Bazaar Ramadhan Kajang Perdana


Bazaar Ramadhan Kajang Perdana yang Selesa

Salam Ramadhan semua!! Dah fikir ke nak buka di mana dan nak makan apa untuk berbuka puasa nanti? Saya pergi ke bazaar Ramadhan depan ofis dan depan rumah sahaja.


Bazaar Ramadhan Kajang Perdana ada banyak pilihan dan selesa. Sebab mereka buat sebelah jalan saya untuk peniaga. Sebelah lagi di biarkan kosong untuk parkir kereta atau pejalan kaki. Tak adalah nampak macam penuh dan susah nak berjalan. Mak pak yang ada anak kecik pun selesa bawa anak ke bazaar Ramadhan Kajang Perdana.


Saya memang peminat bubur dan roti John. Hari ini teringin nak makan roti John dan bubur pulut hitam. Di sini, one stop centre beli di sini sahaja.


Saya pilih gerai Oh My Burger Kajang di bazaar Ramadhan ini. Sebab isi roti John nya penuh dengan isi, sayur dan pelbagai sos. Rotinya pulak, lembut sangat.


Sos roti John Oh My Burger Kajang Perdana yang penuh warna warni. Selamat di makan tau!! 


Roti John Special RM4 sahaja. Makan ni sahaja pun, sudah kenyang.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com