Total Pageviews

BERCUTI KE BANDUNG DAY 1 PLAN NAK JALAN-JALAN DALAM BANDAR BANDUNG JE !

BERCUTI KE BANDUNG DAY 1 JALAN DALAM BANDAR BANDUNG JE !  - Kami tiba dari Airport Bandung kira-kira jam hampir 3 petang. Oleh kerana, flig...

BERCUTI KE BANDUNG DAY 1 JALAN DALAM BANDAR BANDUNG JE ! - Kami tiba dari Airport Bandung kira-kira jam hampir 3 petang. Oleh kerana, flight delay di KLIA. Kami tak dapat nak meneruskan perjalanan asal ke Fave Hotel yang terletak di Cihempelas Bandung Indonesia. Plan asal kami, untuk hari pertama di Bandung ni ...kami nak jalan-jalan dalam bandar sahaja. Lagi pun, dah petang...kita jalan-jalan santai aje ! Plan di tukar ke tempat lain terlebih dahulu. 

BERCUTI KE BANDUNG DAY 1 JALAN-JALAN DALAM BANDAR BANDUNG JE !


Sepatutnya, jadual flight kami akan tiba jam 1.30 petang di Bandung Airport. Dan.. Dari Bandung Airport ke Fave Hotel Cihempelas ni ambil masa dalam 30 - 40 minit. 

Alhamdulillah, kami dah sesiap book Pak Supir kami. Sampai di Airport, urusan dah mudah dah. Dari Malaysia lagi mummy sudah di wasap-wasap. Udah kenali dari wasap gitu.

Nak ke Pasar Baru pun dah tak sempat, sebab Pasar Baru Bandung tutup jam 5 petang.

Chand Moda Textile Bandung

Oleh kerana kedai kain Chand Moda ni tak jauh dari Bandar Airport. Kami meneruskan perjalanan ke Chand Moda Textile dan makan di sekitarnya sahaja. Jimat masa! Kedai Kain Chand Moda tutup jam 10 malam. 

Kalau ke Hotel terlebih dahulu, mau anak-anak tak nak keluar kang hehe. 

Win Perfume

Seterusnya ke Win Perfume setelah selesai cari kain lace dan tempah kain. Cerita details nanti mummy buat di entri berasingan ye. 

Kami plan nak cari perfume terus hari pertama ni. Tak nak habiskan masa kami begitu sahaja. 

Dari Malaysia .. mummy survey yang WIN PERFUME ni murah dan wangi. Dah alang-alang ke sini rugi kalau tak cuba Win Perfume ni. Daddy dok bising juga...tak cukup perfume lagi ke? Hahaha..adoiiii abeh datang Bandung buat apa kalau tak beli satu dua? Haha.. Pastu, sampai Win Perfume, dia pun borong sekali haha

Hotel

Depan Win Perfume, ada orang jual souvenir key chain dan bag. Murah juga lah key chain tu, RM1 je satu. Terus beli sotu jelah. Malas nak beli belah tempat lain lagi. 

Selepai ke Win Perfume.. Kami terus check in dan balik hotel. Hujan renyai dah mula turun. Lebih baik berehat dan prepare untuk itinerary esok hari pulak. 

Check in hotel pun ada macam-macam masalah. Boleh baca di :

Nak jenjalan depan hotel malam hari di Cihampelas Walk pun tak sempat. 

Padahal. Depan hotel je tu. 

Daddyvje lah dapat jenjalan sekejap, sebab tapau makan malam. Kitorang dah tak larat nak keluar. Daim pun tidur kepenatan dah. 

Cerita tentang Chand Moda, Kedai makan sebelah Chand Moda, Win Perfume mummy story dalam entri lain ye.

Kami book hotel sekitar Cihampelas ni sebab Mummy suka kawasan Cihempelas ni, kalau korang jenis malas nak pi jalan-jalan jejauh. Ada banyak kedai walk distance je kat sini

Tempat menarik sekitar Cihampelas ni, antaranya seperti :

Jeans Street dan Ciwalk Shopping Mall 20 meter  - jalan malam
Masjid 90 meter 
Jeans Street Bandung Factory Outlet 180 meter - tak ada plan untuk cari jeans
Sentra Jeans Cihampelas 330 meter  tak pergi juga
Cihampelas Shopping Mall 430 meter jalan-jalan malam hari.
Pasar Bunga / Flower Market 830 meter - tak ada plan nak cari bunga. 
Rumah Mode 1.7km - dalam consideration tapi bukan hari ini.
Gedung Sate 1.7km - tak pergi juga
Geology Museum 2km - tak berapa sesuai ada anak kecil, so tak pergi
Trans Studios 4.9km - memula plan nak pergi, tapi anak masih kecil dengan kadar bayaran sebanyak RM80 untuk semua umur. Macam tak berbaloi.
Tangkuban perahu 14km - tak pergi sebab jauh, tak sesuai untuk anak kecil ada bau belerang dan lelain



You Might Also Like

5 comments

  1. betul tu linda.. kena consider anak2 kecil ni.. berjalan2 juga tapi keselamatan kena jaga

    ReplyDelete
  2. Wah.. Mummy pergi bercuti ye.. Selamat bercuti..
    Bila ada anak tambah yang kecik memang kena pilih-pilih tempat untuk dilawat kan mummy..

    ReplyDelete
  3. seronok jalan-jalan bandung dah lama tak pergi, dah banyak tempat-tempat menarik ye kat Bandung.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya.. Abang Man pernah juga ajak kami sekeluarga ke sini bercuti tapi Kak Sue nie haa.. sejenis penakut nak naik flight.. 😂

    ReplyDelete
  5. alin gi sendiri ye?
    terbaik.
    sebab gi sendiri, masa byk utk diri sendiri & family kan.
    boleh teroka bandung sebaiknya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -

Labels

Dhia batrisya (388) 2018 (381) blogger (381) azlindaalin.com (352) dzal aidi fiqry (313) review (282) resipi (143) 2019 (127) travel (84) Daim Naufal (73) daddy (41) advertorial (36) Resipi 30 Hari Ramadhan (19) tutorial blog (11) Baby D (6) blogwalking (4) 2017 (2) 2020 (2)