PENGALAMAN IBU MENGANDUNG


Sungguh indah pengalaman mengandung. Pengalaman yang tidak boleh di jual beli dan di ungkapkan dengan kata-kata. Setiap ibu mengandung juga mengalami berbeza pengalaman. Antara pengalaman yang sering di alami oleh ibu mengandung ialah:-


PERGERAKAN BAYI - PENGALAMAN YANG BERBEZA
Apabila bayi di dalam rahim.  Pergerakan bayi dapat di rasai berbeza setiap ibu yang mengandung. Bagi yang pertama kali mengandung. Kemungkinan, mengambil masa lebih lama untuk mengenal pasti pergerakan bayi. Mungkin dapat merasakan pergerakan bayi pada 18 minggu kehamilan. Dengan cara membaringkan badan, ianya lebih mudah dapat merasakan pergerakan bayi. Setiap kehamilan juga adalah berbeza. Usah bimbang.

GULA PUNCA KEPUTIHAN IBU MENGANDUNG

Keputihan sangat senonim dengan ibu mengandung. Lagi-lagi apabila sudah banyak minggu kehamilan. Ianya di panggil jangkitan faraj kerana ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro organisma lain di dalam badan. Kemungkinan juga di sebabkan faraj mengandungi gula yang tinggi di panggil glikogen.  Ianya yang menyebabkan pertumbuhan kulat. Pakaian yang ketat atau yang panas yang dapat menghalang peredaran angin juga antara salah satu faktor pertumbuhan keputihan. Keputihan ini tidak di kategorikan sebagai penyakit berjangkit melalui hubungan seksual tetapi  ianya boleh terjadi jika suami mengalaminya.

BAYI MULA MENDENGAR PADA KANDUNGAN MINGGU KE 23 DAN KE 27 KEHAMILAN

Di antara minggu 23 dan minggu ke 27 kehamilan.  Bayi sudah dapat mula mendengar aktiviti di luar rahim. Kajian juga ada menyatakan bahawa bayi di dalam rahim mengenali suara ibu mereka terlebih dahulu kerana suara itu yang sering mereka dengarkan sewaktu dalam rahim. Berbanding suara orang lain.




PENTINGNYA ASID FOLAT DAN ZINK

Bagi lelaki untuk menguatkan sperma. Boleh mencuba asid folat dan zink. Jika mahu cuba makanan tambahan untuk memantapkan  kesuburan,  membantu menguatkan kualiti sperma dan memperkukuhkan  struktur sperma. Walaubagaimanapun, rujukan dan nasihat dari doktor atau pakar juga adalah penting.



TARIKH BERSALIN.

EDD (Estimated Due Date) iaitu anggaran tarikh bersalin adalah berdasarkan ke mata ngan kandungan 40 minggu. Sebenarnya, setiap kelahiran mempunyai perbezaan.  Mustahil untuk mendapatkan tarikh yang tepat untuk bersalin. Melainkan memang doktor atau pakar sakit puan sudah menetapkan tarikh untuk bersalin secara pembedahan

BERAT BADAN BAYI DI DALAM KANDUNGAN.

Tiada siapa yang boleh ketahui berat badan bayi secara tepat. Doktor juga dapat menganggarkan sahaja berat bayi di dalam rahim.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com