHLANDS BERSAMA KELUARGA ! - Kalau ke Cameron Highlands, mestilah nak ada pengalaman minum teh di ladang teh kan? Dengan suasana nyaman, tenang menghijau. Rugi jika tak di abadikannya. Mummy dan daddy dah pernah erasa minum teh di ladang teh BOH. Kali ini, kami anak beranak PERTAMA KALI LEPAK SANTAI MINUM TEH DI CAMERON VALLEY CAMERON HIGHLANDS BERSAMA KELUARGA !


PERTAMA KALI LEPAK SANTAI MINUM TEH DI CAMERON VALLEY CAMERON HIGHLANDS BERSAMA KELUARGA !



Amek gambar dulu di sini...Sebelum kami LEPAK SANTAI MINUM TEH DI CAMERON VALLEY CAMERON HIGHLANDS BERSAMA KELUARGA !



anak-anak dan sepupu depa Bella



dah sampai ladang teh, pemandangan cantik sangat ! Budak ni kena paksa amek gambar. Depa dah ngantuk sebenarnya..dah tido pun dalam kete tadi, paksa kejut dan bangun huhu.

tu yang muka pesen gini



Macam mummy je yang excited nau hahaha.. i dont care lah



Daim layan kentang, ajak amek gmbar. Geleng kepala kejenya...duduk lah dendiam sini dengan daddy



Bella je happy giler dpt ikut mummy jenjalan



makan nuget, kentang dan jus oren je



amek mood



daddy dan mummy layan teh lah hehehe





selfie seketui, dah tetua ni kdg2 rasa segan nak selfie huhu



kami tak turun pun ladang teh, ramai askar..malas nak menyukarkan keadaan lagi. Dengan memasing mood tak berapa nak adoooo.

Turun dari Cameron Valley terus balik KL. Kali ini naik turun Cameron mummy rasa loya yakmat. Pening tahap tak boleh tahan.

PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS !

PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! - Kalau ke Strawberry Park Cameron Highlands, pilihan kami ialah KOK LIM STRAWBERRY. Sebab apa suka petik strawberry di KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ? Sebab parking FREE, tak ramai orang.. tenang je nak petik buah strawberry dan ladang KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS pun besar!


KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS


PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! - Kalau ke Strawberry Park Cameron Highlands, pilihan kami ialah KOK LIM STRAWBERRY. Sebab apa suka petik strawberry di KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ? Sebab parking FREE, tak ramai orang.. tenang je nak petik buah strawberry dan ladang KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS pun besar!    KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS

Biasanya hari pertama sampai di Cameron Highlands kami akan berehat dan jalan di kawasan yang berdekatan sahaja ! Hari kedua di Cameron Highlands baru kami memulakan langkah iaitu PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS !

Tak berapa luck kali ini, sebab daddy demam. Walau demam daddy gigih bawa kami anak beranak PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! Thankkk youuuuu.

HARGA MASUK DAN PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS !


PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! - Kalau ke Strawberry Park Cameron Highlands, pilihan kami ialah KOK LIM STRAWBERRY. Sebab apa suka petik strawberry di KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ? Sebab parking FREE, tak ramai orang.. tenang je nak petik buah strawberry dan ladang KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS pun besar!    KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS

Harga tiket MASUK DAN PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS adalah seperti berikut :-

2 orang dewasa 500gram RM30
4 dewasa 1 KG RM60

Baca juga : 



PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! - Kalau ke Strawberry Park Cameron Highlands, pilihan kami ialah KOK LIM STRAWBERRY. Sebab apa suka petik strawberry di KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ? Sebab parking FREE, tak ramai orang.. tenang je nak petik buah strawberry dan ladang KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS pun besar!    KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS
pick your own strawberry

Jangan lebih ambil, terkurang tak apa..nanti mereka tambahkan. Walau kami ada 2 dewasa tapi daddy amek pakej 1KG . 1 anak petik strawberry 1/2 kg.


PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! - Kalau ke Strawberry Park Cameron Highlands, pilihan kami ialah KOK LIM STRAWBERRY. Sebab apa suka petik strawberry di KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ? Sebab parking FREE, tak ramai orang.. tenang je nak petik buah strawberry dan ladang KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS pun besar!    KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS


PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! - Kalau ke Strawberry Park Cameron Highlands, pilihan kami ialah KOK LIM STRAWBERRY. Sebab apa suka petik strawberry di KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ? Sebab parking FREE, tak ramai orang.. tenang je nak petik buah strawberry dan ladang KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS pun besar!    KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS

seronok anak dan anak buah posing sini sambil petik buah strawberry sendiri

PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! - Kalau ke Strawberry Park Cameron Highlands, pilihan kami ialah KOK LIM STRAWBERRY. Sebab apa suka petik strawberry di KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ? Sebab parking FREE, tak ramai orang.. tenang je nak petik buah strawberry dan ladang KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS pun besar!    KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS

Daim siap makan tu huhu. Sedap FRESH !

PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! - Kalau ke Strawberry Park Cameron Highlands, pilihan kami ialah KOK LIM STRAWBERRY. Sebab apa suka petik strawberry di KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ? Sebab parking FREE, tak ramai orang.. tenang je nak petik buah strawberry dan ladang KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS pun besar!    KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS



Selesai petik buah, posing lagi dan lagi




Syiokk posing dan PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! Tak ramai orang...tak ada photoboom orang kacau photoshoot pun !



Jem 1 botol RM7, 3 botol RM20 boleh buat souvenir 



Aiskrim strawberry pun ada juga



Mummy beli jus strawberry, sedap ! Fresh harga dalam RM3 ada diskaun sebab masuk dan PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS !


KAlau korang nak PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! Landmark senang je tepi jalan dan bersebelahan dengan TIME TUNNEL. 

Daddy pun suka ke sini sebab cepat dan senang. Petik buah, amek gambar, bayar dan balik. Tak payah beratur panjang, cari parking macam nak mampus hehe.

Selesai shopping dan PETIK BUAH STRAWBERRY DI KOK LIM STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS ! Sambung beli jagung dan balik hotel.

Daddy dah tak larat sangat demamnya tu, sian mummy nengoknya. Walau tak sihat gigih juga daddy drive bawa kami ke sana sini.

SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2

SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2Sebelum mummy cerita tentang SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2 ini, mummy nak share gambar mummy dengan mak dan adik kepada pengarah POLIS EVO 2 Joel Soh. Hehe tak dapat bergambar dengan pengarah POLIS EVO 2, dapat bergambar dengan mak dan adiknya pun dah mampu buatkan hati mummy berbunga-bunga hehehe.

SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2



Aunty ni, rupanya seorang lawyer di Kuala Terengganu, sangat peramah dan  merendah diri. Semasa kami bertemu, beliau yang menegur mummy terlebih dahulu dalam satu event. Tak sangka beliau adalah mak kepada Joel Soh pengarah movie Polis Evo dan juga mak kepada Joanna Soh Asia #1 Fitness YouTuber.

Oleh kerana mummy kejar masa, sampai lupa bertanyakan nama aunty ini dan firm nya di Kuala Terengganu ! Haissss, so bad mummy Linda ni kan !





Walau apa pun, mummy memang salute dengan anak-anak aunty ni...banyak tips yang aunty ni share dengan mummy. Masa jumpa tu, rasa macam tak nak balik hahaha. Sebab macam banyak pulak soalan yang mummy nak tanyakan. Gitulah mak mak ni kan !


Berbalik SINOPSIS POLIS EVO 2, mummy suka dengan arahan Joel Soh ini, cerita ni nampak hidup dan tak boring ! Berkisahkan tentang polis, Inspektor Sani dan Khai terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.


PELAKON POLIS EVO 2


Polis Evo 2 ini arahan Joel Soh & Andre Chiew di mana pelakon Polis Evo 2 ialah CastZizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Jeff Catz, Hairul Azreen, Fir Rahman Dennis YinZizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Jeff Catz, Hairul Azreen, Fir Rahman Dennis 



Synopsis : 

TOP KOMENTAR AZLINDA ALIN UNTUK DISEMBER 2018

TOP KOMENTAR AZLINDA ALIN UNTUK DISEMBER 2018 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf semua, kali ini lambat mummy bersiaran untuk mengumumkan TOP KOMENTAR blog mummy untuk bulan Disember 2018. Almaklumlah tahun 2019 ni awal-awal bulan memang busy sedikit dengan menguruskan anak sekolah dan lain-lain urusan.


Walaubagaimanapun, janji tetap janji okay ! Terima kasih pada semua yang sering mengunjung blog mummy. Insyaallah mummy balas kembali kunjungan ye ! Untuk TOP KOMENTAR AZLINDA ALIN UNTUK DISEMBER 2018, seorang pemenang di pilih dan hadiahnya ialah WANG TUNAI RM20.3

TOP KOMENTAR AZLINDA ALIN UNTUK DISEMBER 2018


TOP KOMENTAR AZLINDA ALIN UNTUK DISEMBER 2018

Tahniah Shahida Dzulkafli dari blog  http://kasihkuamani.blogspot.com ! Sekali lagi terpilih menjadi TOP KOMENTAR AZLINDA ALIN UNTUK DISEMBER 2018. Sha ni memang seorang yang rajin singgah dan letakkan komen di blog mummy.

Jangan lupa emailkan mummy butiran untuk di bank in ye ! Email : nurazlindaazman@gmail.com

Terima kasih sudi support semua !  Moga semua pembaca mummy sentiasa di murahkan rezeki berlipat kali ganda. Amiinn !

PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX

PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX - Happy giler mummy lama benau cuti masak haha sebab anak chicken pox, pantang masak sket lah. Kita ikutkan je, sebab budak kecik tu, sakit ke gatal. Merengek je pandai ! Dah merengek, cranky kang sapa yang susah? Mummy jugaaaaa.

Anak-anak mummy sejenis kalau cranky je, nak mummy. Tak mahu depa duduk dengan daddy tu ha. Semua mummy. Mummy berak pun, nak ikut ! tak boleh berpisah hahaha.


PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX



Bukan je Daim Naufal perangai macam tu, Dhia, Dzal semua peel depa sama masa kecik. Manja ya rabbi ! Nak kemas rumah, nak vacum, nak masak pun tak senang. 

Tapi, daddy sangat memahami. Dia faham situasi mummy. Kalau anak semua cranky, tak sihat ke apa. Memang daddy ajak makan luar je. Terima kasih wahai kekasih hati

Hahaha..


Selalunya, Ahad lah hari kami rajin makan dinner kat luar sebab nak ke rumah Tok Mak. Tengah hari tu, masa simple je lah! Kali ini, daddy belanja Pizza Hut sebab bebudak ni yang request. Nak sup, spaghetti dan pizza tarik cheese.

Ikut mummy, mummy tak obses pizza sangat. Sebab harga, agak pricey kalau makan berlima ni. Selagi boleh jimat duit daddy tu, mummy memang nak tolong jimatkan. Supaya bila duit banyak..boleh bawa mummy travel hahaha.

Ada udang di sebalik meeeee...


Mummy suka bonding time makan begini, boleh bercerita panjang sambil menunggu makanan. Borak-borak, discus lah apa-apa planning minggu ni, minggu depan dan tahun depan juga.

Mummy pun dapat relax, sebab tak busy, so fokus pada topik-topik yang perlu di sampaikan bila bersama begini.

Kalau kat rumah tu, kang sibuk masak, kemas, layan anak, bfeed anak, pastu...nak borak lelama pun tak dapat. 


Baru cerita separuh dengan daddy dan anak-anak nak kena to be continue pulak hahaha.

Spoil jalan cerita.

Pastu mummy pun lupa apa ntah yang nak disampaikan. huhuhu. Alamaklumlah ada anak kecik yang menyusu badan tiap bape jam (kadang-kadang tiap bape minit) memang menduga kesabaran. Masa mummy almost habis dengan baby Daim je.

Tapi, tak mengapa..soon bila putus susu nanti mesti mummy akan rindu saat ni lagi !


Kalau dulu, mummy kenal daddy sewaktu sebelum kahwin. Tak ada rasa sangat daddy ni romantik haha. Tak nampak sangatlah dia punya caring tu, tapi dah kahwin. Beliau cukup memahami seorang isteri ! Syukur alhamdulillah.

So, pada yang belum kahwin...lelaki sebelum kahwin tu yang romantik bagai tu belum tentu romantik lepas kahwin tau ! Jejaga koranggg hahaha.

Jangan kecam ye ! 

Mummy larikk dulu.....

TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE

TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE - Selain blog (jana income dari Google Adsense atuu Nuffnang dan lelain) , YouTube juga boleh tambahkan pendapatan korang. Macam mana YouTube berfungsi dan macam mana nak jana income dengan YouTube?

TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE


Ada ke TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE ? Seriuss..Mummy pun baru je tahu yang kita boleh jana income dengan YouTube. Padahal dah 5 tahun bermain dengan YouTube yang asalnya nak simpan video personal dengan anak-anak je ! Tak sangka YouTube boleh tambahkan pendapatan mummy. 


Otai-otai YouTube mengatakan INCOME dari YouTube ni agak lumayan. Kemungkinan, orang yang bayar iklan di YouTube pun agak mahal (pricey). Sebab tu kot bayaran YouTube Adsense lagi tinggi dari blog. Agaknyalah...mummy pun newbie je. Tak expert lagi bidang YouTube.

As usual, blog mummy is saharing is caring. Korang pun mesti nak tahu jugakan. Macam mana nak atau apa tips untuk jana INCOME dengan YouTube.

SYARAT YOUTUBE !



Pertama sekali korang mestilah ikut SYARAT YouTube. Ada akaun YouTube. Dan seterusnya WAJIB dapatkan :-

1. Kawan-kawan atau followers atau bahasa YouTube nya SUBSCRIBERS. Tidak kurang dari 1000 subscribers.

2. YouTube korang WAJIB ada orang tengok atau tonton sebanyak 4000 jam dalam masa 12 bulan. Sebulan aim 400 orang atau sehari lebih dari 100 orang tonton.

Sekarang ni, mummy lihat banyak group untuk support YouTube (jangan tanya mummy group apa, sebab mummy tak join pun).

Atau carilah geng YouTube untuk sesama bantu.

Susah juga kan !

Bagi mummy... semua ini adalah REZEKI. Kalau Allah nak bagi, DIA boleh bagi dalam pelbagai bentuk.

Kalau dia tak nak bagi. Sekejap je dia boleh TARIK nikmat yang ada.

Ianya bergantung pada rezeki. 

Macam mummy, tak pernah impikan dan tak pernah tahu pasal INCOME dari YouTube ni sehingga ada 1 masa mummy belek YouTube setting linked dengan GOOGLE ADSENSE BLOG tup tup dapat email approve.

Mungkin di sebabkan mummy dah sedia ada GOOGLE ADSENSE (blog). Dan, feature nya sudah sedia adalah dalam YouTube mummy. 

Ada juga mummy ada hantar pertanyaan kepada YouTube untuk mengesahkan sama ada YouTube mummy di Monetisation atau tidak. Sebab macam tak berapa faham sangat dengan YouTube. Alhamdulillah team YouTube sedia membantu dan menjawab persoalan mummy dengan kadar segera. So, korang yang nak tanya apa-apa. Boleh tanya ke YouTube juga. 

Oh ya ! Untuk play safe, sewaktu masukkan lagu dalam YouTube. Korang carilah lagu NON COPYRIGHT. Sebab, income korang tak akan di kira jika vidoe korang ada copyright.

INCOME YouTube di kira dari segi tontonan dan yang NO COPYRIGHT sahaja !

Untuk selanjutnya, korang boleh baca penerangan dari Youtube di sini: https://youtube-creators.googleblog.com/2018/01/additional-changes-to-youtube-partner.html

11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ MAIWP Buka 7 Hari Seminggu

11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu -  Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Korang dah bayar Zakat ke? Korang suka bayar Zakat secara online atau datang sendiri ke Kaunter Zakat? Oh ya ! Sebelum cerita pasal bayar ZAKAT. Korang faham dah ke tentang ZAKAT tu apa? Zakat  ni, bukan sahaja sekadar rukun Islam tau. Zakat sebenarnya dapat menyucikan harta kita. Allah berfirman; "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (at-Tawbah : 103)


11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu -  Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Korang dah bayar Zakat ke? Korang suka bayar Zakat secara online atau datang sendiri ke Kaunter Zakat?, ZAKAT DAPAT REBAT CUKAI E-FILING LHDN,  PPZ PERKHIDMATAN KHAS PINTU KE PINTU @ DOOR TO DOOR SERVICES, JENIS-JENIS ZAKAT MELALUI PPZ MAIWP

11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu

Di hari Jumaat yang mulia ni. Mummy nak sharing is caring sedikit tentang ZAKAT. Sama-sama kita ingatkan. Mummy pun, baru je dapat gaji semalam. Hutang semua dah selesai bayar. Sekejap lagi, mummy nak bayar zakat pulak . Mummy suka bayar online je. Sebab senang dan mudah. Tapi, kalau tok mak dan tok abah bebudak ni, mereka suka bayar ZAKAT di kaunter. Mereka suka 'face to face' gitu !

Bagi yang suka bayar ZAKAT di kaunter macam tok mak dan tok abah. Berita baik buat korang.



11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu sepanjang Disember ini dai jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang terletak di Dataran Shamelin Perkasa, Plaza rah Kampung Baru, Masjid Negara, KLSC Wangsa Maju, Pudu Sentral, Presint 19, Presint 15, Masjid Al-Imam Al-Ghazali di Kepong, Anjung Niaga Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr. Ismail, Masjid Abdul Rahman Auf dan Jalan Puchong dari Labuan Times Square.

Kesemua kaunter tersebut akan beroperasi dari pukul 8.15 pagi sehingga 4.45 petang setiap hari. 

Tetapi, mulai 26 - 31 Disember 2018, waktu operasi dilanjutkan dari jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (al-Munafiqun : 9)


11 Kaunter PUSAT PUNGUTAN ZAKAT PPZ Buka 7 Hari Seminggu -  Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Korang dah bayar Zakat ke? Korang suka bayar Zakat secara online atau datang sendiri ke Kaunter Zakat?, ZAKAT DAPAT REBAT CUKAI E-FILING LHDN,  PPZ PERKHIDMATAN KHAS PINTU KE PINTU @ DOOR TO DOOR SERVICES, JENIS-JENIS ZAKAT MELALUI PPZ MAIWP

ZAKAT DAPAT REBAT CUKAI E-FILING LHDN


Zakat ini bukan sahaja tanggungjawab terhadap diri sendiri. Malah, kerajaan juga turut support sistem ZAKAT dengan memberi REBAT CUKAI E-FILING LHDN. Exemption untuk ZAKAT ni sangat BEST sebab tak ada JUMLAH MAKSIMA atau capping amount. Berapa kita bayar, itulah yang kita dapat pengecualian atau di kenali dengan REBAT CUKAI E-FILING LHDN.

Dari korang bayar duit ke LHDN banyak-banyak tu, ada baiknya korang bayar ZAKAT. Betul tak? hehehe.

PERKHIDMATAN KHAS PINTU KE PINTU @ DOOR TO DOOR SERVICES


Selain itu PPZ turut menawarkan perkhidmatan khas ‘pintu ke pintu’ ATAU DOOR TO DOOR SERVICES untuk golongan yang berpendapatan RM5,000 dan ke atas. 

Hanya dengan menghubungi PPZ dan wakil PPZ, mereka akan ke rumah korang untuk mengutip dan mengeluarkan resit pembayaran zakat. Ya Allah mudahnya ZAKAT dengan PPZ MAIWP ni !



JENIS-JENIS ZAKAT MELALUI PPZ MAIWP

ZAKAT FITRAH dan ZAKAT PENDAPATAN dar gaji je koe boleh bayar dengan PPZ MAIWP ni? EH, bukan tu sahaja tau !

Ada banyak pembayaran ZAKAT yang boleh di bayar melalui PPZ MAIWP ini.

Apa jenis zakat yang boleh korang bayar melalui PPZ MAIWP?

Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Zakat Perniagaan, Zakat Saham, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas dan Qadha Zakat.

Haaaa...banyak jenis zakat yang ada kan? Apa lagi...jom kita sucikan HARTA kita supaya lebih BERKAT.

Selanjutnya, korang boleh layari atau hubungi PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP di

☎1300885757