GOODIES BAG BAJET UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA

GOODIES BAG / DOOR GIFT BAJET UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA - Hari Jumaat penuh barakoh baru ni, merupakan birthday Dhia Batrisya yang ke 6 tahun. As usual lah kan, bila birthday anak ni. Mummy akan siapkan goodies bag untuk kawan-kawan sekolah Dhia. Tema GOODIES BAG / DOOR GIFT kali ini, mummy buat paling simple je. Orang kata paling bajet untuk kawan-kawan tadika Dhia Batrisya. 

DOOR GIFT BAJET UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA 

Majoriti untuk GOODIES BAG / DOOR GIFT BAJET UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA ada yang mummy D I Y sendiri! 

Iaitu stiker, buat stiker sendiri, beli stiker paper jenis mikrocoat (tak silap), print kedai printing. Total tak sampai 30sen 1 stiker (saiz besar muat 6 stiker dalam satu kertas A4 sticker paper tu). Okaylah kan, simple je kan. 

GOODIES BAG BAJET UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA

    GOODIES BAG BAJET UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA

    GOODIES BAG BAJET UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA

    Plastik pun mummy pakai yang boleh seal terus. Actually ada juga beli paper bag dan plastik beg warna warni tu. Tapi, bebudak ni kang amek isi. Paper bag, plastik bang ntah memana je kang. So buat gini dorang terus simpan dalam bag. Bawa balik. Paper bag n plastik tu pulak, mummy rasa macam biasa sangat dah hehehe. So plan buat cam ni je, lah. 

    Plastik tu nanti boleh recycle balik juga letak pensil warna ke, stationery ke kan. 

    Dalam goodies bag ni, mummy tak letak banyak pun barang. Ada 3 barang je cukup lah kot. 

    Air minuman, chipsmore / oreo dan pencil (unik pensil ni ada mainan atas tu). So pensil tu macam pembangkit semangat untuk bagi anak-anak rajin menulis hehe

    GOODIES BAG BAJET UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA

    Lepas tu, mummy ada juga buatkan aiskrim batang. Budak mana yang tak suka aiskrim kan. Sekali sekala rewards lah depa semua. 

    Walau pun mummy agak kekangan masa dari bulan lepas, alhamdulillah dapat jugak curi-curi masa untuk buatkan aiskrim, stiker dan gifts / goodies bag.

    Orang kata, sebenarnya ni rezeki budak-budak sekolah Dhia ni. Kala Allah tak izinkan, kita hanya mampu merancang je. 

    Jika Allah izinkan, dari tak cukup masa tu.. Ada je Allah lorongkan jalan tu. Kan?

    Okay,,, berapa habis untuk bajet goodies bag / door gift birthday Dhia Batrisya kali ni?

    JUMLAH BAJET UNTUK DOOR GIFT / GOODIES BAG UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA


    3 Oreo RM2.10 = 1 pcs 70sen x 30 orang
    8 Chipsmore RM6.99 = 1 pcs 80-90sen x 30 orang
    5 batang pencil RM2.10 = 45sen sebatang x 30
    Air minuman 48 pcs RM8.90 = 18sen sebotol x 30
    100PCS Plastik RM11.80 = 1.1sen x 30
    1 Stiker 30sen x 30
    ===============
    TOTAL = dalam RM60 lebih untuk 30 orang. 

    Tak termasuk aiskrim. Aiskrim pun plastik baru RM2.50 je untuk 100pcs. Kordial pakai sunquick dan F&N anggur yang ada kat rumah je.



    10 comments on "GOODIES BAG BAJET UNTUK BIRTHDAY DHIA BATRISYA "
    1. sdapnya aiskrim malaysia tu..hepi bestday dhia..:)

      ReplyDelete
    2. packaging yang simple nampak menarik. murah plak tu.

      ReplyDelete
    3. Moment nie kita akan ingat sampai bila-bila. Macam Kak Sue dulu pun macam Linda juga tiap kali birthday anak memang gigih buat goodies bag macam nie..

      ReplyDelete
    4. Wah memang membantu sangat ibu ibu untuk cari idea nak bagi apa. Bezday Auni pun 5hb 4 ni kak masih mencari idea nak bagi apa.

      ReplyDelete
    5. Wow hebat Dan menarik goodies bag

      ReplyDelete
    6. bagusnya idea ni! Memang jimat sangat and semua boleh guna

      ReplyDelete
    7. Okey gift ideas ni mummy.. Sesekali reward bebudak ni, kan..

      ReplyDelete
    8. Kreatif sis.. budget pun tetap nampak menarik..

      ReplyDelete
    9. walaupun simple tapi semua barang dlm nibest2

      ReplyDelete
    10. Menarik idea ni...bajet pun takpe asalkan anak- anak happy

      ReplyDelete

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com