Pusat Jagaan Baitul Hidayah

Pusat Jagaan Baitul Hidayah - anak yatim, fakir miskin, asnaf zakat



Bersama Puan Nora, salah seorang penjaga di Pusat Jagaan Baitul Hidayah. Alhamdulillah, pertama kali dalam kehidupan saya berbuka puasa bersama keluarga di rumah anak-anak yatim fakir miskin dan asnaf.



Terharu dapat berjumpa mereka dan bersalam-salaman. Dalam senyuman saya itu tersimpan sedikit perasaan hiba melihat mereka.



Dhia Batrisya juga turut memahami keadaan rakan-rakan baru di sekelilingnya. 











Kami sekeluarga seronok dapat berjumpa anak-anak kecil ini di Pusat Jagaan Baitul Hidayah. Saya merasa sedikit sedih juga, kerana Pusat Jagaan Baitul Hidayah tidak seperti rumah anak yatim yang lain. Ada sesetengah pusat jagaan anak-anak yatim yang kita nampak ramai yang menyumbangkan beras dan keperluan asas lain. Tetapi di sini, tak nampak mewah dari hasil sumbangan orang ramai. Mungkin tidak ramai yang tahu tentang rumah ini.

Bak kata pengurus Puan Nora, Pusat Jagaan Baitul Hidayah,"Kami masih menerima baju-baju terpakai. Apatah lagi beras". 

Jika ada yang ingin menderma makanan basah, kering, keperluan asas dan pencuci. Boleh hantar ke alamat:-



Pusat Jagaan Baitul Hidayah 
5444, Lorong 9, Kg Baru Sri Puchong, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor

Maybank 562 777 209 784 - Pusat Jagaan Baitul Hidayah 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: 
03-80606023
Pn Saadiah: 013-7034658
Pn Nora : 013-600 2587
Email: pjbaitulhidayah@gmail.com
pkalhidayahselangor@yahoo.com
2 comments on "Pusat Jagaan Baitul Hidayah"
  1. seronok dpt join program camni..
    dpt kita lihat anak² ni gembira bila ada orang melawat mereka..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com