Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

Shuib Sepahtu Duta Kopi SUPER Klasik dari Biji Robusta

Apa persamaan mummy dan Shuib Sepahtu? Mummy peminat kopi... tak kiralah kopi panas atau kopi sejuk. Shuib juga merupakan peminat kopi. Ya ! Inilah persamaan mummy dengan Shuib Sepahtu. Kini, Shuib Sepahtu merupakan Duta Kopi SUPER Classic 100% dari Biji Robusta. Tahniah Shuib ! Oh ya, Korang suka kopi, tak? Kalau suka kopi, apa kata korang cuba SUPER™ Classic

Shuib Sepahtu Duta Kopi SUPER Klasik dari Biji Robusta



Kopi SUPER™ Klasik 100% Biji Robusta


Minuman jenama SUPER™, untuk kopi, teh dan minuman bijirin berkualiti pilihan Malaysia. Kini SUPER™ memperluaskan pasarannya dengan minuman Kopi Klasik dari Super Malaysia . SUPER™ Classic, kopi hitam segera yang dibuat dengan 100% biji Robusta 


Shuib Sepahtu Duta Kopi SUPER Klasik dari Biji Robusta



Shuib Sepahtu Duta Kopi SUPER™ Klasik


SUPER™ telah melantik Shuib Sepahtu sebagai duta jenama untuk SUPER™ Coffee, kerana beliau peminat kopi seperti rakyat Malaysia dan melalui hari-hari yang sibuk sama seperti rakyat Malaysia setiap hari. Beliau, keluar bekerja, mempunyai keluarga, usahawan dan juga penyampai radio.

Menurut Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, Fiona Tan, "Kami rakyat Malaysia amat menyukai kopi yang kaw dengan rasa tambahan susu pekat atau susu sejat. Kita juga seringkali tercari-cari kopi segera yang penuh dengan rasa dan aromatik yang sangat kaw agar rasa kopi yang lebih mantap dan rasanya yang penuh lemak berkrim."

Dalam majlis pelancaran SUPER Classic baru-baru ini, SUPER terus menyemarakkan rakyat Malaysia secara berterusan setiap hari dengan minuman yang mudah dan menyegarkan. "Kopi segera di Malaysia bukan sekadar fungsi kemudahan dan masa, malah dengan waktu kerja yang agak padat dan panjang, kita amat memerlukan kopi yang benar-benar kaw dan berperisa untuk menyedarkan deria kita dalam memulakan aktiviti harian pagi. Kita juga memerlukan sebuah cawan yang menarik untuk menyemarakkan lagi perbualan kita dengan penuh keyakinan dan sentiasa memastikan kita segar sepanjang hari."


Perbezaan Kopi Robusta dan Arabika



Apa pula perbezaan kopi Robusta dan Arabika. Berikut adalah beberapa perbezaan kopi Robusta dan Arabika:

Asal dan Jenis Tanaman:
Kopi Robusta: Kopi Robusta (Coffea canephora) berasal dari Afrika Barat. Tanaman kopi Robusta cenderung tumbuh lebih tinggi dan kuat, dengan daun yang lebih besar.

Kopi Arabika: Kopi Arabika (Coffea arabica) berasal dari wilayah Timur Tengah dan Afrika Timur. Tanaman kopi Arabika cenderung lebih rendah, dengan daun yang lebih kecil dan lebih lembut.


Rasa dan Aroma:
Kopi Robusta: Rasa kopi Robusta lebih kuat, pahit. Aroma kopi Robusta lebih kurang kompleks berbanding Arabika.

Kopi Arabika: Rasa kopi Arabika lebih halus, kompleks, dan mempunyai banyak lapisan rasa. 


Kandungan Kafein:
Kopi Robusta: Kopi Robusta mengandungi lebih banyak kafein berbanding Arabika. Kandungan kafein yang tinggi memberikan rasa lebih kuat dan kesegaran yang lebih tahan lama.

Kopi Arabika: Kandungan kafein dalam kopi Arabika lebih rendah, yang memberi rasa yang lebih lembut dan sedikit kurang penguat.


Buih:
Kopi Robusta: Kopi Robusta cenderung menghasilkan buih yang lebih kental dan tahan lama, terutama apabila dijadikan espresso.

Kopi Arabika: Buih kopi Arabika biasanya lebih halus dan tidak sekuat seperti kopi Robusta.


Pertumbuhan Tanaman:
Kopi Robusta: Tanaman kopi Robusta tumbuh lebih cepat dan lebih tahan terhadap kondisi cuaca yang buruk.

Kopi Arabika: Tanaman kopi Arabika memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan tumbuh lebih lambat.


Penggunaan:
Kopi Robusta: Sering digunakan dalam campuran kopi dan produk kopi segera kerana kekuatannya.

Kopi Arabika: Lebih banyak digunakan dalam kopi jenis khusus dan minuman kopi yang menekankan pada rasa dan aroma yang kompleks.


Shuib Sepahtu Duta Kopi SUPER Klasik dari Biji Robusta




SUPER™ Klasik Menganjurkan Peraduan 'Semarakkan Hari Malaysia'


Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, SUPER™ menganjurkan peraduan 'Semarakkan Hari Malaysia' bermula 16 Ogos - 30 September 2023. 

Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, sebuah 'makanan eksklusif. -sesi makan' bersama Shuib, dan baucar beli-belah bernilai RM21,000. 

Untuk menyertai, hanya buat pembelian mana-mana satu produk SUPER™ (tertakluk kepada terma dan syarat).

Harga Kopi SUPER™ Classic


Harga Kopi SUPER™ Classic adalah seperti berikut :-


SUPER™ Classic Instant Pure Coffee 45g RM6.20
SUPER™ Classic Instant Pure Coffee 80g RM11.30
SUPER™ Classic Instant Pure Coffee 180g RM21.00

SUPER™ Classic baharu kini boleh didapati di peruncit runcit utama di seluruh Malaysia.


Shuib Sepahtu Duta Kopi SUPER Klasik dari Biji Robusta



Untuk maklumat lanjut dan promosi mengenai SUPER Coffee dan lain-lain produknya, boleh layari ke ;-


Facebook

Instagram

Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Buat warga Kuala Lumpur atau pelancong yang berada di KL . Adakah anda teringin menikmati makanan masakan warisan budaya Baba Nyonya? Jika jawapan anda "YA". Jom, mencuba Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

Authentic Nyonya Noodles Hut di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

    Authentic Nyonya Noodles Hut Santa di Hotel Grand Signature Kuala Lumpur. 


    Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur menampilkan menu promosi terbaharunya 'Authentic Nyonya Noodles Hut' untuk meraikan masakan warisan budaya Baba Nyonya. 

    Apa yang menarik tentang masakan dari budaya Baba dan Nyonya?

    Seperti yang semua tahu, Baba Nyonya ini berasal dari negeri Melaka. Kebanyakan masakan Baba Nyonya amat terkenal dengan identiti masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu

    Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur


    Antara Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" yang ditawarkan di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur adalah Laksa Asam, Mi Kari dan Laksa Nyonya Peranakan.

    Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

    Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

    Tanpa perlu mengembara jauh, para pecinta laksa kini boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai sendiri resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh cef-cef tempatan iaitu Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef).




    Menu Authentic Nyonya Noodles Hut di Santa Grand Signature Kuala Lumpur boleh didapati sepanjang promosi mulai 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.

    Ianya boleh dinikmati di tiga tempat iaitu Kopi Bar (Aras bawah), Kapitan Cafe dan Sky Lounge Santa Grand Signature Kuala Lumpur


    Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur
    Mi Kari 

    Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur
    Laksa Nyonya Peranakan

    Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur

    Laksa Asam


    Harga Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut"


    Harga semangkuk Menu Warisan Baba Nyonya "Authentic Nyonya Noodles Hut" di Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur adalah RM15 sahaja.

    Selain daripada laksa, anda juga boleh menikmati sajian yang enak di Santa Grand Signature seperti cucur udang, kuih-muih Nyonya, sagu gula melaka dan banyak lagi.

    Semua makanan di sini sangat sedap ! Jom, try hari ini !

    Untuk tempahan, sila hubungi +603-2027 1969 atau e-mel kepada reservation@santagrandhotels.com.my.

    Untuk maklumat lanjut tentang hotel, sila layari www.santagrandhotels.com.my



    5 SEBAB WAJIB JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PENANGGAH, TAMAN WARISAN PERTANIAN PRESINT 16 PUTRAJAYA

    5 SEBAB WAJIB JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PENANGGAH, TAMAN WARISAN PERTANIAN PRESINT 16 PUTRAJAYA - Assalamualikum semua, selamat sejahtera ! Entri kali ini, mummy nak kongsikan kisah mummy dan kawan-kawan mummy jalan-jalan cari makan di Putrajaya. Ini merupakan pengalaman pertama kali , mummy jejakkan kaki di sini ! Mummy puas hati dapat makan kat tempat port makan best ni tau. Kenapa mummy katakan ianya tempat port makan best di Putrajaya? Haaa..jemput baca ye, sampai habis entri 5 SEBAB WAJIB JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PENANGGAH, TAMAN WARISAN PERTANIAN PRESINT 16 PUTRAJAYA 

    5 SEBAB WAJIB JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PENANGGAH, TAMAN WARISAN PERTANIAN PRESINT 16 PUTRAJAYA




    Tempat Makan Penanggah Taman Warisan Putrajaya ini terletak di Presint 16. Ianya terletak di dalam bangunan Taman Warisan dan berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Presint 16 Putrajaya. Atau cara paling senang nak ke Tempat Makan Penanggah Taman Warisan Putrajaya ni hanya menggunakan waze je macam mummy ! Settled ! Gerenti tak sesat hehehe




    Perjalanan dari Shah Alam ke sini mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menggunakan PLUS Highway. Tapi, macam biasa mummy ni jenis suka datang awal. Seawal 10.40 pagi dah sampai di PENANGGAH, TAMAN WARISAN PERTANIAN PRESINT 16 PUTRAJAYA.

    Datang awal ni best, boleh layan ambil gambar pemandangan, video dan amek mood sebelum berjumpa dengan kawan-kawan lain ! Almaklumah, lama tak lepak dengan geng mak-mak ini, so kali ini kita on projek jalan-jalan cari makan tengah hari geng mak-mak 5 sekawan Amirah, Nani, Kak Azni dan Kak Fuzy




    Kembali pada cerita asalnya. Kenapa korang wajib makan di PENANGGAH, TAMAN WARISAN PERTANIAN PRESINT 16 PUTRAJAYA. 

    Jom..Mummy kongsikan 5 SEBAB WAJIB JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PENANGGAH, TAMAN WARISAN PERTANIAN PRESINT 16 PUTRAJAYA

    1. Port lepak best! Selesa !

    Di atas tadi, mummy ada katakan yang mummy ke sini sebab projek lunch dengan geng mak-mak 5 sekawan. Kalau dah nama mak-mak ni kan ! Wajiblah borak non-stop. Ada je cerita yang nak di bualkan. Dari cerita kerja, cerita hal anak-anak, cerita tentang PKP, cerita tentang diet sampailah ke cerita teknikal blog pun keluar. 

    Nak borak lama-lama ni, kena ada tempat yang selesa dan luas. Yelah, kalau ke tempat makan yang kecil. Marah pulak tuan kedai kan, orang lain pun nak duduk makan minum jugak ! Kita pulak, lepak sakan buat macam rumah sendiri.

    2. Kawasannya luas, meja makan banyak !

    PENANGGAH, TAMAN WARISAN PERTANIAN PRESINT 16 PUTRAJAYA luas tempat makannya. Nak buat event, sewa tempat majlis perkahwinan, bertunang dan hari jadi pun boleh tau ! Lebih 500 kapisiti pengunjung boleh masuk ! Perghh terbaik sangat ni ! 

    Sebab tu mummy cakap sini seronok buat port lepak ! 

    Dan, sini bukan sahaja port lepak yang best dengan kawan-kawan je. Korang nak bawa family, nak bawa anak, cucu, cicit pun sangat sesuai. Dah kata boleh masuk lebih 500 orang kan hehehe.


    Tapi, PKPP ada limitlahkan untuk masuk. Pastikan korang scan barcode, hand sanitise dan cek suhu sebelum masuk 

    3. Tempat Parking PERCUMA !
    Kebanyakan kawasan parking tempat makan di Putrajaya ini, semua berbayar. Tak nak bayar bayar parking ? Tunggu je lah surat saman kan ! Hehehe. Haippp minta di jauhkan surat saman tu, tak nak mulut masin.

    Penanggah ni, tempat parking PERCUMA dan luas tempat parking di sini. Ada 2 tempat parking di sediakan. Iaitu di hadapan Taman Warisan dan satu lagi terletak di belakang Taman Warisan.

    4. Fasiliti Asas Tersedia !




    Kalau dah jadi mak-mak ni, macam biasalah. Semua benda kita nak cek. Tandas kat mana, surau kat mana. 

    Di Penanggah ni, semua tandas biasa, tandas OKU dan juga surau di letakkan berdekatan dengan kawasan tempat makan.

    Jadi, kalau tengah makan bersama anak-anak kecil. Kot ada yang nak terkucil ke nak terpopoo ke. Tak perlu risau . Tak jauh pun dari kawasan tempat makan.

    5. Menu Makanan dan Minuman Warisan dan Famous ada di sini !



    Dari pengalaman pertama mummy ke sini, mummy dapati Penanggah merupakan tempat makan One Stop Centre ! Datang sini, tak payah pening dengan menu diri sendiri, menu diet bini, menu anak-anak. Semua pilihan ada di sini termasuklah makanan warisan .


     
    Serta, menu famous seperti ROTI JOHN UNAN, SATAY KAJANG HAJI SAMURI, semua ada di sini tau. Masa PKPD Mac, April dan bulan puasa tahun ini. 2 menu makanan ini adalah menu permintaan ramai.


    Mummy suka dengan air minuman di sini. Kerana ada kelainan dari kedai makan yang pernah mummy terjah. Air Teh O Asam Boi, HolickLo (holick milo), Milo Tabur dan Sirap Bandung Laici. Perghhh padu! 

    Antara menu lain yang menarik perhatian mummy adalah :-


    Sizzling Gearbox



    Pencuci mulut 

    Nasi Kerabu

    Nasi Set Daging Bakar

    Bakso

    Kaya Ball

    Nasi Kukus Ayam Berempah

    Sizzling Seafood



    Nasi Ayam


    Bariyani

    Set Ikan Bakar

    Kalau korang ada ke Putrajaya, jangan lupa singgah sini untuk lengkapkan aktiviti korang. Disini juga terdapat taman yang mempunyai keluasan 35 ekar di bawah Perbadanan Putrajata (PPj) untuk menjadikan Putrajaya salah satu destinasi pelancongan yang wajib di lawati.

    Taman ini memaparkan living museum bagi tanaman komersil negara seperti pokok getah, pkok kelapa sawit, kopi, teh, buah-buahan tempatan dan herba rempah ratus.

    Menurut wakil pengurusan Putrajaya Catering Services (PCS) yang dipertanggungjawab untuk menguruskan operasi Penanggah, En Shabir Othman berkata. Medan Selera Penanggah ini sudah beroperasi sejak 1 Februari 2020 yang lalu. Sebelum ini, Penanggah di tutup buat sementara bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf fasiliti.

    Penanggah ini beroperasi setiap hari (Isnin hangga Ahad) dari 8 pagi hingga 10 malam.

    Selanjutnya, korang boleh layari ke www.facebook.com/putrajaya.twp 

    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !

    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA ! - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Siapa suka makan pedas? Siapa yang boleh putus selera kalau tak ada makanan yang pedas? Okay, sebenarnya mummy lah tu ! Kalau makanan yang tak berapa pedas tu, ada masa boleh putus selera tau ! Baru-baru ini, mummy bercuti ke Pulau Tioman. Untuk play safe, mummy bawa bekal 2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !

    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !


    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !


    Kemahen kan siap bawa bekal 2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA ! Sebenarnya 2 sambal ini adalah penyelamat mummy. Kalau tak ada lauk berkenan atau tak sempat nak cari lauk. Makan 2 sambal ini dengan nasi putih panas pun dah best dah ! Memang layannnnn....

    So, masa travel baru ini, memang nilah penyelamat mummy untuk bagi selera makan. Nak bawa pi travel pun tak susah pun, tak payah nak susah-susah bawa bekas makanan pun. Sebab sambal dari Kayu Tiga ni sesiap dalam plastik zip lock. Kiranya, mudah nak simpan lebihan sambal ini.

    Sakit perut berak-berak tak makan sambal masa travel? Ha..ini yang best bab sambal dari Kayu Tiga ni. Langsung tak ada sakit perut atau berak cirit-birit makan sambal ini. Walau pedasnya berapi...insyaallah masih selamat di makan !

    Nak makan dengan maggi ? Perghhhh tu lagi best tu, tau-tau 2 pinggan megi boleh habis hahaha.

    SAMBAL KAYU TIGA LAWANKAN DENGAN SUP AYAM !


    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !

    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !

    Baru ini, mummy malas nak masa banyak menu. Oleh kerana, kids suka sup ayam tak pedas (sebab dorang kecil lagi) . Mummy pun...penat tak hilang lagi, balik dari travel. So, on kan aje menu sup ayam tak pedas tu, ha. 

    Dan, tetiba rasa malas pulak nak tumbuk sambal kicap. Mummy sejenis suka makan sup di tambahkan dengan sambal kicap. Barulah ummmppph. Amaklumlah keturunan orang Johor ni kan...Sambal kicap tu memang wajib gituuuu.

    So apa lagi....

    Makan nasi + sup panas + sambal hitam yang pedas, masam, masin, ranggup memang perghhhhh. Boleh tambah berpinggan nasi.
     
    SAMBAL MOOK DARI KAYU TIGA 

    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !
      
    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !


    Sambal MOOK ini antara yang terawal mummy try makan, tahap kepedasannya 60%. Sambal MOOk ini terdiri dari ramuan bilis, bawang, cili, minyak, belimbing buluh dan perasa yang dibenarkan

    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !

    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !

    Bagi yang tak tahan pedas, korang jangan terus ambil satu sudu besar tau. Try dulu ambil sedikit, demi sedikit. Dah boleh go on, baru tambahkan lagi sambal MOOK ini.

    SAMBAL LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA




    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !

    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !


    LAVA Crunchy ni pula sambalnya agak pedas, tahap pedas 100% memang boleh nangis air mata berdarah (tipu ajee...). Masih under control lagi sebenarnya (bagi mummy). Bahan ramuannya pula terdiri dari cili (tanam sendiri), bawang, ikan bilis, minyak, belacan, asam keping, garam, gula dan perasa yang dibenarkan.

    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !

     
    2 SAMBAL HITAM WAJIB BAWA KETIKA TRAVEL ! SAMBAL MOOK DAN LAVA CRUNCHY DARI KAYU TIGA !

    Berapa harga sambal ni? Okay harga sebenarnya untuk kedua sambal ini ialah RM20 , tapi sekarang ada promosi iaitu RM15 (150gm) sepek. Ha...murahkan? 

    So, apa lagi, jomlah dapatkan kedua sambal ini dari Kayu Tiga.

    Boleh beli dari :-

    KAYU TIGA

    Instagram : @Kayu.tiga
    Carousell : @kayu.tiga
    Whatsapp : 01110106740

    MENU SERBA SERBI MAK KAU HIJAU NASI LEMAK, AIR DAN LAKSA PUN HIJAU SEMASA BIRTHDAY RAYYAN !

    MENU SERBA SERBI MAK KAU HIJAU NASI LEMAK, AIR DAN LAKSA PUN HIJAU SEMASA BIRTHDAY RAYYAN ! - Taraaa...menu rare tema birthday Rayyan aritu. Tema mereka adalah tema birthday ASKAR, so semua menu hari tu bertema warna hijau. Kuih donut, nasi lemak, laksa, air, dan lelain semua berwarna hijau. Mummy tak sempatlah nak snap gambo semua. Majlis orang kot hahaha. Jangan di  bawa perangai blogger sangat semua menu orang ko nak snap gambo. Dah macam kepoci pulak nanti jadiknya kan.


    MENU SERBA SERBI MAK KAU HIJAU NASI LEMAK, AIR DAN LAKSA PUN HIJAU SEMASA BIRTHDAY RAYYAN !


    So, mummy hanya amek beberapa gambar je lah. Ni pun sebab menu tengah nak makan, Kebetulan. Si daddy dah jeling menjeling juga tu hehehe. Sorry sayanggggg ! Benda rare MENU SERBA SERBI MAK KAU HIJAU NASI LEMAK, AIR DAN LAKSA PUN HIJAU SEMASA BIRTHDAY RAYYAN ! Memang mummy suka nak share dalam blog hahaha. Ampun, dong ! 

    MENU SERBA SERBI MAK KAU HIJAU NASI LEMAK, AIR DAN LAKSA PUN HIJAU SEMASA BIRTHDAY RAYYAN !

    Nasi lemak hijau, rasanya macm biasa je warna je hijau ! Alah sama macam korang makan nasi kerabu biru tu jugak lah. Rasa nasi jugak,kan? Tak ada rasa kuey tiaw ke mak tiaw ke kan? Hihi. 


    Sambal sotong tu sedap Mama Ana masak, manakala rendang daging Tok Mak bebudak ni bagi seperiuk kecik. 

    Mummy daddy tak bawa apa. Tolong makan dan bawa hadiah je. Aci, kan !



    MENU SERBA SERBI MAK KAU HIJAU NASI LEMAK, AIR DAN LAKSA PUN HIJAU SEMASA BIRTHDAY RAYYAN !


    Laksa mak kau hijau juga hehehe. Mee tu je lah warna hijau lelain sayur tu memang dah hijau. Telur masih warna biasa lagi. Jangan risau !


    Bab laksa ni kan, mummy suka kuah dan sayur banyak dari mee. Suka hirus kuah pepanas tu dan meratah sayur dalam kuah. Perghhhhhh nikmat gilessss.

    Okaylah, ni sahaja perkongsian mummy di awal tahun 2019 untuk MENU SERBA SERBI MAK KAU HIJAU NASI LEMAK, AIR DAN LAKSA PUN HIJAU SEMASA BIRTHDAY RAYYAN !

    Birthday anak kami pulak bulan Mac, 21 Jun dan 25 Jun huhu. Macam nak buat 1 shot je sharing tiga orang. Mummy daddy ni selalu tak sempat memanjang . Masa tu kan emas, hehehe

    Tengoklah macam mana. Cukup ke idak tabung mummy tu haaa

    D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT TEMPAT MAKAN MURAH DI SHAH ALAM

    D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT TEMPAT MAKAN MURAH DI SHAH ALAM - Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Korang tengah buat apa tu? Dah makan ke? Kalau belum makan atau tercari-cari tempat makan, meh mummy kenalkan dengan D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT TEMPAT MAKAN MURAH DI SHAH ALAM. Mummy memang suka JJCM tempat makan yang berbaloi dan murah tu juga satu kriteria. Hehe almaklumlah kami ni , sebuah keluarga besar.


    D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT TEMPAT MAKAN MURAH DI SHAH ALAM



    D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT TEMPAT MAKAN MURAH DI SHAH ALAM pilihan mummy yang tepat, sebab mummy sukakan masakan berasaskan BBQ manakala anak-anak sukakan makanan yang bersup. Kebetulan tak jauh dari rumah mak mummy, perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Sedang elok kami keluar rumah jam 4.30 petang, jadi..kami ada masa untuk santai di dalam perjalanan serta mendapatkan tempat letak kereta berdekatan dengan lokasi D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM. Walau hakikatnya, senang nak parking, kawaasan parking banyak dan besar.



    Kami dah sampai pun di D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT TEMPAT MAKAN MURAH DI SHAH ALAM. Tempatnya selesa sangat. Korang kalau nk datang ke sini, jangan main terjah je ! Nak datang ke D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT TEMPAT MAKAN MURAH DI SHAH ALAM kena booking dulu tau ! Sebab D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM memang sentiasa penuh dan boleh di katakan kalau hujung minggu tu, penuh orang datang makan !

    Mummy memilih booking di awal waktu, kami sampai D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM awal kira-kira 5 petang (kedai baru beroperasi). 

    KENAPA D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM MENJADI PILIHAN KAMI ?


    KENAPA D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM MENJADI PILIHAN KAMI ? Dan apa yang menjadikan restoran ini lain dari yang lain adalah -




    ๐ŸŒ Lebih 12 jenis seafood segar disediakan setiap hari bersama lebih 24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam, Ikan, daging dan kambing

    ๐ŸŒPelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih dan sayuran yang fresh !




    ๐ŸŒMenu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!


    ๐ŸŒ15 Jenis pilihan jenis sos 


    ๐ŸŒ2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam

    Pelbagai jenis mee kering ada. Bihun, Mee, Yee Mee, Suhuun dan macam-macam lagi

    Daim dan yee mee. Anak-anak kami memang sukan mee



    Ada bahagian goreng-goreng, kari ayam, 


    Air minuman panas dan sejuk juga ada di sediakan.

    Ada Teppanyaki?!?! Yea mmg betul. Setiap hari Jumaat hingga Ahad ada teppanyaki ayam dan daging serta ada live cooking D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM



    Apa lagi yang menyebabkan mummy suka datang ke sini?

    Di  D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM mummy tak payah dok panggil staff mereka untuk refill sup, mereka datang sendiri dan refill tanpa di minta. 'Refill' soup unlimited tau.

    Anak-anak kami selesa makan di D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM kerana suasana makan yang tenang dan selesa tak kira makan di dalam atau luar 



    Sambil makan, sambil gathering dengan keluarga, bukan senang nak dapat moment macam ni selalu.



    Nak gathering dengan kawan-kawan pun boleh juga ! Highly recommended !

    Nak solat pun tak usah bimbang, surau ada di sediakan di  D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM.

    Pendek kata, kalau nk di listkan kenapa mummy suka dan memilih datang sini, mau 10 pages tak habis hehe.

    Overall, mummy bagi 10.5/10 rating ! 



    Oh ya. Korang nampak tak tu, sign di atas tu. D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM ni bukan calang-calang restoran tau, mereka sangat terkenal pernah masuk dalam aktiviti dan siaran Jalan-jalan Cari Makan, Time Out KL, Nasi Lemak Kopi O, The History Channel, Trip Advisor dan banyak lagi !


    HARGA D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT TEMPAT MAKAN MURAH DI SHAH ALAM



    Harga buffet all you can eat di D'KAYANGAN BBQ DAN STEAMBOAT SHAH ALAM seperti berikut:

    Dewasa RM 29.90nett (Isnin-Khamis)
    Dewasa RM33.00 nett (Jumaat-Ahad) 
    Kanak2 RM 12.50nett
    Kanak2 bwh 4thn : PERCUMA !!


    Untuk info lanjut, sila layari :


    D’KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT & GRILL 
    Sri Acappella Servis Apartment Rest. 
    D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
    No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
    40400 Shah Alam 
    Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my

    Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
    (2 mins from Stadium Shah Alam) 


    Contact: 03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091
    Waktu Operasi : 5pm - 12am