TAJUK DRAMA ISTERI UNTUK DI SEWA TUKAR TAJUK "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA"

TAJUK DRAMA ISTERI UNTUK DI SEWA TUKAR TAJUK "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA" | Assalamualaikum..selamat sejahtera.  Mummy ni, kan memang suka nau tengok drama. Kalau tak tengok on time, rekod dulu dan tengok kemudian. Hehehe. Bukan apa..saje nak hilangkan stress. Drama pilihan mummy, mummy suka yang macam kelakar-kelakar sket. Tak berapa serius dan mendebarkan. Seperti biasa, mummy agak terpengaruh dengan drama ASTRO RIA 10 malam. Sebab waktu ini, banyak kerja dah settle. Duduk santai borak dengan laki, borak dengan anak. Sambil lipat kain.

TAJUK DRAMA ISTERI UNTUK DI SEWA TUKAR TAJUK "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA" 


TAJUK DRAMA ISTERI UNTUK DI SEWA TUKAR TAJUK "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA"




Drama TAJUK DRAMA ISTERI UNTUK DI SEWA TUKAR TAJUK "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA" ini ada isu sket sebeum ni, sebab ianya adaptasi dari novel yang bertajuk ISTERI UNTUK DI SEWA. Mufti ada buat teguran. Sebelum tu, daddy pun ada bersuarakan pada  mummy. Tak bagus tengok cerita macam ni. Macam memain bab kahwin. Dan watak perempuan tu dah macam 'escort girl' kejap dengan jantan sana..kejap dengan jantan sini.

Sorry my dear..mummy tengok for fun je.

Cuma, memang tak bagus tontonan untuk bebudak lah kan. Kang terbawa-bawa dalam kehidupan depa. Buat bisnes 'jual diri' pulak.
Kalau nak tahu sinopsis TAJUK DRAMA ISTERI UNTUK DI SEWA TUKAR TAJUK "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA"  . Jom baca...


SINOPSIS DRAMA "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA"


Nur seorang wanita yang membuat perniagaan 'sewa' diri. Tetapi, dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya.

Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara 4 jejaka ini, siapakah yang boleh menambat hati Nur. Nak tahu ? Kena toton sendiri di ASTRO RIA ye !


Petikan novel:

“Alah abang ni, terasa pulak...” ujar Nur disebalik pintu.
“Kalau tak terasa, apa namanya?” tanya Noah, yang bersandar disebalik pintu juga.
“Abang janganlah nak cari gaduh dengan Nur, pukul 2.00 pagi ni bang.” “Nur kata semua lelaki dalam hidup Nur menyusahkan Nur. Tak apalah, nanti pagi kita call off lah deal kita.”
“Nur kata Imtiyaz, bukan Nur kata abang.”
“Habis abang ni bukan lelaki ke?”
“Lelakilah.. tapi...”
“Bukan dalam hidup Nur?”
“Susahlah nak cakap dengan orang yang pandai cakap ni. Selalu abang yang selesaikan masalah Nur, bila masa pula abang menyusahkan Nur? Sekarang abang nak merajuk dengan Nur, memang YA lah abang memang menyusahkan Nur!” Nur mahu bingkas bangun, layan TV lebih baik. Tiba-tiba pintu Narnia itu diketuk dua kali. Nur mengetuknya kembali, dua kali, tandanya tak boleh masuk. “Nur masuk cepat, mom nak masuk bilik ni.” Mata Nur membulat, Noah terdesak. Tapi saja... Nur nak balas dendam. Konon nak merajuk. Lantak... anak katak!
“Lantaklah, abang kata nak settlekan semua. Malam ni boleh settle... apa salahnya? Biar mom tahu, abang tipu dia!”
“Abang minta maaf.”
“Maaf, Pak Manaf!”
“Sorrylah sayang..”
“Sorry naik lorilah..”
“Lori pun lorilah... cepatlah Nur! Mom dah ketuk pintu ni, banyak kalilah Nur!”
Nur tergelak. Mahu berguling dia ketawa... “Ask me nicely...”
“Nur sayang, abang minta maaf, silalah masuk ke dalam bilik cepat, abang janji abang tak buat lagi.” #IsteriUntukDisewa

PELAKON DRAMA "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA"

Antara pelakon yang terlibat dalam drama Isteri Untuk Disewa ialah Tiz Zqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Ntalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar


Watak Pelakon TAJUK DRAMA ISTERI UNTUK DI SEWA TUKAR TAJUK "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA" 


Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal
Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
Harris Annuar sebagai Putera Raiyan



Jom saksikan TAJUK DRAMA ISTERI UNTUK DI SEWA TUKAR TAJUK "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA"  menerusi siaran Astro Ria 104 & Ria HD 132.
9 comments on "TAJUK DRAMA ISTERI UNTUK DI SEWA TUKAR TAJUK "ISTERI 'BUKAN' UNTUK DI SEWA""
  1. Ok juga tajuk ni harap habis la isu ni

    ReplyDelete
  2. tu la... isu hangat bila mufti boleh tegur... moga selesai isu ni bila dah tukar tajuk...

    ReplyDelete
  3. Ana ada juga layan sesekali drama ni Kak. Ok lah utk saja2 tengok kan.

    ReplyDelete
  4. antara drama yg nieyl suka..tidak terlalu berat utk berfikir...sesuai waktu tayangan di malam hari,nak relax-relax..hehehe

    ReplyDelete
  5. Dramanya Sha tak tengok, tapi novelnya Sha dah baca memang menarik.. Cuma tajuknya tu tak berapa sesuai..

    ReplyDelete
  6. tak layan sbb umah tak ada astro..hehe

    ReplyDelete
  7. munafik pon ade jugakk cite nie.kadang pakai tudung.kadang tak pakai

    ReplyDelete
  8. Kak Sue belum tengok lagi drama nie Linda.. Kadang layan juga drama Kak Sue pun.. sambil rehat-rehat kan Linda..

    ReplyDelete
  9. Lama tak tengok drama kak.. Tv pun tak tengok sgt

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com