PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX

PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX - Happy giler mummy lama benau cuti masak haha sebab anak chicken pox, pantang masak sket lah. ...

PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX - Happy giler mummy lama benau cuti masak haha sebab anak chicken pox, pantang masak sket lah. Kita ikutkan je, sebab budak kecik tu, sakit ke gatal. Merengek je pandai ! Dah merengek, cranky kang sapa yang susah? Mummy jugaaaaa.

Anak-anak mummy sejenis kalau cranky je, nak mummy. Tak mahu depa duduk dengan daddy tu ha. Semua mummy. Mummy berak pun, nak ikut ! tak boleh berpisah hahaha.


PIZZA HUT LEPAS DAIM BAIK DARI CHICKEN POX



Bukan je Daim Naufal perangai macam tu, Dhia, Dzal semua peel depa sama masa kecik. Manja ya rabbi ! Nak kemas rumah, nak vacum, nak masak pun tak senang. 

Tapi, daddy sangat memahami. Dia faham situasi mummy. Kalau anak semua cranky, tak sihat ke apa. Memang daddy ajak makan luar je. Terima kasih wahai kekasih hati

Hahaha..


Selalunya, Ahad lah hari kami rajin makan dinner kat luar sebab nak ke rumah Tok Mak. Tengah hari tu, masa simple je lah! Kali ini, daddy belanja Pizza Hut sebab bebudak ni yang request. Nak sup, spaghetti dan pizza tarik cheese.

Ikut mummy, mummy tak obses pizza sangat. Sebab harga, agak pricey kalau makan berlima ni. Selagi boleh jimat duit daddy tu, mummy memang nak tolong jimatkan. Supaya bila duit banyak..boleh bawa mummy travel hahaha.

Ada udang di sebalik meeeee...


Mummy suka bonding time makan begini, boleh bercerita panjang sambil menunggu makanan. Borak-borak, discus lah apa-apa planning minggu ni, minggu depan dan tahun depan juga.

Mummy pun dapat relax, sebab tak busy, so fokus pada topik-topik yang perlu di sampaikan bila bersama begini.

Kalau kat rumah tu, kang sibuk masak, kemas, layan anak, bfeed anak, pastu...nak borak lelama pun tak dapat. 


Baru cerita separuh dengan daddy dan anak-anak nak kena to be continue pulak hahaha.

Spoil jalan cerita.

Pastu mummy pun lupa apa ntah yang nak disampaikan. huhuhu. Alamaklumlah ada anak kecik yang menyusu badan tiap bape jam (kadang-kadang tiap bape minit) memang menduga kesabaran. Masa mummy almost habis dengan baby Daim je.

Tapi, tak mengapa..soon bila putus susu nanti mesti mummy akan rindu saat ni lagi !


Kalau dulu, mummy kenal daddy sewaktu sebelum kahwin. Tak ada rasa sangat daddy ni romantik haha. Tak nampak sangatlah dia punya caring tu, tapi dah kahwin. Beliau cukup memahami seorang isteri ! Syukur alhamdulillah.

So, pada yang belum kahwin...lelaki sebelum kahwin tu yang romantik bagai tu belum tentu romantik lepas kahwin tau ! Jejaga koranggg hahaha.

Jangan kecam ye ! 

Mummy larikk dulu.....

Baca Ini Juga


6 comments

  1. Alhamdulillah.. semoga sekeluarga sentiasa sihat.. seronok dia. hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. betul sesangat tu Mummy.. Lelaki ini lepas kahwin romantik dia lain.. setuju sangat dengan statement last mummy tu.. kikiki..
    Masa hangout macam nielah boleh nak borak dan diskus kan mummy..

    ReplyDelete
  3. Rabia nak cari lelaki romantik selepas kahwin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah sihat ye. kira reward untuk mummy lah ^^

    ReplyDelete
  5. Alamak statement last kali tu hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -