KELAB BLOGGER BEN ASHAARI BLOGGER’S DAY OUT (KBDO)


image

Pertama kalinya #kelabbloggerbenashaari mengadakan aktiviti  KBBA BLOGGER’S DAY OUT (KBDO).  Seramai lebih kurang 100 orang yang akan memeriahkan KBDO ini nanti yang bertempat di KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC ). Ok , berkenaan dengan KBBA BLOGGER’S DAY OUT  ( KBDO) ni . Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti  golf , badminton dan paintball. Tapi menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar ! Hehehehe.. Nak tau ? Kena turun tonton sendiri..
Tempatnya memang menarik. Berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  antara kemudahan dan fasiliti yang ada untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.





image

Ramai blogger bertanya camana nak join KBDO ni.. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar kami dan tidak dibuka orang ramai lagi.Maaf yer. Tapi anda dijemput hadir untuk memeriahkan..dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.. InshaAllah , andai program ni berjaya .. kami akan rancang untuk buat lagi besar dari ni.. Segalanya bergantung pada sambutan dan kelancaran projek ni ..

Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com