PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023

Program Fun Run Fit Zakat 2023 bukanlah larian pertama buat mummy. Banyak juga larian yang mummy dah sertai pada tahun ini seperti Daia Fun Run, Guardian Fun Run dan banyak lagi.

Program Fit Zakat 2023 ini dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sekaligus melancarkan Kempen Year End Zakat (YEZ) 2023 di Taman Tasik Metropolitan Kepong pada 18 November 2023.



PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023

PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023


PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023


500 PESERTA SERTAI FIT ZAKAT FUN RUN DI TAMAN TASIK METROPOLITAN KEPONG


Program Fit Zakat 2023 yang berlangsung pada 18 November 2023 membuka tirainya dengan acara Fit Zakat Fun yang melibatkan seramai 500 peserta. Fit Zakat Fun Run ini mempunyai dua kategori dimana peserta boleh memilih untuk berlari sejauh 3km dan 6km.

Datuk Mohd Ajib Ismail yang merupakan Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuat ‘flag off’ larian bersama dengan Encik Mohammed Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP.

Turut diadakan ialah acara senamrobik dan cabutan bertuah kepada peserta larian.

Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman turut menzahirkan penghargaan kepada para penaja CIMB Islamic Bank Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), GoPayz serta rakan-rakan strategik antaranya MAIWP dan JAWI, kerana turut terlibat dan menaja program Fit Zakat 2023 serta Kempen Year End Zakat tahun ini.

PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023


PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023


PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023





KANAK-KANAK TERUJA MEWARNA USTAZ AMIL, OMAR DAN HANA


Seramai 100 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna Ustaz Amil, Omar dan Hana yang merupakan sebahagian dari aktiviti program Fit Zakat 2023.

Sebanyak 3 buah hadiah utama dan 20 buah hadiah saguhati berbentuk hamper telah disediakan buat peserta yang berjaya menghasilkan lukisan yang menarik dan kreatif.

Dalam sesi yang sama juga turut dijalankan taklimat produk oleh pihak CIMB Islamic Bank Berhad yang merupakan penaja utama program Fit Zakat 2023z

Maskot Ustaz Amil, Omar dan Hana juga turut ditampilkan bagi memeriahkan lagi suasana program dan pastinya kanak-kanak sangat teruja untuk bergambar bersama maskot.

Hadiah pertandingan mewarna telah disampaikan oleh Tuan Haj Azrin Dato’ Haji Abdul Manan, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia PPZ-MAIWP


PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023

PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023


CIMB ISLAMIC BANK BERHAD SUMBANG 1000 BAKUL REZEKI SEMPENA PROGRAM FIT ZAKAT 2023


Sebanyak RM100,000.00 dana wakalah zakat CIMB Islamic Bank Berhad telah disumbangkan kepada 1000 buah keluarga asnaf bersempena dengan program Fit Zakat 2023 yang berlangsung di Taman Tasik Metropolitan Kepong.

CIMB Islamic Bank Berhad yang menerima pengembalian semula wang zakat (wakalah) oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di atas bayaran zakat perniagaannya telah menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama bagi menyalurkan bantuan berbentuk bakul rezeki kepada asnaf yang memerlukan.

Set bakul rezeki yang mengandungi pek makanan kering ini disampaikan kepada 400 buah keluarga asnaf dari PPR Intan Baiduri, 400 buah keluarga asnaf dari PPR Pekan Kepong dan 200 orang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memerlukan.

Disamping itu, PPZ-MAIWP juga turut menyampaikan sumbangan kewangan wakalah berjumlah RM20,000.00 kepada 200 orang kakitangan DBKL yang terlibat.

PPZ-MAIWP SERU BAYAR ZAKAT AWAL SEBELUM 31 DISEMBER 2023

Semoga sumbangan bakul rezeki yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan penerima bantuan.



PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023



PPZ-MAIWP SERU BAYAR ZAKAT AWAL SEBELUM 31 DISEMBER 2023



PPZ-MAIWP SERU BAYAR ZAKAT AWAL SEBELUM 31 DISEMBER 2023



Kempen tahunan PPZ-MAIWP ini bermula 18 November 2023 hingga 31 Disember 2023 bertujuan sebagai seruan dan galakan kepada para pembayar untuk menyegerakan bayaran zakat mereka sebelum 31 Disember 2023 bagi menikmati rebat cukai pendapatan taksiran tahun 2023 disamping menikmati pelbagai tawaran menarik sepanjang kempen.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, menggunakan pendekatan dakwah bil hikmah, kempen ini juga merupakan antara inisiatif PPZ-MAIWP untuk mempromosi dan menyebarluas dakwah zakat kepada semua lapisan masyarakat Islam di Malaysia.

“Bertemakan Makna Kaya Sebenar, kami ingin mengajak masyarakat untuk tidak menilai kekayaan dengan hanya memiliki harta dan material mewah yang melimpah ruah tetapi kekayaan sebenar adalah terletak di dalam hati, apabila kita memberi dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.”

Tambah beliau lagi, sepanjang bulan Disember, 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 4.45 petang setiap hari termasuk cuti umum dan pada setiap Jumaat serta minggu terakhir Disember, waktu operasi akan dilanjutkan hingga 9.00 malam disamping mengadakan Hari Bersama Pembayar dengan menyediakan jamuan makan bagi meraikan pembayar.

Terdapat juga pelbagai kemudahan lain seperti pembayaran atas talian melalui portal zakat.com.my, aplikasi MyZakat, perbankan internet, ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP dan banyak lagi.

Lebih istimewa, pembayar yang membuat bayaran zakat sepanjang kempen ini berpeluang memenangi lebih 1,000 hadiah menarik yang seperti Pakej Umrah, Thermomix, Telefon Pintar dan banyak lagi.

Dalam program yang sama, PPZ-MAIWP turut mengadakan solidariti untuk Palestin bagi mendoakan saudara-saudara seIslam di sana agar dibebaskan dari penindasan rejim Israel. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga telah memperuntukkan sebanyak RM2,036,864.60 bantuan kemanusiaan untuk disalurkan ke Palestin.

Sebarang maklumat mengenai aktiviti kempen boleh mengikuti perkembangan di media sosial PPZ-MAIWP dan layari www.zakat.com.my/yez2023

 


1 comment on "PROGRAM FUN RUN FIT ZAKAT 2023"
  1. Waa bestnya! Teringin nak join acara larian macam ni. Harap ada rezeki nisha join nanti ^^


    Anyway, jemput baca entri terbaru nisha ya ^^ https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2023/11/throwback-pergi-pesta-buku-2023.html

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com