Total Pageviews

SWEET DREAMS MEGADRAMA DI ASTRO GANDINGAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR

SWEET DREAMS MEGADRAMA DI ASTRO GANDINGAN MIRA FILZAH DAN BEN Amir -   Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. Selepas khatam drama di ASTR...

SWEET DREAMS MEGADRAMA DI ASTRO GANDINGAN MIRA FILZAH DAN BEN Amir -  Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. Selepas khatam drama di ASTRO Ria Setelah Terlafaznya Akad. Mummy sambung terjebak pulak dengan drama di ASTRO iaitu SWEET DREAMS. Slot MegaDrama ASTRO Sweet Dreams ini asalnya dari karya novel Sweet Dreams oleh Acik Lana. Sweet dreams ini menampilkan gandingan Ben Amir dan Mira Filzah. 

SWEET DREAMS MEGADRAMA DI ASTRO GANDINGAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR


Apa yang best cerita Sweet dreams ni.. Mummy suka sebab Mila Filzah tu, walau bisu tapi wataknya sangat sweet! Dan keduanya, mummy suka kan watak si Ben Amir yang dapat macam-macam petunjuk dari mimpinya. 

Nak tahu apa lagi yang best?! Jom kita baca sinopsis SWEET DREAMS


SINOPSIS SWEET DREAMS


Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama - Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang


WATAK PELAKON SWEET DREAM

Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

LAGU TEMA / OST SWEET DREAMS
iamNEETA - Ilusi → Youtube


You Might Also Like

9 comments

  1. Baca sinopsis dia macam menarik.. Nak cuba baca novel dialah..

    ReplyDelete
  2. ada gak tengok sesikit kat IG..macam best..suka plak tengok si ben amir tu..rambut pnjg, bdn sasa..auchhhh..ai tergoda..haha

    ReplyDelete
  3. ada gak tengok sesikit kat IG..macam best..suka plak tengok si ben amir tu..rambut pnjg, bdn sasa..auchhhh..ai tergoda..haha

    ReplyDelete
  4. Hari apa ntah akak tengok..semalam kot..itupun yang Dania rakam..menarik gak citer dia..

    ReplyDelete
  5. rabia peminat setia ben amir and mira filzah

    ReplyDelete
  6. Ada tertengok sekali aritu mmg best la cite ni

    ReplyDelete
  7. Mrs. A pun follow citer ni harapnya menarik sampai ke sudah tak macam terlafaznya akad tu minggu terakhir ntah apa-apa jer.... hahahaaa...

    ReplyDelete
  8. aida akan folo di utube je, alin.
    tak langgan astro ria :)
    charming sgt ben amir ni tgk kan iklan :)
    rambut nyer tu. mata nyer yg kuyu...
    tak terpesona kah mira filzah? hi hi hi hi...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -

Labels

Dhia batrisya (392) blogger (382) 2018 (379) azlindaalin.com (352) dzal aidi fiqry (318) review (282) 2019 (240) resipi (148) travel (87) Daim Naufal (81) daddy (42) advertorial (36) Resipi 30 Hari Ramadhan (19) tutorial blog (11) Baby D (6) blogwalking (4) 2017 (2) 2020 (2)